BANGKOK, 26 April 2024 /PRNewswire/ -- Negara-negara Asia menghadapi cabaran untuk mengimbangi keperluan sekuriti tenaga segera dengan objektif pertumbuhan ekonomi jangka lebih panjang mereka, matlamat kemampanan serta komitmen untuk mencapai keneutralan karbon dan akhirnya, sifar bersih. Memudahkan dialog antarabangsa rentas sektor diperlukan untuk mengatasi cabaran ini, dmg events akan menganjurkan Pameran dan Sidang Kemuncak Future Energy Asia yang penting mulai 15 hingga 17 Mei 2024 di Queen Sirikit National Convention Centre di Bangkok, di bawah naungan Kementerian Tenaga Kerajaan Thailand.
T.Y.T. Pirapan Salirathavibhaga, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Tenaga Thailand, menghulurkan undangan yang menarik kepada pemimpin industri. "Agar sesuai dengan tradisi kami sebagai persidangan unggul Asia untuk mempercepatkan peralihan tenaga, kami dengan segala hormatnya menjemput anda dan lebih daripada 22,000 ejen perubahan tenaga untuk mengambil bahagian dalam pengalaman kolaboratif, inovatif dan kaya dengan dialog yang penting dalam membentuk paradigma tenaga."
Sidang Kemuncak Strategik ini akan menunjukkan tindakan Asia terhadap sektor tenaga yang bingkas, inklusif dengan mengatasi cabaran sekuriti tenaga. Pembentangan ucaptama dan panel kepimpinan daripada fakulti penceramah strategik 2024 akan menekankan dan memupuk usaha kolaborasi yang inovatif dalam penjajaran dasar, kemajuan teknologi dan pelaburan infrastruktur, penting untuk mencapai cita-cita Asia bagi menyumbang naratif peralihan tenaga global dan merealisasikan matlamat serantau keneutralan karbon dan emisi sifar bersih.
"Penjanaan dan penyimpanan tenaga mampan dan bersih merupakan antara cabaran yang paling penting di dunia pada hari ini. Future Energy Asia ialah acara ulung dalam industri ini di rantau ini dan saya tidak sabar-sabar untuk berkongsi pengalaman saya di acara yang penting ini dan membantu mencari penyelesaian yang akan memperkasa pertumbuhan dan pembangunan Vietnam dalam dekad-dekad akan datang," jelas Don Lam, Ketua Pegawai Eksekutif & Rakan Kongsi Pengasas, VinaCapital, yang akan mengambil bahagian dalam Panel Kepimpinan Sidang Kemuncak Strategik bertajuk; 'Membiayai perjalanan penyahkarbonan Asia - memikirkan semula pendanaan peralihan dan strategi pelaburan'.
Low Kian Min, Ketua Pegawai Eksekutif di Gentari, penyedia penyelesaian tenaga bersih Malaysia yang terkemuka, akan turut berucap di acara ini menekankan bahawa "Lokasi strategik Malaysia di Asia-Pasifik, berserta kekayaan sumber aslinya, memberi kedudukan kepadanya sebagai pusat utama untuk tenaga boleh baharu. Matlamat kami adalah untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pembangun tenaga boleh baharu Komersial & Industri (C&I) dan skala utiliti generasi seterusnya yang utama, pengeluar hidrogen berskala dan rakan kongsi tumpuan industri serta rakan kongsi penyelesaian mobiliti hijau yang terkemuka di Asia Pasifik. Usaha ini menyokong matlamat kami yang lebih luas untuk mempercepatkan penerimaan tenaga bersih di seluruh Asia, menonjolkan peranan penting Malaysia dalam peralihan tenaga rantau ini."
Dengan 22,000 pengunjung dijangkakan, 2,500 delegasi, 600 penceramah dan 350 syarikat dari lebih 70 negara, pameran dan sidang kemuncak ini merupakan bukti kepimpinan Asia dalam dialog tenaga global. Tema pada tahun ini, "Penyelesaian Asia untuk Cabaran Tenaga Dunia," bermatlamat untuk memberi perhatian kepada penyelesaian yang boleh diambil tindakan dan memupuk kolaborasi yang dapat mentakrifkan semula masa depan penghasilan dan penggunaan tenaga.
Dianjurkan secara bersama oleh PTT Group serta EGAT dan disokong oleh penaja utama ADNOC dan PTTEP, acara ini akan mempamerkan inovasi rintis dan rangka kerja dasar yang akan membimbing peralihan menuju emisi sifar bersih. "Sidang kemuncak ini bukan sekadar tentang perbincangan; ia tentang mencapai kemajuan sebenar," tegas Christopher Hudson, Presiden dmg events dan penganjur acara, menekankan potensi untuk impak segera dan perubahan jangka panjang.
Para penceramah terkemuka yang dijadualkan menghadiri Pameran dan Sidang Kemuncak Future Energy Asia 2024 termasuk:
Dengan barisan penceramah yang cemerlang, sidang kemuncak strategik yang komprehensif dan sokongan daripada syarikat-syarikat gergasi industri, acara ini dijangka akan mencapai kemajuan yang signifikan ke arah masa depan lestari. Bangkok akan menjadi tempat tumpuan yang mana cabaran wilayah ini bertemu penyelesaian global, menekankan peranan penting Asia dalam mengemudi dunia ke arah laluan tenaga yang lebih bersih, lebih andal dan mampan.
Latar belakang acara
15-17 Mei 2024
QSNCC, Bangkok
Penganjuran serentak Sidang Kemuncak Strategik Future Energy Asia, Future Mobility Asia dan Future LNG Asia mewujudkan platform penting untuk memacu peralihan tenaga di Asia dan seterusnya. Rangka kerja acara bersepadu ini memangkinkan strategi komprehensif merentas landskap tenaga, menekankan hasil praktikal dan pandangan yang boleh diambil tindakan.
Future Energy Asia memimpin dialog, memfokuskan untuk mengintegrasikan teknologi inovatif seperti CCUS dan grid pintar bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan kemampanan. Ia bermatlamat untuk mengukuhkan sekuriti tenaga dan kebingkasan ekonomi, menyediakan persekitaran untuk dasar substantif dan kemajuan infrastruktur.
Future Mobility Asia menumpukan kepada keperluan segera untuk penyelesaian pengangkutan mampan, memperlihatkan kemajuan dalam kenderaan elektrik dan teknologi bahan api hidrogen. Sidang kemuncak ini penting untuk menggalakkan penyahkarbonan dalam sektor mobiliti, sejajar dengan sasaran pengurangan emisi global.
Akhir sekali, Future LNG Asia membawakan perspektif yang kritikal mengenai peranan LNG sebagai alternatif tenaga yang lebih bersih, penting untuk mengurangkan pergantungan kepada arang batu dan menyokong cita-cita sifar bersih rantau ini di tengah-tengah ketidaktentuan pasaran dan cabaran rantaian bekalan.
Acara-acara ini bersama-sama menyediakan platform yang dinamik untuk pihak berkepentingan menjalin perkongsian, berkongsi penyelesaian inovatif dan membentuk dasar yang akan memajukan usaha global menuju masa depan tenaga yang mampan secara kolektif. Hasilnya akan mempengaruhi pasaran tenaga, membimbing penerimaan teknologi dan memacu kerjasama serantau dan antarabangsa.
Latar belakang penganjur
dmg events ialah syarikat pameran dan penerbitan global, ditubuhkan pada tahun 1989 dan beroperasi dengan 13 pejabat di serata dunia. Dengan portfolio luas melibatkan lebih 80 pameran setiap tahun, kami menarik minat lebih daripada 1 juta pengunjung, mendapat kedudukan sebagai salah satu pengusaha yang terkemuka dalam industri ini. Portfolio global ini bekerjasama erat dengan pihak berkepentingan utama dalam seluruh industri untuk memudahkan dialog pragmatik, berfungsi sebagai platform untuk perbincangan yang terkini pada barisan hadapan perubahan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dmg events memperluaskan operasi dengan ketara bagi mencapai pertumbuhan yang mengagumkan dalam pasaran baru muncul dan pasaran matang. Dengan acara baharu terus dilancarkan untuk membawa penyesuaian kepada keadaan pasaran yang berubah-ubah, berkembang dengan industri, acara secara langsung tetap menjadi titik utama, menyediakan gabungan antara pameran, persidangan, bengkel diperakui, seminar teknikal, kelab dan juga perbincangan meja bulat kepimpinan.
Pendaftaran Media
Sila daftarkan permohonan bagi mendapatkan pas media anda yang memberi akses kepada semua sesi persidangan dan pameran.
Kami tidak sabar-sabar menantikan penyertaan anda di Bangkok untuk mendapatkan gambaran menyeluruh yang bernas mengenai landskap tenaga Asia yang semakin berkembang.
*Tertakluk kepada sekatan dan perubahan
Untuk butiran lanjut mengenai acara ini, sila kunjungi:
Sila ambil perhatian bahawa pendaftaran media dibuka kepada editor, penerbit, wartawan dan mereka yang dapat menunjukkan bukti bekerja untuk atau dengan outlet media yang diiktiraf, atau sebagai wartawan bebas bertauliah. Semua pendaftaran akan disemak dan penganjur acara berhak menolak kemasukan sekiranya individu tidak memenuhi kriteria media yang diperlukan. |
Kami sedang dalam proses untuk mengatur temu bual media semasa acara ini dan berbesar hati mengetahui sekiranya anda berminat untuk hadir dan mengadakan temu bual bersama syarikat dan/atau individu yang mengambil bahagian.
HUBUNGI: Diana Estella Peter, diana.estella@rothmanasia.com, +65 8498 9424; Tashan Kassey, tashan.kassey@rothmanasia.com, +65 8282 8746