omniture

Syarikat Kanada Hasilkan Kit Ujian 60-Saat Ebola

bioLytical Laboratories
2014-10-30 13:30 104

RICHMOND, British Columbia, 30 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- bioLytical Laboratories, peneraju dunia bagi ujian diagnostik pantas untuk penyakit berjangkit, telah berjaya menghasilkan ujian diagnostik prototaip pra-klinikal bagi mengesan dengan cepat antibodi terhadap strain Zaire Ebola yang menjadi punca wabak yang sedang berlaku pada masa kini di Afrika Barat.

Prototaip tersebut adalah berdasarkan platform ujian pantas INSTI milik Syarikat yang terbukti, tepat dan sangat diterima, yang mampu memberikan keputusan dalam tempoh hanya 60 saat.

"Kami amat teruja dengan kejayaan yang berjaya dicapai oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan kami dalam tempoh yang amat singkat," kata Ketua Pegawai Eksekutif bioLytical Dr. Christopher Shackleton.

"Jelas terdapat keperluan yang mendesak terhadap ujian diagnostik yang mampu mengesan dengan pantas dan tepat kehadiran jangkitan yang boleh mengundang maut ini seawal mungkin dan dalam pelbagai persekitaran ujian. Kami juga yakin kepantasan platform INSTI kami akan menawarkan manfaat yang besar berbanding ujian di tempat rawatan yang lebih perlahan apabila melibatkan pemeriksaan jumlah besar subjek di lapangan selain persekitaran dengan masa sebagai kekangan yang signifikan seperti pintu masuk perjalanan."

Pengerusi bioLytical Robert Mackie pula berkata, "Ujian ini merupakan langkah penting bagi membendung wabak Ebola yang berlaku pada masa kini, dan bioLytical terus berusaha bersama pihak berkuasa antarabangsa untuk memastikan kami dapat memberi sumbangan dalam usaha untuk membendungnya."

bioLytical Laboratories merupakan syarikat bioteknologi milik swasta dari Kanada yang terlibat dalam pembangunan dan pengeluaran ujian diagnostik pantas di tempat rawatan. Produk utamanya ialah ujian antibodi INSTI™ HIV1/HIV2 60-saat – ujian paling pantas di dunia.

Imej dengan kapsyen: "Canadian Company Develops 60-Second Ebola Testing Kit (CNW Group/bioLytical Laboratories)". Imej boleh didapati di http://photos.newswire.ca/images/download/20141029_C9213_PHOTO_EN_43136.jpg

Untuk maklumat lanjut layari www.bioLytical.com

Rujukan: 
Colleen Dunbar 
LBMG 
+1.778.989.1469 (telefon bimbit) 
Colleen@LBMG.ca

Source: bioLytical Laboratories
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services