omniture

Premia Partners umum pengurangan fi untuk Premia Vietnam ETF dan perubahan indeks dasar

Premia Partners
2024-05-02 08:00 89

HONG KONG, 2 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Premia Partners, penyedia ETF yang terkemuka dari Hong Kong, mengumumkan pada hari ini pengurangan fi bagi Premia Vietnam ETF (ETF) dan perubahan indeks dasar kepada S&P Vietnam Core Index (USD) NTR (indeks) berkuat kuasa serta-merta.

Nisbah perbelanjaan keseluruhan ETF akan diturunkan daripada 0.75% kepada 0.70% setahun, menunjukkan komitmen Premia untuk menawarkan penentuan harga yang kompetitif dan meningkatkan nilai untuk pelabur. ETF direplikasi secara fizikal ini menawarkan akses yang cekap kos dan mudah kepada pasaran ekuiti Vietnam yang berkembang pantas dan indeks baharu diperkenalkan untuk meningkatkan peruntukan aset dan pempelbagaian risiko ETF dan menunjukkan peluang yang lebih baik daripada pertumbuhan dan pembangunan berterusan pasaran saham Vietnam.

Liputan pasaran luas: Premia Vietnam ETF (Simbol saham: 2804 HKD / 9804 USD) menawarkan liputan permodalan saham menyeluruh yang luas untuk Vietnam. Indeks yang dijejaki olehnya bertujuan untuk meliputi 90% permodalan pasaran apungan-terlaras S&P Vietnam BMI, mewakili saham Vietnam terbesar dan paling cair yang disenaraikan pada Bursa Saham Ho Chi Minh dan Hanoi.

Menunjukkan pembangunan berterusan pasaran saham Vietnam: daripada mengehadkan liputan kepada bilangan konstituen yang tetap, indeks yang dijejaki oleh ETF ini tidak ditetapkan kepada bilangan konstituen yang dipratentukan dan terus meluaskan liputan tatkala pasaran berkembang dan maju.

Permodalan saham tunggal 15%: untuk pempelbagaian dan pengurusan risiko yang lebih baik, indeks baharu ini menyediakan permodalan wajaran konstituen tunggal 15% bagi memastikan risiko konsentrasi yang rendah.

"Menyediakan alatan akses gred institusi yang prihatin untuk Asia sentiasa menjadi keutamaan kami di Premia. Bagi kami, ia bukan sekadar melancarkan produk baharu, tetapi juga mengemas kini ETF sedia ada kami secara konsisten bagi meningkatkan proposisi nilai untuk pelabur," kata Rebecca Chua, Rakan Pengurusan Premia Partners. "Pengurangan fi dan perubahan indeks Vietnam ETF kami akan menjadi peningkatan yang tepat pada masanya untuk pelabur yang tercari-cari alat peruntukan yang cekap kos, terpelbagai bagi menguasai peluang pertumbuhan dalam pasaran ekuiti Vietnam yang berkembang pesat."

S&P Dow Jones Indices dengan sukacitanya melesenkan S&P Vietnam Core Index kepada Premia Partners untuk ETFnya," kata John Welling, Pengarah Kanan dan Ketua Indeks Ekuiti Global di S&P Dow Jones Indices. "Indeks ini dibangunkan untuk memberikan pandangan dasar yang objektif dan telus mengenai pasaran dan ekonomi Vietnam yang berkembang pantas. Dengan mengukur prestasi saham Vietnam yang terbesar dan paling cair, indeks ini menawarkan kepada peserta pasaran dengan set data komprehensif untuk mengukur pasaran ekuiti Vietnam."

Latar Belakang Premia Partners 

Ditubuhkan pada tahun 2016, Premia Partners ialah salah satu pengurus ETF yang terkemuka dari Hong Kong, mengkhusus untuk membangunkan ETF berkos rendah, cekap dengan amalan terbaik untuk Asia. Setakat 2 Mei 2024, Premia Partners mengurus 9 ETF di Hong Kong. Untuk maklumat lanjut mengenai Premia atau Premia ETF yang meliputi China, ASEAN Baru Muncul, Metasemesta/Teknologi Inovatif Asia, Vietnam, bon hasil tinggi China, bon kerajaan China dan Perbendaharaan AS, sila kunjungi www.premia-partners.com

 

Source: Premia Partners
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology