omniture

VT Markets mengakhiri acara Monaco eksklusif

VT Markets
2024-05-06 08:10 14

MONACO, 6 Mei 2024 /PRNewswire/ -- VT Markets, broker berbilang aset terkemuka dan rakan kongsi pasukan rasmi Maserati MSG Racing, berjaya mengakhiri siri acara eksklusif yang diadakan di Monaco, seiring dengan Monaco E-Prix 2024, menawarkan persekitaran yang akrab dan berprestij untuk kumpulan tetamu VIP, rakan kongsi dan wakil media terpilih.

Acara media bermula pada 26 April bersama rakan kongsi, pelanggan serta media am, kewangan dan sukan bermotor selain pemandu Maserati MSG Racing, Maximilian Günther dan Jehan Daruvala yang turut hadir. Ludovic Moncla, Ketua Gabungan di VT Markets menonjolkan visi VT Markets untuk perkongsian ini, mengetengahkan nilai dikongsi bersama seperti inovasi, prestasi, kebolehcapaian dan kemampanan. Scott Swid, Pengerusi dan Pemilik Utama Maserati MSG Racing, mengalu-alukan VT Markets dengan penuh mesra kepada keluarga rakan kongsi Maserati MSG Racing dan menekankan kepentingan agar selaras dengan rakan kongsi yang berkongsi nilai-nilai yang serupa. Kedua-dua pihak turut mengadakan pertukaran token gilang-gemilang.

"Monaco E-Prix ialah acara yang paling ikonik dalam kalendar Formula E dan dengan adanya peluang untuk berkongsi pengalaman perlumbaan di tempat sendiri kami bersama rakan kongsi kami sentiasa menjadi sesuatu yang amat bermakna. VT Markets merupakan bahagian penting daripada keluarga kami di Maserati MSG Racing dan sebagai lanjutan daripada pasukan ini, memainkan peranan yang kritikal dalam membentuk perjalanan kami menuju masa depan. Pengalaman seperti ini hanya memperkayakan hubungan kami dan saya tidak sabar-sabar untuk meneruskan perjalanan kami yang sudahpun mengujakan dan mendatangkan kepuasan bersama-sama untuk baki Musim 10," ujar Scott Swid.

Para hadirin menerima topi yang ditandatangani daripada pemandu dan merakam detik-detik dengan Gen3 Maserati Tipo Folgore Musim 10 yang dipaparkan. Selepas acara media, hadirin memulakan rombongan katamaran mewah sepanjang garis pantai Monegasque sempena aktiviti perangkaian waktu petang yang menyeronokkan.

"Perkongsian kami bersama Maserati MSG Racing memperkayakan komitmen kami untuk menyediakan kepada pelanggan kami dengan pengalaman yang dapat dirasai lebih daripada sekadar perdagangan tradisional, berhubung bersama peminat di peringkat global," ulas Ludovic Moncla.

Pada hari perlumbaan, hadirin VT Markets bersorak untuk Maserati MSG Racing di La Rascasse dan astaka besar. Walaupun berdepan dengan cabaran semasa perlumbaan, pasukan ini mendapat tempat kesembilan yang membanggakan dalam aksi penamat, menambah dua mata kepada kiraan mata musim mereka.

Acara ini mendapat maklum balas yang positif daripada hadirin. "Peluang perangkaian, suasana yang mewah dan layanan yang luar biasa melangkaui jangkaan saya," ulas seorang pelanggan VIP VT Markets. "Saya berharap akan dijemput untuk menghadiri satu lagi acara VT Markets."

Latar Belakang VT Markets: 

VT Markets ialah broker berbilang aset dikawal selia dengan kehadiran di lebih 160 negara. Setakat ini, ia memenangi pelbagai anugerah antarabangsa termasuk Khidmat Pelanggan Terbaik dan Broker Berkembang Paling Pantas.

Sejajar dengan misinya untuk menjadikan perdagangan boleh diakses oleh semua, ketika ini VT Markets menawarkan akses tidak terikat kepada lebih 1,000 instrumen kewangan dan pengalaman perdagangan yang lancar melalui aplikasi mudah alihnya yang memenangi anugerah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web VT Markets rasmi atau emelkan kepada kami di info@vtmarkets.com. Sebagai alternatif, ikuti VT Markets di Facebook, Instagram, atau LinkedIn.

Source: VT Markets
Keywords: Banking/Financial Service