omniture

CGTN: Integriti dan jimat cermat: Membongkar tradisi keluarga Xi Jinping

CGTN
2024-05-13 21:53 22

BEIJING, 13 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Hari Ahad kedua bulan Mei merupakan Hari Ibu, hari apabila orang ramai di seluruh dunia menghargai dan memuliakan ibu.

Ibu Presiden China Xi Jinping, Qi Xin percaya bahawa salah satu kebimbangan paling mendesak bagi mana-mana ibu bapa ialah pertumbuhan anak-anak mereka. "Sekiranya sesuatu masalah berlaku dengan anak-anak, ibu bapalah yang bertanggungjawab," kata beliau suatu ketika dahulu.

Beliau pernah menyalin sepenuhnya moto yang diwarisi daripada Dinasti Ming ke hari ini, yang secara kasarnya mengatakan bahawa keadilan merupakan satu-satunya cara untuk membezakan yang benar daripada yang salah dan integriti merupakan satu-satunya cara untuk mewujudkan autoriti seseorang.

Moto tersebut merupakan ajaran Qi untuk anak lelakinya.

Kepentingan integriti 

Selepas Xi mengambil peranan kepimpinan, ibu beliau pernah mengatur pertemuan keluarga bagi meminta anak-anaknya yang lain agar tidak terlibat dalam aktiviti perniagaan di kawasan tempat Xi bekerja.

Terpengaruh oleh ibu beliau, Xi akan memberi amaran kepada rakan-rakan dan saudara-mara beliau untuk tidak menjalankan sebarang perniagaan di tempat beliau bekerja, atau melakukan apa-apa di bawah nama beliau.

Xi menerapkan kepercayaan ini dalam amalan tadbir urus beliau.

Dalam bulan Januari, Xi menyeru untuk memupuk ikatan kekeluargaan, nilai dan tradisi yang lebih kukuh, di sesi pleno ketiga Suruhanjaya Pusat Pemeriksaan Tatatertib Parti Komunis China ke-20, mengatakan bahawa pegawai-pegawai terkemuka harus mengekalkan integriti dan menetapkan peraturan yang ketat untuk saudara-mara dan anak-anak mereka.

Inisiatif kesedaran awam untuk menggalakkan prinsip integriti dan kes model berhubung hal ini juga diperlukan untuk mendorong rasa hormat orang ramai terhadap integriti dan memperkukuh penentangan ke atas rasuah, tambah beliau.

Manfaat sifat jimat cermat

Menggalakkan manfaat sifat jimat cermat merupakan satu lagi tradisi keluarga Xi yang penting kerana ibu beliau sentiasa mengekalkan gaya hidup yang sederhana.

Di bawah pengaruh tradisi keluarga, Xi juga menjalani kehidupan yang sederhana dan tidak meletakkan standard yang tinggi ke atas apa yang beliau pakai atau makan.

Xi meletakkan kepentingan yang tinggi kepada sekuriti makanan serta keutamaan berjimat cermat. Beliau berulang kali menyeru untuk menggalakkan adat sosial yang mengamalkan sifat jimat cermat dan menentang pembaziran.

Menyebut isu sisa makanan sebagai mengejutkan dan menyedihkan, beliau menegaskan keperluan untuk menghentikan pembaziran makanan dengan tegas dan menyeru untuk menggalakkan sifat jimat cermat dalam tahun 2020.

Bagi mengekang amalan buruk pembaziran makanan, China melancarkan kempen "Clear Your Plate" ("Kosongkan Pinggan Anda") yang komprehensif dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan restoran dan kantin memaparkan poster dan kain rentang antisisa makanan dan media menerbitkan kandungan yang menggalakkan keutamaan sifat jimat cermat.

"Tabiat berjimat cermat dan berhemat harus dipelihara; dalam keluarga saya sehingga ke hari ini, apa yang terhidang di dalam mangkuk, tiada sebutir nasi yang akan dibuang," kata beliau kepada timbalan-timbalan dari Wilayah Shandong di sesi pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-13 pada tahun 2018.

https://news.cgtn.com/news/2024-05-12/Integrity-and-thrift-Uncovering-Xi-Jinping-s-family-traditions-1txZov8OtSE/p.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Food/Beverages Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service