omniture

Beribu-ribu perusahaan berhimpun, merancakkan Shenzhen. WEPACK 2024 labuh tirai dengan jayanya!

RX (China) Investment Co., Ltd.
2024-04-30 12:54 212

SHENZHEN, China, 30 April 2024 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh RX (China), WEPACK World Expo of Packaging Industry melabuhkan tirai dengan jayanya di Pusat Pameran & Konvensyen Dunia Shenzhen pada 12 April. Hasil daripada pembangunan kukuh industri pembungkusan dan usaha bersepadu daripada lebih 1200 peserta pameran selama tiga hari, penampilan sulung pameran ini di Shenzhen menepati jangkaan.

WEPACK World Expo of Packaging Industry successfully concluded at Shenzhen World Exhibition & Convention Center on April 12th.
WEPACK World Expo of Packaging Industry successfully concluded at Shenzhen World Exhibition & Convention Center on April 12th.

Sepanjang pameran selama tiga hari, WEPACK 2024, berserta enam pameran siri utama seperti SinoCorrugated South 2024 dan SinoFoldingCarton 2024, mempamerkan kevitalan pasaran industri pembungkusan dan potensi pembangunan kepada dunia dan dalam masa yang sama mempersembahkan perayaan industri yang menampilkan pertembungan antara teknologi dan idea serta peluang perniagaan dalam pembekalan dan pembelian.

Dengan lonjakan dalam kedua-dua kuantiti dan kualiti pengunjung dari dalam dan luar negara, WEPACK menunjukkan daya tarikan antarabangsa yang kukuh.
Menurut statistik awal daripada pihak penganjur, WEPACK 2024 menyambut sejumlah 57,876 pengunjung domestik dan luar negara (135,527 orang-masa) sepanjang 3 hari, 4,440 daripadanya (10,529 orang-masa) merupakan pengunjung luar negara. Kedua-dua kualiti dan kuantiti telahpun meningkat dengan ketara berbanding edisi-edisi terdahulu.

Pengunjung domestik datangnya dari seluruh negara, dengan hampir seratus persatuan industri pencetakan dan pembungkusan peringkat wilayah dan perbandaran dan persatuan industri pengguna akhir hadir secara berkumpulan. Pengunjung luar negara berhimpun dari 110 negara dan wilayah, dengan peningkatan baharu dalam bilangan pengunjung daripada pasaran baru muncul dan pasaran kuasa-pembelian-tinggi seperti Asia Tenggara, Asia Selatan, Timur Tengah, Eropah Barat, Eropah Timur & Tengah, Afrika Utara dan Afrika Timur. Lebih 50 persatuan luar negara mengatur eksekutif kanan daripada hampir seribu perusahaan pembungkusan luar negara untuk menghadiri pameran ini, bukti pengaruh dan daya tarikan antarabangsa WEPACK yang kuat.

Lebih 1,200 bersinergi untuk memaparkan kevitalan industri pembungkusan global
Enam pameran siri utama yang berlangsung serentak mengumpul kekuatan daripada lebih 1200 peserta pameran. Sama ada pengeluar peralatan pembungkusan yang tak lapuk dek zaman dari dalam atau luar negara atau bintang sedang meningkat naik dalam industri ini, semua orang memilih produk yang inovatif, diketengahkan dan dibezakan sebagai teras bagi pengukuhan asas dan pembaikan diri. Tapak pameran mendedahkan pelbagai produk teknologi awal, rintis dan canggih untuk memenuhi landskap persaingan pasaran yang sengit. Dalam keluasan pameran yang mengagumkan, pengamal industri mengalami kevitalan transformasi industri pembungkusan global semasa, kod inovasi peralatan dan laluan pembangunan masa depan secara mendalam.

Penandatanganan di lapangan, pencapaian penyelesaian urus niaga dan penandatanganan strategik, siri kolaborasi perdagangan pempamer yang membuahkan hasil
Penuh dengan jangkaan, pembeli domestik dan luar negara hadir untuk menonjolkan isyarat kukuh mengenai permintaan pembelian dan mendapati pameran ini sangat mendatangkan kepuasan. Di dalam dewan pameran, beberapa perjanjian perdagangan dimeterai di lapangan. KL Group dan Hanglory Group mengadakan sidang akhbar kerjasama strategik global secara langsung, menandatangani kontrak dengan wakil pelanggan serta-merta; pelanggan "berbelanja besar" membeli sejumlah 36 mesin… Tanda "habis dijual" terdapat di merata-rata dalam seluruh dewan pameran, mengesahkan lagi nilai WEPACK 2024 dalam memudahkan kerjasama perdagangan global.

Acara berlangsung serentak menyerlahkan pandangan jauh dan menerajui transformasi dan penaiktarafan dalam industri pembungkusan
Dalam tempoh 3 hari, WEPACK 2024 menganjurkan lebih 50 persidangan dan acara, termasuk forum, acara dan majlis penganugerahan yang amat dinanti-nantikan seperti Hari India 2024, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan ke-2 ACCA, Forum Pembinaan Ekologi ESG dan Penciptaan Bersama Pembangunan Mampan, Forum Sidang Kemuncak mengenai "Trend Pembangunan Pencetakan Digital dalam Pasaran Pembungkusan", Forum Sidang Kemuncak Digital Carnival Park Prepress Home 2024, Seminar Trend Pembekalan dan Permintaan Pasaran Pulpa dan Kertas, Forum Inovasi dan Pembangunan Pembungkusan Likuor China ke-4, Sidang Akhbar Teknologi Canggih Pembungkusan dan majlis PACKCON STAR AWARDS 2024. Dengan kandungan yang amat menumpukan kepada topik-topik hangat semasa, persidangan dan acara rentas saluran dan rentas industri diadakan untuk memberi pandangan yang menyeluruh kepada pengamal industri, memecahkan halangan, mengupayakan peserta pameran dan pengunjung serta meningkatkan interaksi mendalam dalam rantaian industri pembungkusan.

Keyakinan meningkat, peserta pameran merebut reruai bagi tahun 2025
Suasana yang rancak di WEPACK 2024 di lapangan meningkatkan keyakinan peserta pameran utama, mendorong mereka untuk menempah reruai pameran bagi tahun hadapan lebih awal. Kawasan tempahan reruai di lapangan begitu sibuk dengan reruai emas paling menjadi tumpuan.

Alternating between Shanghai in odd years and Shenzhen in even years, WEPACK 2025 and its SinoCorrugated 2025 will be held at Shanghai New International Expo Center in April 2025.
Alternating between Shanghai in odd years and Shenzhen in even years, WEPACK 2025 and its SinoCorrugated 2025 will be held at Shanghai New International Expo Center in April 2025.

Berselang-seli antara Shanghai dalam tahun ganjil dan Shenzhen dalam tahun genap, WEPACK 2025 dan SinoCorrugated 2025 akan diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada April 2025.

Source: RX (China) Investment Co., Ltd.
Related Stocks:
NYSE:RELX
Keywords: Banking/Financial Service Paper/Forest Products/Containers Publishing/Information Service Trade show news