omniture

Daimler Financial Services adalah Salah Satu daripada 25 Majikan Terbaik Dunia

-- Great Place to Work Institute menamakan Daimler Financial Services sebagai salah satu daripada 25 Tempat Kerja Multinasional Terbaik Dunia
-- Sembilan daripada sepuluh pekerja menilai syarikat tersebut sebagai "tempat kerja yang terbaik" dalam tinjauan bebas
Daimler Financial Services
2014-10-28 10:27 272

STUTTGART, Jerman, 28 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Hari ini merupakan hari yang bermakna untuk lebih daripada 8,000 kakitangan Daimler Financial Services seluruh dunia – syarikat ini disenaraikan sebagai salah satu daripada 25 majikan terbaik dunia.  Penganugerahan ini telah disahkan oleh badan bebas Great Place to Work Institute di majlis Anugerah Tempat Kerja Multinasional Terbaik Dunia 2014 di San Francisco. Ia telah menjadikan Daimler Financial Services sebagai syarikat pertama dari Jerman untuk mendapatkan tempat dalam kedudukan majikan paling menarik di dunia  yang menjadi rebutan.

Further information from Daimler is available here
Further information from Daimler is available here

Lebih 6,200 syarikat terlibat dalam tinjauan tersebut pada tahun 2014. Dalam keseluruhan hanya 2,800 syarikat layak menyertai pertandingan "Syarikat Multinasional Terbaik Dunia". Sebanyak 429 syarikat berjaya meraih tempat di dalam senarai salah satu majikan terbaik nasional di negara masing-masing. Bagi memenuhi syarat kelayakan senarai global itu, syarikat perlu dipilih sebagai salah satu majikan terbaik sekurang-kurangnya di dalam  5negara, mempunyai sekurang-kurangnya 5,000 pekerja, dan juga sekurang-kurangnya 40 peratus daripada kakitangannya harus bekerja di luar negara asal syarikat tersebut.

"Untuk mewujudkan tempat kerja yang hebat perlu  suatu penetapan minda," kata Klaus Entenmann, Pengerusi Lembaga Pengurusan Daimler Financial Services. "Budaya korporat kami adalah berdasarkan set nilai teras yang jelas. Setiap pekerja mempunyai peluang dan tanggungjawab untuk menjadikan syarikat kami sebagai tempat kerja yang terbaik dan mereka berjaya melaksanakannya. Para pekerja kami yang bermotivasi tinggi serta budaya kami yang mantap merupakan salah satu faktor yang membolehkan kami menyediakan perkhidmatan cemerlang dan membuahkan hasil saban tahun."

Bahagian perkhidmatan mobiliti dan kewangan Daimler, sebagaimana keseluruhan Kumpulan itu, jelas komited terhadap nilai korporatnya. Antara lain, Daimler Financial Services berhasrat untuk memupuk budaya amanah, tanggungjawab individu, keterbukaan kepada inovasi dan akhir sekali tetapitidak kurang pentingnya -minat mendalam terhadap kerja. Great Place to Work Institute telah menyelidik kesemua nilai ini serta perilaku  yang sama di Daimler Financial Services sejak tahun 2007 dengan menjalankan tinjauan pekerja tanpa nama. Dalam tinjauan terkini, kira-kira sembilan daripada sepuluh kakitangan Daimler Financial Services bersetuju syarikat mereka merupakan tempat kerja yang hebat.

"Pencapaian ini menunjukkan bahawa kami berada di landasan yang betul  dalam perjalanan kami sebagai majikan. Tumpuan kami adalah untuk mewujudkan tempat kerja yang terbaik akan terus teguh di semua pasaran," ulas Peter Henn, Ahli Lembaga Pengurusan Daimler Financial Services yang bertanggungjawab terhadap rantau Afrika & Asia Pasifik.

Daimler Financial Services menyokong jualan kenderaan Daimler dengan menawarkan pembiayaan, pemajakan dan juga kontrak insurans, pengurusan armada, khidmat perbankan serta khidmat mobiliti yang inovatif. Pada akhir suku ketiga tahun 2014, lebih tiga juta kereta dan kenderaan komersil bernilai hampir Euro 94 bilion berjaya direkodkan dalam akaun syarikat.

Hubungi:

Andreas Spannbauer, +49 711-25 74 40 78,
andreas.spannbauer@daimler.com

Michael Braun, +65 6849 5632,
michael.mi.braun@daimler.com

Maklumat lanjut daripada Daimler boleh didapati di:
www.media.daimler.com dan www.daimler.com

Latar Belakang Daimler
Daimler AG merupakan salah satu syarikat automotif paling berjaya di dunia. Dengan beberapa divisyennya termasuk Mercedes-Benz Cars, Daimler Trucks, Mercedes-Benz Vans, Daimler Buses serta Daimler Financial Services, Daimler Group merupakan salah satu pengeluar terbesar bagi kereta premium dan juga pengilang terbesar dunia bagi kenderaan komersil yang terkemuka pada peringkat global. Daimler Financial Services menyediakan pembiayaan, pemajakan, pengurusan armada, insurans serta khidmat mobiliti yang inovatif. Pengasas syarikat ini, Gottlieb Daimler dan Carl Benz, mencatat sejarah dengan mencipta kereta pada tahun 1886. Sebagai perintis kejuruteraan automotif, Daimler terus membentuk masa depan mobiliti pada masa kini: Tumpuan Kumpulan adalah pada teknologi yang inovatif dan teknologi hijau selain kereta selamat dan unggul, yang mampu menarik dan mempesona para pelanggannya. Sejak sekian lama, Daimler terus melabur secara berterusan dalam pembangunan sistem pemanduan alternatif dengan matlamat untuk membolehkan pemanduan bebas emisi dalam jangka panjang. Jadi, selain kenderaan dengan pemanduan hibrid, kini Daimler mempunyai kepelbagaian paling tinggi daripada segi kenderaan elektrik tempatan bebas emisi yang dikuasakan oleh bateri dan sel bahan api. Ini hanyalah satu contoh bagaimana Daimler dengan sukarela menyahut cabaran dalam memenuhi tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan alam sekitar. Daimler menjual kenderaannya serta perkhidmatannya hampir di semua negara seluruh dunia dan mempunyai kemudahan pengeluaran di lima benua. Portfolio jenama semasa miliknya termasuk smart, Freightliner, Western Star, BharatBenz, Fuso, Setra serta Thomas Built Buses, di samping jenama automotif premium paling berharga di dunia, Mercedes-Benz. Syarikat ini turut disenaraikan di bursa saham Frankfurt dan Stuttgart (simbol bursa saham DAI). Pada tahun 2013, Kumpulan ini berjaya menjual 2.35 juta kenderaan dan menggaji tenaga kerja seramai 274,616 orang; hasil pendapatan mencecah Euro 118.0 bilion dan EBIT berjumlah Euro 10.8 bilion.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141021/8521406166

Source: Daimler Financial Services
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Awards