WUZHEN, China, 28 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Pesta Teater Wuzhen Kedua 2014 akan diadakan di Wuzhen bermula pada 30 Oktober ini. Pesta ini telah diasaskan bersama oleh presiden Cultural Wuzhen bernama Chen Xianghong serta pengarah teater dan penulis drama bernama Stan Sheng-Chuan Lai yang memenangi anugerah, dilahirkan di AS dan juga berpangkalan di Taiwan. Penerbit drama berbangsa Cina yang terkenal, Huang Lei dan juga salah satu pengarah teater paling berpengaruh di China, Meng Jinghui, turut merupakan pengasas bersama Pesta tersebut.
Wuzhen, salah satu daripada empat pekan terkenal di rantau ini yang bersempadan dengan bahagian selatan tebing Sungai Yangtze, mempunyai sejarah peradaban yang direkodkan lebih 7,000 tahun lamanya dan sejarah seni bina yang melangkaui 1,300 tahun. Wuzhen telah lama dikenali sebagai pekan air terakhir yang masih wujud di China. Pesta Teater Wuzhen pertama yang telah diadakan pada tahun 2013 merupakan suatu kejayaan besar.
Pesta Teater Wuzhen pada tahun ini mengundang 17 karya teater unggul dari serata dunia untuk dipentaskan di lapan teater Wuzhen. Pertandingan Artis Teater Belia dan sesi Karnival Luar juga akan diadakan semasa pesta tersebut berlangsung. Sepanjang 11 hari acara itu dijalankan, para peminat drama dari seluruh dunia berpeluang menyaksikan persembahan hebat daripada beberapa studio drama Eropah terkenal, yang jarang dipersembahkan di Asia. Para pengunjung juga berpeluang menikmati gabungan pekan purba dan budaya moden dengan menyaksikan persembahan Karnival di sepanjang jalan pekan Wuzhen.
SUMBER: Wuzhen Tourism Co., Ltd.