omniture

Huawei Dedahkan Penyelesaian Pengagihan Pintar di Kongres Tenaga Dunia ke-26

Huawei
2024-04-26 12:30 7

ROTTERDAM, Belanda, 26 April 2024 /PRNewswire/ -- Huawei mempersembahkan Penyelesaian Pengagihan Pintar (IDS) inovatifnya di Kongres Tenaga Dunia ke-26 di Rotterdam. Dibangunkan dengan kolaborasi bersama rakan kongsi ekosistem, IDS bertujuan untuk mengatasi cabaran yang paling mendesak dalam industri kuasa elektrik, termasuk kehilangan talian yang tinggi, perkhidmatan yang tidak andal dan tanggungan mengurus beban tenaga tenaga baharu.

Huawei presents its full-scenario solutions for the electric power sector at the 26th World Energy Congress in Rotterdam
Huawei presents its full-scenario solutions for the electric power sector at the 26th World Energy Congress in Rotterdam

Bagi mengatasi cabaran ini, syarikat-syarikat kuasa beralih kepada penyelesaian digital yang memanfaatkan kuasa data, ketersambungan dan automasi. Pendigitalisan rangkaian pengagihan kuasa—sering dirujuk sebagai 'batu terakhir'—ialah elemen kritikal dalam pemodenan sistem grid kuasa konvensional. 'Batu terakhir' ini memastikan penyerahan kuasa elektrik terus ke rumah pengguna, perniagaan dan industri. IDS Huawei memanfaatkan teknologi canggih untuk mengoptimumkan pengagihan kuasa, meningkatkan keandalan grid dan memudahkan integrasi sumber tenaga boleh baharu.

"Penyelesaian Pengagihan Pintar Huawei membolehkan perusahaan kuasa beralih daripada pendigitalan titik tunggal bilik pengagihan kuasa kepada kecerdasan disokong oleh seni bina, boleh berkembang, terbuka dan sistematik. Dengan ekosistem digital terbuka, kami dapat merangsang kreativiti akar umbi secara dalaman dan menjadikan keupayaan industri dan silang-industri tersedia kepada pelanggan secara luaran," kata David Sun, Naib Presiden Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Pendigitalan Kuasa Elektrik Huawei.

Seni bina IDS dibina berasaskan rangka kerja "awan-paip-pinggir-paip-peranti" unik termasuk awan persendirian atas-premis sebagai asas digital, kedua-dua penyelesaian berwayar dan tanpa wayar untuk rangkaian angkut balik, unit pengkomputeran pinggir (ECU) semua-dalam-satu untuk pengurusan padu dan komunikasi pembawa talian kuasa berkelajuan tinggi (HPLC) generasi seterusnya pada bahagian voltan rendah. Pendekatan yang komprehensif ini mengupayakan pemerhatian boleh ukur masa nyata yang memperkasa penyedia utiliti untuk mengoptimumkan operasi mereka, mengurangkan kos dan meningkatkan kepuasan pelanggan dengan mengenal pasti dan memperbaiki kerosakan sebelum bocoran kuasa berlaku.

Penyelesaian ini telahpun membuktikan keberkesanannya dalam aplikasi dunia sebenar, dengan kejayaan pelaksanaan merentas beberapa wilayah di China, termasuk di wilayah Shaanxi melalui kolaborasi dengan State Grid Shaanxi Electric Power Co., Ltd dan rakan-rakan kongsi. Penyelesaian ini merevolusikan pengurusan lebih 100,000 daerah transformer pengagihan, mengurangkan tempoh bocoran dan mencapai kadar keandalan bekalan kuasa yang mengagumkan. Tambahan pula, ia mengupayakan integrasi lancar lebih 50,000 tapak fotovolta kediaman dan lebih daripada 1,000 tapak fotovolta 10kV berskala besar telah mencapai 100% akses dan penggunaan.

"Penyelesaian ini menyampaikan penderiaan rangkaian pengagihan kuasa yang komprehensif dan tepat, pengurusan padu dan diperhalusi, khidmat pelanggan yang tepat pada masanya dan proaktif serta tugas yang lebih ringkas dan lebih cekap untuk pekerja kami," kata Zhang Genzhou, Ketua Pegawai Maklumat State Grid Shaanxi. (Lihat video: "Successful Practice of Intelligent Distribution Solution in State Grid Shaanxi.")

Penyelesaian ini turut menyampaikan keputusan ujian awal yang menggalakkan di Asia, Afrika dan Timur Tengah, menunjukkan potensinya untuk merevolusikan pengagihan kuasa pada skala global.

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Internet Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities New products/services Trade show news