omniture

Atlantis, The Palm di Dubai Anjur Tayangan Perdana Filem Blokbuster Global Happy New Year

Acara Permaidani Merah dengan Barisan Bintang Terkenal merupakan Tarikan Paling Dinantikan di Dubai
Atlantis, The Palm
2014-10-23 12:25 147

DUBAI, UAE, 23 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Tayangan perdana antarabangsa filem arahan Farah Khan 'Happy New Year' telah diadakan di Atlantis, The Palm, Dubai, malam tadi, dengan dihadiri oleh barisan bintang terkenal termasuk Deepika Padukone, Shah Rukh Khan, Abhishek Bachchan, Boman Irani, Vivaan Shah, Sonu Sood dan juga Jackie Shroff.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia , sila klik:

http://www.multivu.com/players/English/72762573-atlantis-the-palm-happy-new-year/

Barisan pelakon dan pengarah telah menyapa para peminat yang teruja, para tetamu VIP serta wartawan di atas permaidani merah di Atlantis, The Palm.

"Peluang untuk kembali ke Atlantis, The Palm sangat menguja, bersempena tayangan perdana seluruh dunia untuk Happy New Year," kata Shah Rukh Khan. "Barisan pelakon dan kru mempunyai kenangan manis ketika menjalani penggambaran di lokasi yang indah ini – tiada tempat yang lebih sesuai untuk mengadakan tayangan perdana global ini."

Penggambaran filem tersebut, yang diterbitkan oleh Red Chillies Entertainments Pvt Ltd, telah dijalankan di Atlantis, The Palm dengan kerjasama Jabatan Pelancongan dan Pemasaran Perdagangan Dubai serta Suruhanjaya Filem dan TV Dubai pada bulan September 2013. Atlantis merupakan lokasi paling sesuai untuk filem hebat Bollywood itu; tarikan tempat peranginan agung itu, seperti The Grand Lobby, Nasimi Beach, The Royal Beach, Dolphin Bay serta The Ambassador Lagoon telah mampu menghidupkan adegan filem itu yang menyeronokkan.

"Atlantis, The Palm di Dubai merupakan tempat bagi rakaman pertama dilakukan untuk 'Happy New Year', maka perjalanan kami sepatutnya berakhir di sini!" kata pengarah Farah Khan. "Cinta dan sanjungan yang kami terima daripada Dubai turut diterima daripada mereka yang melihat filem itu. Sambutan itu agak beremosi untuk Shah Rukh Khan dan saya, memandangkan barisan pelakon dan kru yang bekerja keras untuk filem ini bersama-sama kami ketika itu untuk meraikannya. Umpama lagu kredit akhir saya."

"Para tetamu kami dari India amat istimewa untuk Atlantis, The Palm. Kami berbesar hati dapat membantu memaparkan budaya mereka yang indah kepada para tetamu kami," kata Serge Zaalof, Presiden & Pengarah Urusan, Atlantis, The Palm. "Kami berbangga dapat menganjurkan acara berprestij di sini bersama para bintang terkenal dan pengarah."

Atlantis telah melancarkan 'Happy New Year Offer,' dengan diskaun 10 peratus daripada kadar terbaik yang disediakan dan pek hadiah cenderamata Happy New Year percuma. Ia juga termasuk: masuk percuma tanpa had ke Aquaventure Waterpark dan The Lost Chambers Aquarium, harga istimewa untuk berenang bersama ikan lumba-lumba di Dolphin Bay serta satu sesi petang percuma bagi setiap kanak-kanak di Kids Club atau Club Rush. Tarikh untuk membuat tempahan: 1 September - 30 November 2014, Tarikh untuk menginap: 1 September 2014 - 30 September 2015. Bagi membuat tempahan layari http://www.atlantisthepalm.com.

Maklumat perhubungan: TBC

Source: Atlantis, The Palm
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services