omniture

Dunia Yang Mendamaikan Hati: Pameran Global HUAWEI XMAGE Dilancarkan Secara Rasmi

Huawei
2024-05-09 09:00 76

DUBAI, UAE, 9 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Huawei memperkenalkan Pameran Global HUAWEI XMAGE sulungnya, bertajuk "A Heartwarming World – 12 Years of Huawei Photography" ("Dunia Yang Mendamaikan Hati – 12 Tahun Fotografi Huawei") pada 8 Mei 2024 di daerah kebudayaan Alserkal Avenue di Dubai, UAE, yang merupakan pameran fotografi terbesar dalam sejarah Huawei.

HUAWEI XMAGE Awards 2024, pertandingan tahunan yang meraikan platform terbuka Huawei untuk kecemerlangan fotografi telefon pintar, turut dimulakan secara rasmi semasa majlis pembukaan pameran ini. Kini memasuki tahun kelapannya secara berturut-turut, pertandingan ini bertujuan untuk memberi inspirasi kepada pengguna untuk menyerlahkan sepenuhnya daya kreativiti dan imaginasi mereka dengan memanfaatkan teknologi pengimejan XMAGE yang terkemuka daripada Huawei, menerapkan setiap gambar dengan resonans emosi dan budaya yang lebih mendalam.


"Dunia Yang Mendamaikan Hati – 12 Tahun Fotografi Huawei"

Diperkenalkan buat julung kalinya di bawah tema "Dunia Yang Mendamaikan Hati," pameran ini mempamerkan hampir 300 gambar yang ditangkap menggunakan telefon pintar Huawei, dipilih melalui berjuta-juta penyertaan. Imej ini memaparkan detik kehangatan, ketenangan dan kecerahan dari setiap pelosok dunia, selain keterkaitan sebenar orang biasa serta merangkumkan falsafah jenama baharu HUAWEI XMAGE, 'The Power of Image' ('Kuasa Imej'). Falsafah ini bertujuan untuk mencetuskan imaginasi, kreativiti dan penghargaan pengguna dengan teknologi dan pengalaman pengimejan terunggul, memaparkan impaknya yang berkuasa melebihi apa yang diabadikan.

Dekad yang lalu menjadi tempoh pembangunan yang pesat untuk fotografi mudah alih. Pameran ini menampilkan karya-karya daripada siri telefon pintar Huawei sepanjang 12 tahun yang lalu. Sepanjang tempoh ini, Huawei memacu evolusi dan pembangunan teknologi pengimejan mudah alih melalui inovasi yang berterusan. Tambahan pula, Huawei terlibat secara berterusan dalam aktiviti global seperti pertandingan fotografi, acara kemasyarakatan dan laporan trend, menggalakkan penyebaran budaya fotografi mudah alih ke seluruh dunia.

Hari ini, siri HUAWEI P telahpun dinaik taraf kepada siri HUAWEI Pura. Siri HUAWEI Pura bermula semula dengan gaya ciri yang baharu, menyepadukan fotografi unggulan, reka bentuk estetik dan gaya unik. Menurut ulasan terkini DXOMARK, HUAWEI Pura 70 Ultra meraih tempat teratas dalam Penarafan Kamera Telefon Pintar DXOMARK dengan skor yang mengagumkan sebanyak 163 mata.

Dengan Siri HUAWEI Pura 70 menetapkan satu penanda aras baharu, HUAWEI XMAGE terus menerobos sempadan teknologi dan pengalaman bersama-sama pengguna global, membawa fotografi pintar ke tahap baharu.

Keith Ladzinski, seorang jurugrambar National Geographic, berkongsi semasa majlis pembukaan: "Fotografi, sebagai bahasa sejagat, ia boleh mengabadikan keindahan dan menginspirasikan perbualan. Pameran ini mencerminkan pemerhatian teliti Huawei terhadap 'teknologi'dan 'seni', mempersembahkan falsafah jenama sepenuh hati yang tulus."


Pameran ini meninjau lapan tema yang berbeza: "Rahsia Alam Semula Jadi", "Landskap dan Ruang", "Dialog bersama Haiwan", "Kisah Kehidupan", "Kau dan Aku", "Keseronokan Sukan", "Kuasa Detik" dan "Dunia Belia".

"Dalam era yang didominasi oleh teknologi dan kepantasan, mudah untuk orang ramai berasa terbeban oleh bunyi luaran dan tekanan," ujar Chen Xiaobo, kurator pameran dan Naib Presiden ke-9 Persatuan Jurugambar China. "Sungguh meyakinkan apabila melihat pencipta di seluruh dunia mengabadikan dan menyampaikan detik-detik yang mendamaikan hati dengan telefon pintar Huawei. Imej ini berfungsi sebagai jambatan yang dapat dirasai oleh jiwa, menyampaikan kehangatan dan keindahan yang sejati."


"Dunia Yang Mendamaikan Hati – 12 Tahun Fotografi Huawei" akan berlangsung mulai 8 hingga 10 Mei. Karya-karya luar biasa akan dipaparkan melalui platform rasmi Huawei seperti @HuaweiXmageAwards pada Instagram, @HuaweiMobile pada Instagram, X dan Facebook.

HUAWEI XMAGE Awards 2024: Mengilhamkan Inspirasi, Menerajui Budaya Fotografi Global

HUAWEI XMAGE Awards 2024 dimulakan secara rasmi semasa majlis pembukaan pameran. Sebagai platform terbuka untuk kecemerlangan fotografi telefon pintar, pertandingan tahunan ini menggalakkan penggunaan perspektif unik dan kreativiti tidak terbatas untuk memberikan kepentingan artistik dan ekspresi estetik yang lebih mendalam kepada fotografi mudah alih. Sejak tahun 2017, pengguna dari lebih 170 negara dan wilayah mengambil bahagian dalam pertandingan tahunan ini, menyumbang hampir 4 juta penyertaan setakat ini. Ini menjadikan HUAWEI XMAGE Awards sebagai warisan budayanya yang tersendiri, mengandungi cebisan sejarah manusia dari perspektif dunia.


XMAGE Awards pada tahun ini memperkenalkan kategori-kategori baharu, "Detik", "Wajah", "Amat Jauh Amat Dekat" dan "Gaya" bagi memperlihatkan kepimpinan Huawei dalam Syot Kilat, fotografi Potret, telefoto dan fotografi makro serta penggayaan warna. Di samping itu, anugerah baharu seperti "Siri Pura Terbaik" dan "Siri Mate Terbaik" diwujudkan bagi menggalakkan artis untuk meneroka bentuk dan tema ekspresif yang pelbagai menggunakan keupayaan pengimejan istimewa daripada Huawei. Karya semua pemenang mungkin akan dipaparkan pada platform pengiklanan global serta kad transit HUAWEI Pay, antara peluang-peluang lain.

Pertandingan ini turut mengalu-alukan panel hakim baharu yang disegani, termasuk Chen Xiaobo -- Naib Presiden ke-9 Persatuan Jurugambar China, Keith Ladzinski -- Jurugambar National Geographic dan Pengarah Tercalon Anugerah Emmy, James Perolls -- Jurugambar Fesyen dan Pengarah, Susi Belianska -- Jurugambar Potret dan Artis Visual, Li Changzhu -- Huawei Consumer Business Group, yang akan memilih kisah fotografi yang paling menarik secara kolektif berdasarkan kepada pandangan mendalam mereka terhadap ekspresi imej.

Pendaftaran untuk HUAWEI XMAGE Awards 2024 kini dibuka, dengan penyertaan ditutup pada 15 September 2024, jam 24:00 waktu Beijing (GMT+8). Untuk maklumat lanjut dan untuk menyertai pertandingan, sila kunjungi: https://consumer.huawei.com/en/campaign/xmage

 

Source: Huawei
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Awards