omniture

Menduduki Kedudukan No.1, Unilumin Bentuk Semula Landskap Pasaran Industri Dinding Video LED

Unilumin Group., Ltd.
2024-05-10 07:46 14

Unilumin Mengungguli Senarai mengikut Hasil

SHENZHEN, China, 10 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Dalam tahun ulang tahun ke-20nya, Unilumin mencatatkan prestasi perniagaan yang luar biasa. Ia mencapai hasil sebanyak RMB 7.41 bilion (+4.73% YoY) dan keuntungan bersih sebanyak RMB 144 juta (+127.06% YoY). Dari segi keuntungan, dengan peningkatan dalam margin kasar bagi kedua-dua perniagaan domestik dan luar negara, margin kasar keseluruhan Unilumin meningkat sebanyak 2% hingga 28.8%. Berdasarkan skala hasil (perniagaan dinding video LED sahaja), Unilumin memenangi gelaran.tersebut.

Unilumin Menerajui Secara Mantap dalam Industri Dinding Video LED melalui Pembangunan Komprehensif


Apabila ditinjau kembali, ini pastinya bukan kali pertama ia menduduki kedudukan teratas dalam industri ini. Sebagai contoh, berhubung penghantaran produk mengikut bidang dinding video LED, syarikat ini menduduki kedudukan pertama secara konsisten antara syarikat-syarikat awam selama 5 tahun berturut-turut sejak tahun 2019 dan begitu juga dengan prestasinya bagi hasil luar negara.


Unilumin, disenaraikan pada tahun 2011, menyaksikan skala hasil meningkat secara berterusan dan dramatik daripada RMB 600 juta pada tahun 2012 kepada RMB 7.2 bilion pada tahun 2021, yang mencapai paras tinggi mencatat rekod baharu pada tahun 2023. Di sebalik pencapaian ini terdapat dua kecekapan: pembangunan teknologi & senario serta pengaturan jenama & saluran.

Pembangunan Teknologi & Senario

Berdasarkan kepada perancangan yang berpandangan jauh dan pelaburan inovatif, Unilumin mewujudkan rantaian industri bermula daripada pakej dan modul hingga dinding video, bagi mencapai kemajuan dalam teknologi COB dan MIP. Di samping itu, ia membangunkan rangkaian penuh produk Mini/Mikro LED yang meliputi P0.3 hingga P1.8 dan mencapai pengeluaran besar-besaran.

Pengaturan Jenama & Saluran

Ketika ini, Unilumin memiliki tiga jenama: ROE, Unilumin dan LAMPRO. Berdasarkan kepada kedudukan pasarannyayang unik, tiga jenama ini kesemuanya telah menembusi pelbagai segmen dinding video LED. Jaringan pemasaran Unilumin kini mencakupi lebih 160 negara, dengan lebih daripada 5,400 pengedar yang bekerjasama dan lebih 20 subsidiari dan pejabat luar negara.

Unilumin Berpotensi untuk Terus Mendominasi Industri Dinding Video LED

Unilumin berpotensi untuk mengekalkan kedudukannya dengan jayanya, yang dapat menonjol dalam pembangunan strategik syarikat secara keseluruhan. Unilumin merupakan yang pertama mencadangkan konsep 'Metasight' dalam industri ini, memudahkan pembangunan bersepadu paparan LED dan pencahayaan LED. Bagi teknologi LED termaju, Unilumin menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas COG dan teknologi Mikro LED berasaskan silikon, seterusnya membuka jalan untuk penembusannya ke dalam pasaran To C.

Secara keseluruhan, sekiranya Unilumin terus berada pada kedudukan yang baik, ia berpotensi untuk tetap mendominasi industri ini.

Sila kunjungi: https://www.unilumin.com/ 

Source: Unilumin Group., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards Sales reports