omniture

Laporan Dapati Latihan DigiTruck Huawei Bantu Tingkatkan Pendapatan, Pekerjaan dan Keusahawanan

Huawei
2024-04-30 14:27 40

NAIROBI, Kenya, 30 April 2024 /PRNewswire/ -- Kerajaan Kenya dan Huawei Kenya hari ini melancarkan laporan penilaian bebas latihan kemahiran digital yang disediakan oleh program DigiTruck.

Mr.Eliud Owalo along with ICT Ministers from Lesotho, Sahrawi and South Sudan; PS ICT John Tanui along with PSs from Malawi, Sahrawi, South Sudan and Zimbabwe; Chair of the Communications Authority, CEO of the ICT Authority. Accompanying the government officials were Huawei Deputy CEO for Public Affairs, Steven Zhang, MD for Enterprise Business Kevin Wen, Ian Korir, the Huawei DigiTruck Project Manager and youth who have been trained on the DigiTruck.
Mr.Eliud Owalo along with ICT Ministers from Lesotho, Sahrawi and South Sudan; PS ICT John Tanui along with PSs from Malawi, Sahrawi, South Sudan and Zimbabwe; Chair of the Communications Authority, CEO of the ICT Authority. Accompanying the government officials were Huawei Deputy CEO for Public Affairs, Steven Zhang, MD for Enterprise Business Kevin Wen, Ian Korir, the Huawei DigiTruck Project Manager and youth who have been trained on the DigiTruck.

Dilancarkan pada tahun 2019 di Kenya di bawah inisiatif TECH4ALL Huawei, DigiTruck ialah bilik darjah bergerak, berkuasa solar yang dilengkapi dengan sambungan Internet, komputer riba dan telefon pintar. Ditukar daripada kontena penghantaran terpakai yang dipasang pada bahagian belakang trak, DigiTruck melakukan perjalanan ke komuniti terpencil di Kenya, menyediakan latihan percuma dalam kemahiran digital kepada belia, memperkasa mereka untuk mengambil bahagian dengan lebih menyeluruh lagi dalam ekonomi digital.

Laporan ini dilancarkan di Sidang Kemuncak Connected Africa oleh Setiausaha Kabinet untuk Maklumat, Komunikasi dan Ekonomi Digital, Eliud Owalo, dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Kenya, Steven Zhang.

Semasa memulakan Sidang Kemuncak, T.Y.T. Presiden Ruto mengetengahkan penemuan daripada laporan dan memuji program ini.

"Inilah impak daripada intervensi yang mudah dari segi memperkasa belia dan ia mengesahkan janji pendekatan kolaboratif kami dan kuasa perkongsian dalam mencapai matlamat yang bercita-cita tinggi," kata T.Y.T. William Ruto, Presiden Republik Kenya.

Salah satu faedah utama program DigiTruck ialah mobilitinya, membolehkan latihan disediakan dalam komuniti yang sukar didatangi.

"Bagi memudahkan pemanfaatan optimum infrastruktur digital, penting agar kita mempunyai tahap pemahiran digital yang sepadan; atas sebab inilah program DigiTruck ini sangat berguna kerana melalui program ini kami berupaya mendekati kawasan yang sangat terpencil yang pada lazimnya tidak akan diakses bagi tujuan pemahiran digital," kata Eliud Owalo, Setiausaha Kabinet untuk Kementerian Maklumat, Komunikasi & Ekonomi Digital, "Jadi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Huawei atas program pemahiran digital yang inovatif ini dan kami ingin memberi jaminan kepada anda bahawa kami akan terus bekerjasama dengan anda dalam program pemahiran digital apabila kami memperkenalkan agenda transformasi digital kami."

Setiap kursus berjalan selama 40 jam dan menyediakan latihan dalam kemahiran digital serta kemahiran insani seperti memulakan perniagaan dalam talian, menulis résumé dan memohon pekerjaan dalam talian. Satu tinjauan 800 daripada lebih 4,000 belia yang dilatih sepanjang tempoh empat tahun mendedahkan hasil ketara positif yang signifikan untuk benefisiari. Beberapa penemuan penting termasuk:

  • 93% responden melaporkan peningkatan keupayaan kerja.
  • 79% menyatakan mereka menyampaikan kemahiran digital mereka kepada orang lain dalam komuniti mereka, memupuk budaya pemerkasaan.
  • Responden melaporkan penurunan 6% dalam kadar pengangguran dan penurunan 7% bagi kerja sendiri.
  • 35% responden mengaitkan peningkatan pendapatan lantaran memulakan perniagaan dengan kemahiran digital baharu mereka.

"Dari awal penubuhannya, tujuan DigiTruck adalah untuk mendatangi kawasan terpencil; mendekati belia yang biasanya tidak mempunyai banyak peluang; dan untuk mendatangi seluruh negara ini," kata Steven Zhang, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Kenya. "Matlamat DigiTruck ini bukan sahaja untuk menyediakan kemahiran digital, tetapi juga menyebarkan pesanan mengenai kepentingan kemahiran digital dan untuk mengumpulkan orang lain untuk menyertai usaha kami."

Tatkala Kenya menyambut era digital, keperluan terhadap kemahiran digital berkembang daripada kemewahan kepada keperluan.

Inisiatif DigiTruck, satu usaha kolaboratif antara Kementerian Maklumat, Komunikasi & Ekonomi Digital, Huawei dan rakan-rakan kongsi yang lain, telahpun berada di barisan hadapan dalam memperkasa belia Kenya dengan kemahiran yang penting ini.

Ringkasan eksekutif laporan sedia dimuat turun di sini.

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research Financial Technology Cloud Computing / Internet of Things