omniture

Kekalkan Bentuk Sebenar Tumpuan STAR-CCM+ v9.06 Keluaran CD-adapco

CD-adapco
2014-10-29 22:30 103

- STAR-CCM+® v9.06 memecah rekod bagi peranti bioperubatan, aeroakustik, proses kimia dan pelbagai penggunaan pemodelan canggih yang lain.

NEW YORK dan LONDON, 29 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- CD-adapco™, penyedia bertumpuan CFD swasta terbesar bagi perisian Kejuruteraan Bantuan Komputer, hari ini mengumumkan pelancaran STAR-CCM+ v9.06. Keluaran baharu ini membolehkan para jurutera beroleh simulasi yang lebih menyerupai produk akhir dengan mengambil kira beberapa faktor yang mungkin memberi pengaruh yang signifikan kepada prestasi reka bentuk beroperasi. Penambahbaikan daya pemprosesan menjadikan tahap ketepatan ini suatu realiti yang boleh dipraktikkan.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110623/MM25604LOGO

"Kami berhasrat agar para pelanggan kami mempunyai keyakinan dan kepastian terhadap simulasi mereka. Pada asasnya, ini adalah berdasarkan sejauh mana kami dapat mensimulasikan prestasi sebenar produk akhir dan menghasilkan keputusan yang tepat," kata Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk, Jean-Claude Ercolanelli. "Tumpuan berterusan ini terhadap realisme dan ketepatan membolehkan para pelanggan mencipta sesuatu yang baharu bagi kerja simulasi penting dalam pelbagai bidang seperti peranti bioperubatan (http://www.cd-adapco.com/animation/heart-valve-simulation), aeroakustik, penggemburan tanah serta pengurusan air (http://www.cd-adapco.com/animation/soiling-and-water-management), penggalian (http://www.cd-adapco.com/animation/excavator-simulation), atau percampuran bergelora produk kimia khusus (http://www.cd-adapco.com/animation/mixing-epoxy-simulation)."

Ketepatan, Realisme serta Daya Pemprosesan merupakan keutamaan keluaran v9.06:

Ketepatan: Penyelesai Persamaan Gelombang Akustik meramal dengan tepat perambatan gelombang akustik yang dihasilkan oleh penyelesaian CFD medan dekat.

Skema perolakan tertib ke-3, MUSCL menyediakan ketepatan lebih tinggi bagi aplikasi seperti gelombang kejut, keracak, pusaran serta gelombang bunyi yang merambat dengan meminimumkan pelesapan numerik.

Realisme: Pembungkusan separa dan kemampuan jejaring set lebih lanjutan menyediakan realisme tahap baharu untuk pemodelan sistem yang lebih terperinci dan gerakan canggih.
Butiran: http://www.cd-adapco.com/blog/james-clement/star-ccm-v906-preview-partial-wrapping-preserves-clean-surfaces

Pengendalian jurang untuk Jejaring Set Lebih menghapuskan keterbatasan hubungan pemodelan yang cekap antara bahagian bergerak dan bahagian lain.
Butiran: http://www.cd-adapco.com/blog/david-mann/star-ccm-v906-preview-overset-mesh-zero-gap

Daya Pemprosesan: Peningkatan terhadap aliran kerja pengguna termasuk penyediaan lebih pantas dan tahap baharu prestasi penerokaan reka bentuk yang belum pernah dilihat. Alat interaktif baharu bagi mencipta titik kawalan pengubah suai bagi mendorong perubahan bentuk jejaring dan membolehkan kes pengoptimuman bentuk berdasarkan dampingan mudah disediakan.
Butiran: http://www.cd-adapco.com/blog/joel-davison/star-ccm-v906-preview-enhanced-mesh-morphing-capabilities

"Ciri akhir baharu ini membolehkan kami merealisasikan matlamat siri STAR-CCM+ v9 yang ditumpukan pada usaha mensimulasikan dengan tepat model besar dan canggih dengan lebih mudah, cepat dan dalam tempoh yang lebih singkat," kata Ercolanelli. "Kami sedang membuat persediaan untuk kemajuan tahap seterusnya bagi versi 10.0x yang dijangka diperkenalkan pada Februari, Jun dan juga Oktober 2015. Keluaran ini akan membawa simulasi kepada tahap kefahaman baharu."

Hubungi:
Lauren Gautier
+1-248-277-4600
lauren.gautier@cd-adapco.com

Source: CD-adapco
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services