omniture

Xinhua Silk Road: Quanzhou, Tenggara China inginkan senario saling menguntungkan bagi perlindungan warisan, pelancongan budaya

Xinhua Silk Road
2024-04-30 16:23 15

BEIJING, 30 April 2024 /PRNewswire/ -- Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Bandar Quanzhou di Wilayah Fujian, tenggara China telah memperkukuh perlindungan warisan budaya, mewujudkan laluan baharu untuk penggalakan warisan budaya, seterusnya mendorong pertumbuhan yang luar biasa bagi pelancongan budaya serta mencapai senario yang saling menguntungkan untuk perlindungan warisan budaya dan pembangunan pelancongan budaya.

Photo shows that foreign tourists are experiencing Xunpu flowery headwear, a national intangible heritage in Xunpu Village.
Photo shows that foreign tourists are experiencing Xunpu flowery headwear, a national intangible heritage in Xunpu Village.

"Apabila membida untuk Senarai Warisan Dunia, Quanzhou berusaha sedaya upaya dalam perlindungan dan pemulihan warisan budaya, memelihara banyak warisan budaya yang berharga," kata Xiao Yuqin, seorang pegawai Biro Warisan Budaya Wilayah Fujian, menambah bahawa bandar tersebut berusaha dengan lebih gigih bagi perlindungan warisan budaya selepas ia dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO sebagai tapak budaya.

Pelbagai langkah telahpun diambil, termasuk mengeluarkan undang-undang dan peraturan, memperkemas institusi serta merekrut ahli profesional.

Walaupun tapak warisan dunia di Quanzhou tidak terpencil, ia ceria dan bersifat realistik. Penduduk tempatan menjalani kehidupan dan berinteraksi dengannya. Difahamkan bahawa kebanyakan tapak warisan budaya di Quanzhou adalah percuma untuk penduduk tempatan dan juga pelancong.

Pelancongan Quanzhou telahpun dipertingkatkan selepas ia dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO. Pada tahun 2023, Quanzhou menerima hampir 86.53 juta lawatan pelancong, mencatatkan peningkatan sebanyak 53.9 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan jumlah pendapatan pelancongan melebihi 100 bilion yuan (kira-kira 13.8 bilion dolar A.S.), meningkat 68.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Bandar ini juga amat kreatif dalam pemasaran pelancongannya, baik secara dalam talian mahupun luar talian. Ia menubuhkan pusat komunikasi peringkat bandar yang pertama di wilayah ini, mempromosikan pelancongannya melalui outlet media dan platform media sosial serta menghasilkan hantaran menarik yang menjadi tular dalam kalangan warga siber berbangsa Cina.

Selain daripada tapak warisan dunia, Quanzhou juga merupakan pusat kepada enam projek warisan budaya tak ketara bertaraf dunia dan 36 projek warisan budaya tak ketara peringkat nasional. Bandar tersebut menggabungkan tapak warisan budaya, projek warisan budaya tak ketara dengan pelancongan, menganjurkan acara khas dan memperkenalkan produk pelancongan yang berkaitan bagi memenuhi pelbagai keperluan pelancong.

Bagi menghadapi lonjakan kedatangan pelancong, bandar tersebut turut menggerakkan sumber untuk menyediakan lebih banyak kemudahan kepada pelancong, termasuk inap desa, hotel dan juga restoran.

Quanzhou, dengan budayanya yang unik, akan meningkatkan lagi pembangunan terselaras perlindungan warisan budaya dan pembangunan pelancongan budaya ke tahap baharu, selepas kejayaan penyenaraiannya dalam Senarai Warisan Dunia, menjadikannya model global bagi perlindungan warisan budaya, kata Fu Qisheng, ketua Biro Warisan Budaya Wilayah Fujian.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/339977.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Travel Conservation/Recycling