omniture

Omdia: Penghantaran paparan monitor OLED dijangka meningkat sebanyak 123% berbanding tahun sebelumnya (YoY) apabila jenama-jenama terkemuka menerima pakai teknologi tersebut pada tahun 2024.

Omdia
2024-05-09 09:00 67

LONDON, 9 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Menurut Paparan Monitor & Penjejak Pasaran OEM Omdia, penghantaran paparan monitor OLED telah meningkat dengan ketara pada tahun 2023, berikutan daripada peningkatan sebanyak 415% dari tahun ke tahun (YoY). Trend ini dijangka akan berterusan dengan ramalan Omdia yang meramalkan peningkatan sebanyak 123% dari tahun ke tahun (YoY) pada tahun 2024, mencapai 1.84 juta unit, didorong oleh pelopor industri seperti Samsung Display dan LG Display.

OLED monitor panel shipment forecast by size 2021 - 24 (F)
OLED monitor panel shipment forecast by size 2021 - 24 (F)

"Monitor OLED kebanyakannya digunakan untuk bermain permainan video dan telah mendapat daya tarikan yang lebih besar selepas pengenalan sukan elektronik pertama kali dalam pertandingan di Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China. Langkah ini menandakan transformasi projek sukan elektronik daripada acara akar umbi kepada acara sukan yang diiktiraf dan rasmi," kata Nick Jiang, Penganalisis Utama dalam amalan penyelidikan Paparan Omdia.

Selain itu, pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada tingkah laku pengguna, menyebabkan trend seperti interaksi pelbagai skrin antara komputer riba dan monitor, dan permintaan pengguna yang meningkat untuk spesifikasi monitor yang lebih tinggi, termasuk resolusi dan kadar muatan semula yang tinggi. Berdasarkan kitaran pengurusan produk dan tempoh perkhidmatan selepas jualan selama tiga tahun bagi produk monitor, Omdia menjangkakan kitaran penggantian produk akan berlaku secara beransur-ansur bermula dari tahun 2024.

Kemerosotan pasaran pada tahun 2022 dan 2023 telah memberikan cabaran yang ketara kepada peserta rantaian bekalan monitor. Jenama-jenama monitor telah memberi komitmen untuk mengurangkan inventori melalui pelbagai operasi rantaian bekalan; industri kini sedang memasuki tempoh pemulihan. Selepas mencapai tahap terendah selama dua tahun, pasaran monitor secara keseluruhan dijangka pulih secara perlahan-lahan pada tahun 2024, merangkumi kedua-dua pasaran komersial dan pengguna. Ini juga membuka peluang-peluang pembangunan pasaran tertentu untuk pengembangan produk monitor OLED.

Apabila permintaan pengguna untuk spesifikasi monitor yang lebih baik dan trend ke arah saiz monitor yang lebih besar berterusan, dijangkakan akan berlaku peningkatan dalam harga panel monitor LCD. Dengan ini perbezaan harga monitor LCD dan OLED akan berkurangan, secara tidak langsung menjadikan teknologi OLED lebih mudah diakses. Selain itu, jenama monitor kelas teratas seperti Dell, HP, Lenovo, Samsung, LG Electronics, AOC/Philips, Asus, Acer, MSI dan Gigabyte sedang menggabungkan lebih banyak paparan OLED ke dalam rangkaian produk mereka bagi tahun 2024. Daripada perspektif rantaian bekalan, trend ini membantu mengurangkan kos bagi kedua-dua syarikat OEM dan panel. Peningkatan dalam paparan monitor OLED daripada syarikat panel boleh diagihkan secara rata kepada kos panel, yang mengakibatkan penurunan. Bagi syarikat OEM monitor OLED, kos pengeluaran boleh dikurangkan kerana pelbagai pelanggan jenama monitor OLED berkongsi kos pengeluaran alat.

PERIHAL TENTANG OMDIA:

Omdia ialah sebahagian daripada Informa Tech, Omdia merupakan satu kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam tentang pasaran teknologi digandingkan dengan cerapan kami yang boleh diambil tindakan memperkasa organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak.

Fasiha Khan Fasiha.khan@omdia.com 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2400025/Omdia_OLED_monitor_panel_shipment_forecast.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2369794/4676589/Omdia_Logo.jpg?p=medium600

Source: Omdia
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Publishing/Information Service Market Research Reports