omniture

DJI Agras T50 dan T25 Kembangkan Keupayaan Perlindungan Tanaman Udara

DJI
2024-04-26 23:57 48

Dron Pertanian DJI Baharu Dilancarkan Di Peringkat Global dengan Aplikasi SmartFarm yang Dinaik Taraf 

SHENZHEN, China, 26 April 2024 /PRNewswire/ -- DJI, peneraju dunia dalam dron awam dan teknologi kamera kreatif, hari ini mengumumkan pelancaran antarabangsa bagi dron Agras T50 dan Agras T25. Dibina berasaskan barisan dron Agras yang popular, T50 menawarkan kecekapan yang tiada tandingan untuk operasi penanaman berskala lebih besar, manakala T25 yang ringan direka untuk menjadi lebih mudah alih untuk ladang yang lebih kecil. Kedua-dua dron ini serasi dengan aplikasi SmartFarm yang dinaik taraf yang menawarkan ciri berkuasa untuk pengurusan aplikasi udara yang komprehensif.

DJI Agras T50 and T25
DJI Agras T50 and T25

"Sebagai peneraju global dalam teknologi pertanian, kami menyasarkan untuk memajukan pertanian jitu ke hadapan dengan dron DJI Agras terkini untuk penyemburan dan penyebaran. Sehingga kini, lebih 980 juta ekar di seluruh dunia merentasi lebih 100 negara dan wilayah telah menggunakan dron DJI Agriculture," kata Yuan Zhang, Ketua Jualan Global di DJI Agriculture. "Dengan penyelesaian kami yang terbukti untuk perlindungan tanaman, petani keluarga dan penanam berskala besar boleh meningkatkan hasil, mengurangkan penggunaan bahan kimia dan mengurangkan kos, dan pada masa yang sama meminimumkan kesan alam sekitar."

Pertumbahan Tanaman yang Lebih Baik dengan Agras T50 

Agras T50 merupakan kecemerlangan kecekapan dan kestabilan, lahir daripada pemahaman mendalam tentang tuntutan pertanian berskala besar. Ia mewarisi reka bentuk dwirotor sepaksi dan kipas 54-inci untuk kestabilan peringkat seterusnya apabila membawa muatan semburan 40kg atau muatan penyebaran 50kg, yang membolehkan semburan cekap sehingga 50 ekar (21 hektar) sejam1 . Sistem penyemburan pengatoman dwi T50, dengan kadar aliran yang ditingkatkan sehingga 16 liter seminit dengan dua perenjis dan titisan semburan bersaiz boleh laras, sesuai untuk pelbagai aplikasi dari ladang hinggalah ke kebun. Mudah ditukar kepada konfigurasi penyebaran, T50 boleh membawa 50 kg granul kering dan menyebarkannya pada kadar aliran sehingga 108 kg/min1 atau 1.5 tan sejam1 . Gabungan kuasa, kejituan dan versatiliti ini meletakkan T50 sebagai pilihan utama dalam dron pertanian, yang direka untuk memenuhi keperluan pertanian moden yang berkembang.

Kejayaan dalam Ketersambungan dan Kestabilan 

T50 menampilkan sistem Transmisi O3 empat antena yang dinaik taraf, memanjangkan sambungan alat kawalan jauh-dron sehingga 2 km1 . Untuk operasi di atas pergunungan dan persekitaran kompleks yang lain, pengguna boleh menggunakan DJI Relay untuk melanjutkan julat dan kestabilan transmisi untuk keselamatan operasi yang lebih baik.

Dwiradar dan Penglihatan Dwi Binokular untuk Memintas Halangan dan Terrain Following

T50 mempunyai dwi Radar Tatasusunan Berfasa Aktif dan penderia penglihatan binokular. Ciri-ciri ini berfungsi seiring untuk membina semula persekitaran T50 dengan tepat dan mengesan halangan berdekatan, untuk penderiaan halangan pintar dan memintas, dan Terrain Following merentasi cerun.

Kit Empat Perenjis

T50 boleh dilengkapi dengan sepasang perenjis emparan tambahan, meningkatkan kadar aliran kepada 24 liter seminit. Ini memberi manfaat kepada tugas seperti penyemburan kebun yang memerlukan kadar aliran yang lebih tinggi untuk menembusi kanopi padat dan merawat bahagian depan dan belakang daun.

Pengecasan Pantas 9-Minit 

T50 dikuasakan oleh Bateri Penerbangan Pintar DB1560, dengan kapasiti sehingga 30 Ah dan 1500 kitaran pengecasan1 . Penjana Penyongsang Pelbagai Fungsi D12000iEP yang dipasangkan dengan Sinki Haba Sejukan Udara membolehkan pengecasan pantas 9 minit1, membolehkan operasi berterusan dengan sepasang bateri.

Agras T25 - Pertanian Jitu dalam Pakej Mudah Alih 

Agras T25 didatangkan dengan semua ciri lanjutan T50 yang dimuatkan ke dalam reka bentuk yang lebih kecil dan mudah alih. Ia boleh membawa muatan semburan 20kg atau muatan penyebaran 25kg dan termasuk ciri utama T50 seperti pengelakan halangan berbilang arah, Terrain Following, pengecasan bateri ultra-pantas, penerbangan dengan satu ketikan dan operasi automatik. Ini menjadikannya sesuai untuk kegunaan solo di ladang kecil hingga sederhana.

DJI SmartFarm - Pembantu Agras Penting 

Aplikasi DJI SmartFarm menyelaraskan operasi dron harian untuk perlindungan tanaman dan pengurusan plot dengan visualisasi dan pelaporan data yang dipertingkat, papan pemuka pengurusan peranti dinamik dan akses mudah kepada sokongan selepas jualan dan sumber pembelajaran di Akademi DJI.

Ketersediaan 

Agras T50 dan T25 kini boleh ditempah mulai 25 April. Pembeli yang berminat boleh mendapatkan harga daripada peniaga DJI Pertanian tempatan yang sah. Ketahui lebih lanjut: ag.dji.com/t50 dan ag.dji.com/t25.

1 Semua data diukur menggunakan model pengeluaran dalam persekitaran terkawal. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi kami: ag.dji.com 

Untuk maklumat lanjut, lawati kami:
Laman Web: ag.dji.com  Facebook: facebook.com/DJIAgriculture  Twitter: twitter.com/DJIAgriculture  YouTube: youtube.com/@DJIAgriculture  Instagram: instagram.com/dji.agras

 

Source: DJI
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment New products/services