omniture

Huawei Dedahkan Tawaran Baharu untuk Pasaran Komersial dan Pengedaran Dorong Pertumbuhan Pintar PKS

Huawei Enterprise
2024-05-03 11:28 188

BANGKOK, 3 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Persidangan Rakan Kongsi Huawei Asia-Pasifik telahpun diadakan semasa Kongres Digital dan Pintar APAC dengan tema "Berganding Bahu demi Era Bersama". Kira-kira 1000 rakan kongsi dari 15 negara dan wilayah di seluruh Asia-Pasifik berhimpun di Bangkok. Di persidangan ini, Huawei melancarkan beberapa produk dan penyelesaian berasaskan senario untuk pasaran komersial dan perniagaan pengedaran di Asia-Pasifik serta mengadakan forum dan mesyuarat meja bulat bagi membincangkan cara untuk mengupayakan transformasi digital dan pintar secara bersama dalam industri-industri. Huawei turut menyampaikan anugerah bagi mengiktiraf rakan-rakan kongsi yang cemerlang.

Nicholas Ma, President of Huawei Asia-Pacific Enterprise Sales, delivered the opening speech
Nicholas Ma, President of Huawei Asia-Pacific Enterprise Sales, delivered the opening speech

Nicholas Ma, Presiden Jualan Perusahaan Huawei Asia-Pasifik, menyatakan bahawa dengan sokongan rakan kongsi dan pelanggan, Perniagaan Perusahaan Huawei Asia-Pasifik mencapai prestasi cemerlang dalam tiga jenis pasaran pada tahun 2023, terutamanya dari segi pasaran komersial dan perniagaan pengedaran. Pada tahun 2024, Huawei akan terus kekal mengutamakan rakan kongsi, meningkatkan pelaburan dan sokongan untuk rakan kongsi, memenangi peluang bersama-sama dan memajukan transformasi digital dan pintar PKS di seluruh Asia-Pasifik secara kolektif.

Tim Cao, Vice President of Huawei Asia-Pacific Enterprise Sales (Partners), released 2024 Asia-Pacific commercial market high-frequency scenarios and partner policies
Tim Cao, Vice President of Huawei Asia-Pacific Enterprise Sales (Partners), released 2024 Asia-Pacific commercial market high-frequency scenarios and partner policies

Tim Cao, Naib Presiden Jualan Perusahaan Huawei Asia-Pasifik (Rakan Kongsi), melancarkan penyelesaian untuk 11 senario yang kerap dalam pasaran komersial Asia-Pasifik bagi tahun 2024. Senario ini termasuk tetapi tidak terhad kepada rangkaian kampus, rangkaian pejabat PKS, perkhidmatan storan MSP, penyelesaian FTTO untuk hotel. Beliau menyatakan bahawa Huawei akan terus memberi sokongan kepada rakan kongsi dari pelbagai aspek, termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemasaran, penjualan, pembekalan dan perkhidmatan. Melalui penaiktarafan dasar, alatan serta produk dan penyelesaian, Huawei akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membantu pelanggan pasaran komersial berjaya.

Wei Xianbin, Director of the Distribution Business Dept of Huawei Enterprise Sales Dept, delivered the speech
Wei Xianbin, Director of the Distribution Business Dept of Huawei Enterprise Sales Dept, delivered the speech

Wei Xianbin, Pengarah Jabatan Perniagaan Pengedaran daripada Jabatan Jualan Perusahaan Huawei, menekankan bahawa Huawei akan terus membangunkan sistem rakan kongsi yang sihat dan teratur dalam perniagaan pengedaran serta akan turut membangunkan produk yang boleh digunakan secara meluas dengan jenama HUAWEI eKit, menjadikannya produk dan platform IT yang mudah dibeli dan dijual, mudah dipasang dan diselenggara, mudah dipelajari dan digunakan. Sementara itu, Huawei akan meneroka peluang baharu bersama-sama rakan kongsi. Berserta rakan kongsi, Huawei melancarkan 21 produk baharu untuk perniagaan pengedaran Asia-Pasifik semasa acara ini.

Pengarah Jualan PPLUS, Pengarah Jualan Penyelesaian Bersekutu Acclivis dan Pengurus Perniagaan - SAARC of Inflow berkongsi kisah kejayaan mereka bekerjasama dengan Huawei untuk membantu pelanggan dalam pasaran komersial dan perniagaan pengedaran mencapai transformasi digital. Mereka turut menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama erat dengan Huawei.

Dengan tema "Membentuk Kewangan Lebih Pintar Bersama-sama Rakan Kongsi", "Membina Bandar Lebih Pintar dengan Rakan Kongsi Vendor Perkhidmatan Penyepaduan (ISV)", "Membina Infrastruktur ICT Tangkas bersama Rakan Kongsi Kampus Pintar & Pusat Data" dan "Berkolaborasi dengan Rakan Kongsi Perkhidmatan bagi Mencipta Nilai untuk Pelanggan," siri forum dan mesyuarat meja bulat rakan kongsi yang pelbagai diadakan bagi membangunkan peluang kolaborasi masa depan semasa persidangan.

Huawei turut menyampaikan 17 anugerah bagi memberi pujian kepada syarikat rakan kongsi dan individu yang memberi sumbangan cemerlang dan meraih pencapaian yang luar biasa dalam tahun 2023. Anugerah ini termasuk Rakan Kongsi Industri Terbaik Tahunan, Rakan Kongsi Vertikal Terbaik Tahunan, Rakan Kongsi Jualan Terbaik Tahunan, Individu Cemerlang dan banyak lagi. Memandang ke hadapan, Huawei akan membina sistem yang bersepadu lebih erat dengan rakan kongsi daripada pelbagai industri dan bekerjasama dalam tiga jenis pasaran, memacu kejayaan lebih besar di tengah-tengah transformasi digital dan pintar.

Source: Huawei Enterprise
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Small Business Services Trade show news