omniture

Huawei Lancar Siri Produk dan Penyelesaian F5G-A Mendayakan Kecerdasan Industri di Asia Pasifik

Huawei
2024-05-06 18:40 98

BANGKOK, 6 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Sidang Kemuncak Optik Global (GOS) — Asia Pasifik pertama Huawei telahpun diadakan di Bangkok, dengan tema "F5G-A, Asas bagi Kecerdasan Industri". Lebih daripada 300 pelanggan dan rakan kongsi dari negara-negara termasuk Singapura, Thailand, Filipina dan Malaysia menghadiri acara ini. Di sidang kemuncak ini, Huawei melancarkan siri produk dan penyelesaian F5G Advanced (F5G-A) untuk rantau Asia Pasifik dan memulakan acara perekrutan ahli OptiX Club di seluruh dunia, bagi mendayakan kecerdasan industri di Asia Pasifik.

Dalam ucapan pembukaan, Bob Chen berkata, "Ketersambungan dan penderiaan optik menjadi asas kepada transformasi industri pintar. Kecerdasan industri membawakan tiga trend kepada industri optik: Gentian-masuk Tembaga-keluar, fgOTN-masuk SDH-keluar dan Penderiaan-Optik-masuk Kerja-Keras-keluar. Huawei terlibat secara mendalam dalam industri ini dan terus meneroka teknologi optik yang inovatif bagi mendayakan kecerdasan industri."

Huawei Launches a Series of F5G-A Products and Solutions
Huawei Launches a Series of F5G-A Products and Solutions

Di sidang kemuncak ini, Gavin Gu, Presiden Domain Perniagaan Optik Perusahaan, Huawei, berkata "Kecerdasan industri membawakan tiga trend baharu kepada industri optik. F5G-A menunjukkan kepada kami hala tuju evolusi teknologi yang jelas untuk trend ini. Saya percaya bahawa dengan usaha bersama daripada pelanggan, rakan kongsi dan Huawei, kami akan mencapai hasil yang saling memberi manfaat dalam Kecerdasan industri."

Rumah dan kampus menerima "Gentian-masuk Tembaga-keluar" dengan kabel tembaga perlu diganti dengan gentian optik. Teknologi jalur lebar rumah berkembang daripada gentian ke rumah (FTTH) kepada gentian ke bilik (FTTR), menyediakan pengalaman unggul untuk kehidupan digital rumah. Berlatarbelakangkan hal ini, Huawei melancarkan rangkaian sasaran semua-optik ISP untuk era FTTR.

Bagi "Gentian-masuk Tembaga-keluar" dalam rangkaian kampus, Huawei melancarkan Penyelesaian FTTO 2.0 generasi seterusnya, yang melaluinya Huawei menggunakan teknologi XGS-PON Pro dan Wi-Fi 7 untuk menaik taraf lebar jalur, rangkaian dan O&M, mencapai 12.5/25G to ke bilik dan 10G untuk AP agar dapat membina kampus semua-optik 10 Gps hijau. Di samping itu, Huawei melancarkan penyelesaian 50G POL yang pertama dalam industri untuk kegunaan komersial, bagi memenuhi keperluan senario kampus berprestasi tinggi.  

Bagi "fgOTN-masuk SDH-keluar" dalam industri kuasa elektrik dan pengangkutan, Huawei melancarkan penyelesaian rangkaian komunikasi semua-optik yang pertama dalam industri yang menyokong standard fgOTN, seterusnya membina rangkaian komunikasi yang kukuh dan andal untuk industri ini.

Dalam trend ketiga "Penderiaan-Optik-masuk Kerja-Keras-keluar", operasi jarak jauh pintar dimanfaatkan untuk mengurangkan secara drastik amaun beban kerja manual di tapak, membolehkan pekerja berpindah dari tapak luar ke pejabat dalam senario termasuk pengangkutan pintar dan pemeriksaan perimeter. Huawei mengintegrasikan keupayaan penderiaan antara penglihatan, radar dan gentian optik dengan model pintar canggih bagi membina penyelesaian penderiaan berbilang dimensi yang terkemuka dalam industri, lalu memudahkan pengeluaran dan operasi.

Di sidang kemuncak ini, Huawei mengeluarkan Installation Process and Construction Guidance for Passive Optical LAN and fgOTN Technical White Paper (Kertas Putih Panduan Proses Pemasangan dan Pembinaan untuk LAN Optik Pasif dan fgOTN Teknikal) untuk memperkasa selanjutnya pelanggan dan rakan kongsi, menggalakkan penyeragaman industri bagi rangkaian semua-optik dan mempercepatkan pelaksanaan aplikasi. Akhir sekali, Huawei mengumumkan permulaan acara perekrutan ahli OptiX Club di seluruh dunia. Dengan membina komuniti teknikal industri, Huawei bermatlamat untuk mempromosikan kecerdasan data industri serantau.

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news