omniture

Traveloka perteguh janji kemampanan sebagai Penaja Platinum pertama dunia GSTC

Traveloka
2024-05-13 16:48 114

TOKYO, 13 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Traveloka, platform pelancongan terkemuka Asia Tenggara, hari ini mengumumkan sokongannya kepada Global Sustainable Tourism Council (GSTC) untuk menjadi Penaja Platinum mereka yang pertama Penajaan yang bersejarah ini merupakan bukti  nyata komitmen Traveloka dalam meningkatkan standard kelestarian  dalam industri pelancongan dan hospitaliti di seluruh dunia.

Sebagai Penaja Platinum, Traveloka akan bekerjasama rapat dengan GSTC bagi memenuhi potensi pelancongan sebagai kenderaan untuk kebaikan sosial, budaya dan ekonomi. Traveloka juga akan memberi sokongan penting kepada GSTC apabila ia menjadi tuan rumah bagi persidangan global tahunannya buat pertama kali yang akan dianjurkan di Singapura pada bulan November ini. 

"Tatkala Traveloka berusaha untuk menghubungkan lebih ramai pelancong Asia Tenggara dengan destinasi pelancongan global, kami memantapkan komitmen kami untuk mengurus impak kelestarian  terhadap  perniagaan kami dan pelancong yang menggunakan platform kami dengan bertanggungjawab," kata Caesar Indra, Presiden Traveloka. "Dengan menjadi Penaja Platinum GSTC pertama,  kami mengukuhkan  janji kami untuk memupuk  industri pelancongan global yang lebih bertanggungjawab agar generasimasa depan dapat terus mengalami kegembiraan dan keseronokan melancong."

Traveloka mula menyertai GSTC pada tahun 2022,dimana ia berjanji untuk memupuk ekosistem pelancongan global yang lebih lestari  dan bertanggungjawab. Sejak menjadi ahli, Traveloka memimpin dengan contoh  dan mendorong pelbagai inisiatif serantau, seperti menaja kursus pelancongan lestari  untuk hotel dan agensi kerajaan di seluruh Asia Tenggara. Traveloka juga memperkenalkan ciri-ciri bagi membolehkan pengguna mengenal pasti dan menempah hotel yang mendapat pensijilan kelestarian  selaras dengan piawaian GSTC.

Randy Durband, Ketua Pegawai Eksekutif Global Sustainable Tourism Council (GSTC), berkata, "Kami amat mengalu-alukan Traveloka sebagai Penaja Platinum. GSTC adalah sebuah organisasi bukan untung yang dipacukan oleh misi. .Penajaan ini akan menjadi dorongan besar  yang penting terhadap usaha kami bagi  membangunkan industri pelancongan global yang lebih lestaridan bertanggungjawab. Selama dua tahun terakhir, Traveloka telah menunaikan janji mereka dengan memperkenalkan  pelbagai  inisiatif kelestarian  yang menghasilkan impak positif di seluruh Asia Tenggara. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Traveloka bagi mendorong agenda kelestarian industri ini ke tahap yang lebih tinggi."

Latar Belakang Traveloka

Traveloka ialah platform pelancongan terkemuka Asia Tenggara yang membolehkan pengguna mengakses, menemui dan membeli pelbagai jenis produk pengangkutan, penginapan dan aktiviti pelancongan. Portfolio produk kami yang komprehensif melibatkan perkhidmatan tempahan pengangkutan seperti tiket penerbangan, bas, kereta api, sewa kereta, pemindahan lapangan terbang dan berjuta-juta inventori penginapan Asia Tenggara, termasuk hotel, pangsapuri, rumah tamu, inap desa, pusat peranginan dan vila. Di samping itu, Traveloka menawarkan pelbagai tempat tarikan tempatan untuk memanfaatkan sepenuhnya perjalanan anda, termasuk taman tema, muzium, lawatan harian dan banyak lagi. Aplikasi Traveloka dimuat turun lebih daripada 130 juta kali dan memiliki lebih 40 juta Pengguna Aktif Bulanan, lalu menjadikannya platform pelancongan yang paling popular di Asia Tenggara.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.traveloka.com

Source: Traveloka
Keywords: Banking/Financial Service Travel Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements Cision Influencer List - ESG