omniture

Changhong Menyoroti Inovasi AI di CES 2025, Tegaskan Kepimpinan Global dalam Teknologi Pintar

Changhong
2025-01-10 22:58

LAS VEGAS, 10 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Changhong teruja untuk menyertai CES 2025 di Las Vegas pada 7-10 Januari bagi mempamerkan pelbagai produk didayakan Al, termasuk TV pintar, peti sejuk, penyaman udara, gandingan pencuci-pengering dan penyelesaian rumah pintar yang komprehensif. Inovasi ini menunjukkan komitmen syarikat untuk menggabungkan teknologi termaju dengan ciri-ciri gaya hidup yang dipertingkat, seterusnya menonjolkan kepakaran teknikalnya yang teguh dan dedikasinya untuk meluaskan kehadiran antarabangsanya.

Changhong Spotlights AI Innovations at CES 2025, Asserting Global Leadership in Intelligent Technologies
Changhong Spotlights AI Innovations at CES 2025, Asserting Global Leadership in Intelligent Technologies

Changhong Memperkenalkan Perkakas Rumah Pintar Generasi Seterusnya

Di pameran ini, model TV AI Changhong, yang menampilkan Ejen Pintar Canghai (Canghai Intelligent Agent) yang inovatif, menarik perhatian yang luas untuk interaktiviti lanjutan, fungsi carian unggul dan perkhidmatan diperibadikan. Peti sejuk AI membuatkan pengunjung berasa kagum dengan keupayaannya untuk mengurangkan tahap hingar berdasarkan proksimiti pengguna serta untuk mengekalkan kesegaran optimum dan mencegah pembentukan fros. Penyaman udara yang dilengkapi dengan kawalan suhu dan kelembapan dipacu AI memastikan keselesaan optimum sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 40%. Gandingan Pencuci & Pengering Ozone Supreme Care Changhong menggunakan teknologi pembasuhan dan pengeringan termaju bagi memastikan prestasi terunggul.

Sistem rumah pintar syarikat ini, disesuaikan dengan keperluan keluarga individu, mengintegrasikan perkhidmatan yang proaktif, kecekapan tenaga, keselamatan, privasi serta keupayaan AI. Penyelesaian inovatif ini membolehkan keluarga mencapai penjimatan tenaga tahunan sehingga 20%.

Pada 8 Januari, semasa sebuah acara yang berlangsung serentak, jenama premium Changhong, CHiQ telah dianugerahkan "10 Teratas Jenama Rumah Pintar Global" yang berprestij oleh International Data Group (IDG), lantas mengukuhkan lagi kepimpinan Changhong dalam sektor barangan elektronik pengguna global.

Pengembangan Antarabangsa Dipercepat: Changhong Berkembang Maju dalam Dunia Sukan Musim Sejuk

Changhong menikmati populariti sukan musim sejuk yang semakin meningkat, dengan jenama premiumnya CHiQ bekerjasama sejak tahun 2023 dengan Piala Dunia Lompatan Ski Persekutuan Ski Antarabangsa (FIS) dan Deutscher Skiverband e.V. (DSV). Pada November 2024, Changhong mengumumkan penajaan Piala Dunia Big Air Papan Luncur Salji dan Ski Gaya Bebas FIS, mengukuhkan imej jenamanya yang bertenaga dan berciri antarabangsa.

Pada Jun 2024, World Brand Lab memberi penilaian kepada jenama Changhong pada 236.876 bilion yuan (kira-kira USD 32.5 bilion) dalam senarai 500 Jenama Paling Bernilai China. Changhong menduduki tempat ke-53 dalam senarai 500 Jenama Paling Bernilai Asia pada bulan September dan tempat ke-283 dalam senarai 500 Jenama Paling Bernilai Dunia pada bulan Disember.

Kepimpinan Changhong benar-benar komited untuk memajukan asas teknologinya dan menerobos sempadan inovasi secara berterusan. Syarikat ini bermatlamat untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna global dengan menyediakan penyelesaian gaya hidup yang malah lebih mudah, selesa dan pintar.

 

Source: Changhong
Related Stocks:
Shanghai:600839
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news Artificial Intelligence