omniture

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama LianLian Global Tim Shen Bincang Kemajuan dalam Perdagangan Rentas Sempadan di Money20/20

Lianlian
2024-04-28 09:23 47

BANGKOK, 28 April 2024 /PRNewswire/ -- Money20/20, pameran teknologi kewangan (fintech) yang terkemuka di dunia, berlangsung di Bangkok, Thailand, mulai 23-25 April 2024, menghimpunkan ribuan pemikir inovatif daripada industri pembayaran, fintech dan perkhidmatan kewangan yang lebih luas untuk meneroka trend terkini, teknologi dan strategi yang membentuk masa depan fintech dan perkhidmatan kewangan.

Tim Shen, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama LianLian Global, merupakan penceramah yang diketengahkan, bersama-sama tokoh-tokoh terkemuka seperti Tessa Wijaya, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Xendit, Ling Wu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TBCASoft dan Tracy Prandi-Yuen, Naib Presiden Perkongsian Global di Boku. Mereka terlibat dalam perbincangan yang mantap mengenai selok-belok perdagangan rentas sempadan. Di samping itu, ketua Lianlian Hong Kong China dan ketua Kerjasama Kewangan Antarabangsa di LianLian Global menyumbang pandangan mereka berhubung daya penggerak di sebalik inovasi fintech, menekankan peningkatan penyelesaian pembayaran dan langsai berbilang senario B2C dan B2B.

En. Shen menumpukan kepada cabaran yang semakin meningkat yang ditimbulkan oleh ketegangan perdagangan global dan peningkatan penelitian pematuhan, menekankan peranan penting pematuhan untuk perniagaan rentas sempadan. Beliau menggariskan faedah-faedah penting kepada pelanggan dalam mengekalkan pematuhan yang ketat kepada peraturan pematuhan:

  • ia menjadi asas bagi memastikan keselamatan transaksi, mengelakkan kehilangan aset individu dan melindungi perniagaan daripada kerumitan undang-undang;
  • ia penting untuk mewujudkan reputasi perniagaan yang baik, yang bermanfaat untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan dan meluaskan peluang perniagaan; dan
  • ia memberi sokongan padu kepada usaha pengembangan global syarikat dan mengurangkan risiko mereka dalam menghadapi sekatan antarabangsa lantaran ketidakpatuhan.

Setakat 30 September 2023, Lianlian mewujudkan portfolio global yang mantap dengan 64 lesen pembayaran dan kelayakan berkaitan serta menawarkan perkhidmatan kepada kira-kira 3.2 juta peniaga dan perniagaan merentas pelbagai industri termasuk e-dagang, perkhidmatan dan pembuatan, menjangkau lebih daripada 100 negara dan wilayah.

En. Shen mengulangi bahawa Lianlian sentiasa mengutamakan "Pematuhan Didahulukan" dan bermatlamat untuk menjadi penyedia penyelesaian pembayaran digital yang terkemuka dengan keupayaan pengurusan risiko yang kukuh. Memanfaatkan peluang baharu yang dibawakan oleh globalisasi digital, Lianlian tetap komited untuk memanfaatkan inovasi saintifik dan teknologi sebagai daya penggerak utamanya. Syarikat ini akan terus mengoptimumkan dan meningkatkan perkhidmatan perdagangan rentas sempadan dan sistem pematuhannya untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggannya di seluruh dunia dalam persekitaran perdagangan global yang semakin rumit. Ini, seterusnya akan mendorong pembangunan kapasiti produktif baharu dan memajukan kualiti perdagangan asing.

 

Source: Lianlian
Keywords: Banking/Financial Service