omniture

Rockwell Automation's ROKLive Kuala Lumpur menyerlahkan Penerimaan Teknologi Baru Muncul sebagai Kunci untuk Memacu Transformasi Digital

Rockwell Automation
2024-05-13 15:06 36

Acara tahunan ini mengetegahkan laluan- laluan kejayaan dengan Kecerdasan Buatan, Realiti Terimbuh/Realiti Maya dan Robotik untuk rantau Asia Tenggara

SINGAPURA dan KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, syarikat terbesar di dunia yang mengkhusus kepada automasi industri dan transformasi digital, telah menganjurkan acara ROKLive Southeast Asia tahunannya di Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan tema 'Melopori Segala Kemungkinan' ('Discover What's Possible'), acara ini mempamerkan inovasi terkini dalam teknologi industri seperti Kecerdasan Buatan (AI), sistem pelaksanaan pembuatan (MES) berasaskan storan awan serta keselamatan siber dan dalam masa yang sama menumpukan kepada cabaran utama dan trend dalam pembuatan.

Acara ROKLive pada tahun ini berfungsi sebagai platform untuk pelanggan dan rakan kongsi memasang impian yang besar disamping  memberi peluang untuk mendidik diri mereka tentang teknologi transformatif seperti AI, Realiti Terimbuh/Realiti Maya (AR/VR) dan robotik, mengetahui bagaimana inovasi ini dapat membantu merevolusikan perniagaan mereka.

Acara ini telah menampilkan pembentangan yang menarik, perkongsian pengalaman pelanggan, perkembangan terkini teknologi, perbincangan berfokuskan industri dan ekspo interaktif yang membawakan inovasi terkini daripada Rockwell Automation dan ahli-ahli Partner Network™. Kemampanan, keselamatan siber dan teknologi baru muncul dalam transformasi digital merupakan antara perkara penting dalam sesi-sesi perbincangan sepancang acara ini.

Acara ini juga telah menyaksikan perkongsian ilmu peringkat tinggi melalui ucaptama dan forum, yang mana Marcelo Tarkieltaub, pengarah serantau, Asia Tenggara untuk Rockwell Automation menyampaikan ucaptama mengenai masa depan automasi, mengetengahkan potensinya untuk mempermudah inovasi, meningkatkan kefleksibelan dan meningkatkan prestasi dalam persekitaran industri yang kompleks. Selain daripada eksekutif utama dan pakar bidang khusus daripada Rockwell Automation, para tetamu yang dihormati melibatkan Yang Berhormat Fahmi Fadzil, Menteri Perhubungan; Tuan Dr. Mohammad Fahmi B. Ngah, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) dan Cik Zakiah Sajidan, Pengarah Teknologi Jentera dan Logam, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), melontarkan pandangan yang tidak ternilai melalui sembang santai semasa persidangan ini.

Berucap di acara ini, Marcelo berkata: "Dengan jumlah teknologi transformatif yang semakin meningkat dalam pasaran, penting untuk pemimpin perniagaan membuat penyesuaian kepada landskap pasaran yang semakin berkembang dengan memanfaatkan penyelesaian inovatif dan kekal kompetitif dalam industri-industri mereka."

Di tengah-tengah cabaran global seperti inflasi dan gangguan rantaian bekalan, industri pembuatan semakin beralih kepada teknologi untuk meningkatkan produktiviti, mengatasi kekurangan buruh mahir dan memperkukuh langkah-langkah keselamatan siber. Laporan Keadaan Pembuatan Pintar terkini oleh Rockwell Automation mendedahkan fokus yang semakin meningkat ke atas AI dan pembelajaran mesin dalam kalangan pengeluar, dengan pelaburan yang signifikan dibuat dalam automasi dan pendigitalan. Di dalam rantau ini, 48% pengeluar meningkatkan automasi dalam perniagaan, dengan 44% mula memperkenalkan AI dan pembelajaran mesin.

Nilai jualan keseluruhan dalam sektor pembuatan Malaysia mencapai RM1.8 trilion (429 bilion USD) pada tahun 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) dengan jangkaan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 6.05% dari tahun 2024 hingga 2028. Digandingkan dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), dibangunkan untuk mengatasi cabaran pembuatan domestik, Malaysia sedang berusaha dengan baik untuk merancakkan semula sektor pembuatannya. Menyerap teknologi pembuatan pintar akan dapat membantu sektor perniagaan meningkan lagi kecekapan dan menambah kapasiti, mengurangkan inventori, memantau proses dan mengatasi kekangan pengeluaran pada masa nyata ataupun 'real-time' — bermula daripada penyumberan, perolehan, pemprosesan dan pembuatan hingga pengedaran, penggudangan, khidmat pelanggan dan jualan. Diantara objective NIMP 2030,  adalah untuk mentransformasikan sebanyak 3,000 kilang pintar, menggalakkan budaya teknologi ke hadapan dan memudahkan pembangunan pekerjaan berkemahiran tinggi dalam sektor pembuatan.

"Di acara pada tahun ini, hadirin dapat mengalami kuasa transformatif keterhubungan perusahaan, menyampaikan pandangan didorong data untuk membuat keputusan termaklum, pada masa nyata demi hasil yang lebih baik. Malaysia, seperti banyak negara lain, boleh mendapat manfaat yang ketara dengan menerima amalan pembuatan pintar dan teknologi baru muncul. Penting untuk perusahaan menerima teknologi dan pendigitalan agar menjadi lebih mampan dan meningkatkan produktiviti untuk pertumbuhan ekonomi," kata Mariya Prempeh, pengurus negara, Singapura, Malaysia dan Brunei, Rockwell Automation.

Selama lebih 40 tahun Rockwell Automation menjadi kehadiran yang penting di rantau Asia Pasifik, komited kepada visinya untuk meluaskan kemungkinan untuk insan dan memacu transformasi digital yang mencapai hasil untuk pelanggannya. Dengan rangkaian rakan kongsi mantap yang saling bekerjasama, Rockwell Automation memacu transformasi industri melalui penyelesaian automasi inovatif dan perusahaan terhubung. Dengan menyerlahkan potensi pelanggannya dan meningkatkan produktiviti melalui teknologi, Rockwell Automation terus mentransformasikan industri ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai ROKLive Kuala Lumpur, sila kunjungi laman web rasmi.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), ialah peneraju global dalam automasi perindustrian dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 29,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara kami menjadikan Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi www.rockwellautomation.com.

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things General Manufacturing