omniture

SMARTIES™ Awards 2024: Mempelawa Semua Pemasar Inovatif Seluruh Dunia!

MMA Global APAC
2024-05-03 11:06 46

SINGAPURA, 3 Mei 2024 /PRNewswire/ -- MMA Global, sebuah pertubuhan bukan untung, membuka penyertaan secara rasmi untuk SMARTIES™ Awards 2024 yang berprestij. Pertandingan tahunan ini meraikan jenama, agensi dan pemasar yang cemerlang di seluruh dunia, menggalakkan mereka untuk menyerahkan kempen pemasaran mereka yang paling kreatif dan memberi impak.

Program ini terus berusaha untuk mencapai pertumbuhan, memantapkan kedudukannya sebagai asas untuk memaparkan kajian kes pemasaran yang luar biasa. Dengan tumpuan yang tidak henti-henti ke atas inovasi dan hasil yang boleh diukur, SMARTIES™ menarik minat minda pemasaran yang paling bijak di seluruh dunia, mendorong sebuah platform untuk kecemerlangan bersama.

SMARTIES APAC 2024 is now open for submissions
SMARTIES APAC 2024 is now open for submissions

Memahami landskap kecemerlangan pemasaran yang pelbagai, program SMARTIES™ menawarkan:

"Landskap pemasaran sedang mengalami transformasi pesat, didorong oleh teknologi yang sentiasa berkembang," kata Rohit Dadwal, CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) MMA Global APAC & Ketua Global SMARTIES™ Worldwide. "SMARTIES™ Awards beradaptasi kepada perubahan ini, mengiktiraf inovasi dalam e-dagang, media sosial, Teknologi Pemasaran (MarTech) dan keupayaan mereka untuk menyampaikan impak perniagaan yang signifikan dan mempengaruhi kehidupan secara positif."

Para pemenang SMARTIES™ menerima pengiktirafan yang bukan sekadar sebuah trofi daripada industri. Mereka akan dimasukkan ke dalam senarai kedudukan WARC 100 bagi kempen dan syarikat paling banyak dianugerahkan di dunia untuk media, serta penskoran global agensi media RECMA, berserta Indeks Impak Perniagaan MMA yang memperlihatkan yang terbaik dalam pemasaran di peringkat global.

Tarikh akhir yang tepat bagi Pelawaaan Penyertaan SMARTIES™ 2024 ialah 12 Julai 2024. Pemasar dan agensi digalakkan untuk mengambil bahagian dalam anugerah peringkat negara, serantau dan global. Anugerah Emas, Perak dan Gangsa akan dianugerahkan dalam setiap kategori, dengan pelaksana terbaik menerima pengiktirafan tertinggi daripada program ini: Pengiklan Terbaik Tahunan, Penerbit/Syarikat Media Terbaik Tahunan, Syarikat Teknologi Pemboleh Terbaik Tahunan, Agensi Terbaik Tahunan dan Terbaik dalam Persembahan.

Panel dihormati yang terdiri daripada pemasar kanan jenama dan pemimpin industri akan menilai kesemua finalis.

Untuk maklumat lanjut mengenai kategori anugerah, proses penyerahan dalam talian dan gala SMARTIES™ yang berprestij (akan diumumkan dalam separuh kedua tahun 2024), sila kunjungi laman web berkaitan yang dipautkan di atas.

Latar Belakang MMA Global: MMA Global ialah persatuan perdagangan global yang terkemuka untuk pemasar, menyediakan sumber penting dan kepakaran untuk memperkasa pemasar mengemudi dunia Pemasaran yang kompleks. Dengan komitmen untuk memacu inovasi dan keberkesanan, MMA Global memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pemasaran.

SMARTIES: SMARTIES ialah program anugerah pemasaran berprestij yang dihoskan oleh MMA Global, bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam bidang Pemasaran. SMARTIES Awards meraikan kempen yang paling inovatif dan memberi impak yang menerobos sempadan kreativiti dan memacu impak perniagaan yang boleh diukur dalam landskap yang dinamik hari ini.

HUBUNGI:
My Nguyen, Pengarah Pemasaran MMA Global APAC
Emel: m.nguyen@mmaglobal.com
Telefon Bimbit: +84 914 30 33

Source: MMA Global APAC
Keywords: Advertising Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Social Media Awards