omniture

PRODUK PENJAGAAN KULIT BIOLOGI JK LAB+ - PENEMUAN ULUNG DALAM INDUSTRI KECANTIKAN DI MALAYSIA

JK LAB
2024-05-06 10:35 13

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Hiperpigmentasi ialah gangguan melanin tertentu, sering kali dimanifestasikan sebagai bintik-bintik pigmentasi yang tidak sekata, tompok berwarna perang pada kulit yang terdedah kepada cahaya matahari, terutamanya pada bahagian muka. Hiperpigmentasi tidak mengakibatkan kemudaratan fizikal, tetapi kajian menunjukkan bahawa ia boleh menjurus kepada masalah psikologi dan kualiti hidup yang lebih rendah ekoran perubahan yang ditimbulkan olehnya pada penampilan seseorang.

Menurut statistik dermatologi di seluruh dunia, kadar wanita yang mengalami hiperpigmentasi dan melasma menyumbang sebanyak 60%, antaranya kumpulan umur antara 30 hingga 60 tahun menyumbang sebanyak 70%. Mencari produk penjagaan kulit yang berkesan dan berkualiti sentiasa menjadi perhatian wanita. Artikel ini akan mendedahkan kepada anda produk yang amat berkesan untuk memudarkan bintik-bintik pigmentasi daripada JK LAB+. Sekiranya anda sedang mencari penyelesaian untuk penjagaan kulit, merawat hiperpigmentasi, ayuh jangan berlengah lagi.

PRODUK PENJAGAAN KULIT JK LAB+ DENGAN FORMULA KHUSUS UNTUK MERAWAT HIPERPIGMENTASI YANG DIKAJI OLEH PAKAR DERMATOLOGI KOREA


Terdapat banyak cara yang berbeza untuk merawat hiperpigmentasi seperti terapi laser, pengelupasan kimia dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kaedah-kaedah ini hanya memberikan keberkesanan sementara dan tidak menangani punca utama hiperpigmentasi, membuatkannya mudah berulang. Sekiranya anda ingin menghapuskan hiperpigmentasi pada akarnya, perkara paling penting adalah untuk merencatkan pigmen melanin pada kulit - punca utama hiperpigmentasi dan produk penjagaan kulit JK LAB+ dapat melakukannya dengan berkesan. Set 3-produk JK LAB+ termasuk Active Brightening Ampoule, Retin A Cream dan Sunscreen Broad Spectrum.

Active Brightening Ampoule dengan bahan-bahan penting seperti Glutation, Arbutin, asid Transeksamik, Hialuronat, Niasinamida membantu mencerahkan kulit dengan berkesan, mengurangkan hiperpigmentasi pascaradang. Ia menghalang penuaan, memudarkan bintik pigmentasi dan melasma.

Retin A Cream dengan bahan-bahan penting seperti Retinol, asid Glikolik, Natrium Hialuronat, ekstrak Centella Asiatica, Niasinamida, Pantenol membantu merawat pigmentasi yang sudah berakar umbi dari dalam kulit, menolak melanin ke permukaan kulit, menambah baik kulit yang kasar dan menebal. Ia merangsang sintesis Kolagen dan Seramida, menghapuskan tompok berwarna perang pada pemukaan kulit, meremajakan dan mencerahkan kulit.

Pelindung suria hibrid fizikal dan kimia Sunscreen Broad Spectrum melindungi daripada UVA/UVB, mencegah hiperpigmentasi pascaradang dengan berkesan, antipenuaan, membantu penyembuhan luka dan pemulihan kulit dengan bahan-bahan penting seperti Ekstrak Melaleuca Alternifolia (Tea Tree), Air Daun Centella Asiatica, Niasinamida, Zink Oksida.

Menggunakan produk penjagaan kulit hiperpigmentasi boleh memudarkan tompok perang secara beransur-ansur pada wajah, memperbaiki tona kulit, melembapkan dan memperbaiki struktur selular yang rosak. Walau bagaimanapun, untuk hasil yang optimum, anda perlu menggunakan ketiga-tiga produk ini secara gabungan.

JK LAB+ MENEGASKAN KEDUDUKANNYA DALAM RAWATAN HIPERPIGMENTASI DENGAN PRODUK PENJAGAAN KULIT BIOLOGI

Perbezaan JK LAB+ terletak pada hakikat bahawa setiap produk diperbuat daripada 95% bahan semula jadi digabungkan dengan aplikasi teknologi peptida biologi termaju: ekstrak semula jiadi, bahan mentah mesra alam, pemupukan makmal, tidak diubah suai secara genetik, bebas- paraben.

Teknologi peptida biologi menembusi ke dalam kulit dan "meniru" kolagen, memperdaya kulit bahawa seni bina kolagen di bawah permukaan kulit rosak. Justeru itu, kulit perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak kolagen, menghasilkan kulit yang lebih anjal, kurang berkedut.


JK LAB+ dikaji dengan teliti oleh pakar dermatologi terkemuka di negara pembedahan kosmetik, Korea Selatan. Bukan sekadar jenama penjagaan kulit farmaseutikal, JK LAB+ juga merupakan penyelesaian penjagaan kulit yang komprehensif. Mendukung kriteria penjagaan kulit Bio, JK LAB+ terbukti selamat untuk semua jenis kulit, termasuk kulit yang paling sensitif.

Kajian dermatologi telah membuktikan keberkesanan produk penjagaan kulit JK LAB+ untuk merawat hiperpigmentasi. Selepas hanya 2 minggu digunakan, produk ini dapat memudarkan tompok pigmentasi. Keadaan hiperpigmentasi boleh bertambah baik secara berterusan dengan penggunaan yang kerap, hasil sebenar mungkin berbeza-beza bergantung kepada keadaan kulit individu. Walau bagaimanapun, dapat diperakui bahawa produk ini sangat bagus untuk rawatan hiperpigmentasi dan mencegah perulangannya.

Latar Belakang JK LAB+

Dengan misi untuk menyediakan kepada pelanggan dengan pengalaman yang cemerlang, menawarkan produk yang paling andal dan berkesan, memenuhi keperluan pelanggan dan komuniti bagi membantu mewujudkan kehidupan yang lebih baik dan lebih bahagia. Dengan formula termaju dan kepakaran dalam teknologi penjagaan kulit, barisan produk JK LAB+ kami direka bentuk untuk memenuhi keperluan wanita Malaysia. JK LAB+ membantu anda menyerlah pada setiap detik.

Hubungi kami:
Laman Web: jklabmalaysia.com
Gmail: jklabmalaysia@gmail.com 

Source: JK LAB
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics