TOKYO, 13 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Tatkala dunia bergelut dengan keperluan yang mendesak untuk beralih kepada sumber tenaga mampan dan mengurangkan emisi karbon, syarikat-syarikat gergasi tenaga antarabangsa seperti JERA, Tokyo Gas, Kraken, ExxonMobil dan banyak lagi menyahut cabaran ini. Syarikat-syarikat ini menerajui usaha untuk menangani cabaran global ini melalui kolaborasi strategi serta projek inovatif yang akan menjadi agenda di Sidang Kemuncak & Pameran Tenaga Jepun mulai 3-5 Jun 2024 di Tokyo Big Sight.
Menonjolkan komitmen mereka, JERA, syarikat penjanaan kuasa yang terbesar di Jepun, akan kembali sebagai Tuan Rumah Bersama acara ini. Yuichi Shimada, Pegawai Eksekutif, Ketua Kumpulan Perhubungan Awam di JERA berkata berkenaan penyertaan mereka: "Sebagai pengeluar kuasa yang terbesar di Jepun dan syarikat tenaga terunggul di seluruh dunia, JERA komited untuk membangunkan penyelesaian canggih demi era baharu. Kami berbangga menjadi peneraju dalam membangunkan rantaian bekalan bahan api rendah karbon dan untuk memperkenalkan projek demonstrasi penggantian bahan api pertama dunia. Dengan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak & Pameran Tenaga Jepun, kami gembira dapat menunjukkan kemajuan kami dan berharap dapat mendorong lebih banyak kolaborasi bersama rakan-rakan kongsi industri menuju masa depan ternyahkarbon."
Satu lagi peserta acara tenaga bertaraf antarabangsa yang terkemuka ini ialah Tuan Rumah Bersama Tokyo Gas, yang merupakan pelopor dalam memperkenalkan LNG kepada Jepun dan kini menyediakan penyelesaian tenaga di peringkat global. "Bagi merealisasikan dunia sifar-bersih, inovasi untuk menyahkarbon gas dan kuasa elektrik adalah penting. Kami membangunkan teknologi pemetanaan, yang mengitar semula CO2, berserta pengembangan sumber kuasa boleh baharu dan mengambil langkah untuk menggantikan gas bandar dengan 'e-metana,'" kata Yumiko Yao, Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar Kanan Jabatan Perniagaan LNG, Tokyo Gas.
Christopher Hudson, Presiden dmg events, penganjur acara ini, berkata: "Sidang Kemuncak & Pameran Tenaga Jepun berperanan sebagai platform untuk mencapai perubahan, memperlihatkan kuasa kolaborasi dan inovasi dalam sektor tenaga." Beliau menambah: "Acara ini memudahkan perhubungan yang menyediakan ruang bagi perkongsian rintis yang menjurus kepada penyelesaian yang boleh diambil tindakan demi masa depan lestari. Tuan rumah bersama dan penaja kami kesemuanya memainkan peranan penting dalam memimpin usaha penyahkarbonan demi mencapai masa depan yang lebih baik buat semua."
Penaja-penaja acara termasuk JERA, Tokyo Gas, Kraken, ExxonMobil, TotalEnergies, Cheniere, Rystad Energy, RWE, Engie dan Vortexa yang akan menyertai 100 syarikat lain bagi menunjukkan sumbangan kolaboratif mereka untuk mendorong peralihan tenaga.
HUBUNGI:
DIANA ESTELLA PETER | +65 8498 9424
TASHAN KASSEY | +65 8282 8746