omniture

Coway Umum Keputusan Kewangan bagi S1 TF2024

Coway Co., Ltd.
2024-05-13 08:00 19

SEOUL, Korea Selatan, 13 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," hari ini melaporkan keputusan kewangannya bagi suku pertama tahun 2024.

"Coway terus mengekalkan prestasi yang konsisten dengan hasil yang melebihi 1 trilion won selama empat suku tahun berturut-turut," kata Soon Tae Kim, Ketua Pegawai Kewangan Coway. "Dalam suku kedua yang akan datang, pelancaran 2024 Icon Ice Water Purifier dan kejayaan berterusan barisan BEREX (Bed & Relax) diramalkan akan mengekalkan momentum pertumbuhan kami."

Perolehan yang dilaporkan oleh Coway adalah seperti berikut:

Coway Financial Results
Coway Financial Results

  • Hasil suku pertama: KRW 1,001.8 bilion (+5.6% YoY)
  • Keuntungan kendalian suku pertama: KRW 193.7 bilion (+10.3% YoY)

* Angka yang dilaporkan diambil daripada penyata K-IFRS (Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa) disatukan.

Perniagaan domestik mencatatkan hasil suku pertama sebanyak KRW 612.3 bilion, mencapai peningkatan 5.5% berbanding tahun sebelumnya. Angka ini menunjukkan prestasi jualan yang mantap bagi kedua-dua barisan BEREX dan penulen air.

Subsidiari-subsidiari luar negara Coway mencatatkan hasil suku pertama sebanyak KRW 355.1 bilion, meningkat 5.5% berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Amerika Syarikat dan Thailand khususnya merupakan subsidiari-subsidiari pertumbuhan utama, masing-masing mencapai hasil sebanyak KRW 44.9 bilion (+15.7% YoY) dan KRW 29.8 bilion (+36.2% YoY).

Untuk butiran tambahan mengenai prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.   

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga terkini syarikat, jenama BEREX, bermatlamat untuk menambah baik tidur dan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kepada kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Earnings