omniture

COSRX Lancar Ultra-Light Invisible Sunscreen SPF50 PA++++ Hebat yang Tak Kelihatan

COSRX
2024-04-28 09:57 45

SEOUL, Korea Selatan, 28 April 2024 /PRNewswire/ -- Bermula daripada Advanced Snail 96 Mucin Power Essence yang amat digemari hingga The 6 Peptide Skin Booster Serum yang menjadi sensasi TikTok, COSRX sedang meningkat naik hasil daripada kejayaan beberapa produk kegemaran yang mendapat sokongan daripada berjuta-juta orang di seluruh dunia. Kini, ia muncul sekali lagi untuk menggegarkan dunia dengan pelancaran inovasi terkini mereka, Ultra-Light Invisible Sunscreen SPF50 PA++++, tepat pada masanya untuk musim panas.

COSRX Launches Invisible Yet Powerful Ultra-Light Invisible Sunscreen SPF50 PA++++
COSRX Launches Invisible Yet Powerful Ultra-Light Invisible Sunscreen SPF50 PA++++

Tidak Kelihatan #NoWhitecast 

Ucapkan selamat tinggal kepada pelindung suria gaya lama dengan lapisan putihnya yang digeruni dan tekstur berminyak. Seperti mana namanya, rumusan yang nipis dan lutsinar Ultra-Light Invisible Sunscreen SPF50 PA++++ dibangunkan untuk menyerap dengan pantas tanpa meninggalkan sebarang lapisan putih, memberikan kemasan yang menyegarkan sambil menyampaikan perlindungan suria yang penting. Rumusan tidak kelihatan membolehkan pelapisan yang lancar, memastikan tiada lapisan putih walaupun dengan beberapa aplikasi, meskipun pada tona kulit yang lebih gelap.

Keringanan #featherlightSPF 

Dirumuskan dengan campuran 66.4% Air Daun Aloe Barbadensis dan Air Daun Hamamelis Virginiana, Ultra-Light Invisible Sunscreen SPF50 PA++++ menawarkan penghidratan hebat kesemuanya tanpa sensasi melekit yang biasa ditemui dalam produk perlindungan suria. Campuran yang diseimbangkan dengan teliti ini sesuai terutamanya untuk semua jenis kulit bagi memberi pilihan yang ringan dan menyegarkan. Ideal untuk aktiviti luar pada semua musim, ia boleh diaplikasikan pada tubuh tanpa meninggalkan sebarang sisa berminyak, memastikan keselesaan dan perlindungan yang optimum.

Perlindungan Spektrum-luas #UVTestingSunscreen

Menyampaikan pertahanan unggul daripada sinaran UV yang membahayakan tanpa mengakibatkan sebarang kerengsaan, pelindung suria ini mempunyai kuasa penghalang luar biasa dengan aplikasi lutsinarnya. Diuji dengan ketat selaras dengan piawaian ISO (Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa), ia telah menjalani penilaian penghalang UV yang ekstensif, memastikan baik keandalan mahupun keberkesanan dengan kiraan SPF 50+ yang disahkan secara klinikal dan perlindungan daripada sinaran UVA & UVB.

Menjalankan Percubaan Klinikal 

Selain daripada kehebatan perlindungan UV, pelindung suria ini juga menjalani percubaan klinikal yang komprehensif. Percubaan ini termasuk tiga ujian perengsaan: perengsaan kulit sensitif, perengsaan okulus dan ujian dermatologi. Terbukti tidak merengsakan dalam ketiga-tiga penilaian klinikal, Ultra-Light Invisible Sunscreen SPF50 PA++++ menjamin penggunaan yang selamat tanpa sebarang kebimbangan.

"Kami dengan gembiranya melancarkan Ultra-Light Invisible Sunscreen SPF50 PA++++ kami, menawarkan penyelesaian buat mereka yang mencari perlindungan suria yang berkesan tanpa menjejaskan keselesaan dan estetika," kata wakil COSRX. "Dengan rumusan yang nipis dan lutsinar, pelindung suria kami memberikan rasa yang menyegarkan dan ringan, menjadikannya sempurna untuk kegunaan harian dan aktiviti luar pada semua musim."

COSRX Ultra-Light Invisible Sunscreen SPF50 PA++++ kini sedia dibeli di Shopee COSRX.

Latar Belakang COSRX 

Menerusi penyelesaian penjagaan kulitnya yang hebat lagi mampu milik, COSRX serta-merta menjadi salah satu jenama penjagaan kulit kegemaran dunia. Menggunakan jumlah minimum ekstrak semula jadi yang amat berkesan dalam dos pekat, produk COSRX memberi hasil yang boleh dilihat dengan merawat kulit hanya dengan asas-asas yang diperlukan olehnya dan tidak melibatkan sebarang unsur yang tidak diperlukan. Dapatkan penyelesaian penjagaan kulit paling laris terjual daripada penjual di seluruh negara termasuk TikTok Shop, Shopee dan Watsons.

 

Source: COSRX
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail