omniture

Penduduk Malaysia akan lebih mudah membayar di China

UnionPay International
2024-04-28 09:43 19

Project Excellence 2024 dilancarkan oleh UnionPay meningkatkan lagi pengalaman pembayaran masuk

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 April 2024 /PRNewswire/ -- Sebagai langkah untuk meningkatkan kemudahan perjalanan, kedua-dua Malaysia dan China melaksanakan program pengecualian visa jangka pendek baru-baru ini, membenarkan rakyat daripada setiap negara ini melakukan perjalanan tanpa visa untuk tujuan pelancongan dan perniagaan. Dengan aliran orang ramai yang semakin meningkat pada kedua-dua arah, UnionPay International (UPI) mengoptimumkan selanjutnya perkhidmatan pembayaran.

Di Malaysia, UPI memainkan peranan penting dalam memudahkan pengalaman pembayaran yang lancar untuk penduduk Malaysia yang melakukan penggunaan tempatan serta melancong ke luar negara termasuk China. UPI menawarkan pelbagai jenis produk pembayaran, termasuk kad kredit, kad debit dan e-dompet menggunakan UnionPay di peringkat tempatan seperti SPay Global dan GoPayz, memastikan pemegang kad mempunyai pilihan pembayaran yang mudah tanpa bersusah-payah mengurus wang tunai apabila melancong ke luar negara.

Baru-baru ini, UnionPay mengumumkan pelancaran Project Excellence 2024, satu inisiatif penting yang bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan pembayaran di China bagi memenuhi keperluan pelancong dan warga asing. Inisiatif ini, digandingkan dengan pengalaman pembayaran lancar yang ditawarkan oleh UnionPay, mempermudah perjalanan antara kedua-dua negara ini dan menggalakkan pertukaran pelancongan dan perniagaan yang lebih besar.

Pelancong yang melawat China boleh berunding di reruai maklumat di tempat tumpuan pelancong bagi penyelesaian pembayaran yang disediakan oleh UnionPay dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti promosi di bawah tema "Terokai China Cara Anda dengan UnionPay." UPI turut berkolaborasi dengan organisasi-organisasi berkaitan pelancongan seperti Malaysia-China Folklore Culture Tourism Association, mengambil bahagian dalam acara seperti pameran pelancongan "Nihao, China" yang akan datang.

Sebagai salah satu rangkaian pembayaran global yang terkemuka, UnionPay diterima di 183 negara dan wilayah. Lebih 230 juta kad UnionPay telahpun dikeluarkan di luar tanah besar China dan hampir 200 e-dompet menggunakan UnionPay telahpun dilancarkan, memudahkan transaksi yang lancar untuk pengembara antarabangsa.

 

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce