BANGKOK, 13 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Tatkala Asia berusaha untuk mencapai sasaran pengurangan emisi global, kerajaan di seluruh rantau ini membayangkan semula pendekatan mereka dalam sektor pengangkutan, membuat keputusan dasar progresif yang mengupayakan anjakan yang penting ke arah mobiliti bersih. Mengetengahkan peranan penting penyelesaian mobiliti termaju dalam mencapai masa depan sifar bersih, Bangkok akan menjadi tuan rumah kepada Pameran dan Sidang Kemuncak Future Mobility Asia yang penting mulai 15 hingga 17 Mei 2024 di Pusat Konvensyen Kebangsaan Ratu Sirikit, di bawah naungan Kementerian Tenaga Kerajaan Thailand. Ditempatkan bersama Future Energy Asia dan Future LNG Asia, acara-acara ini bergabung untuk mencipta kuasa yang hebat bagi mencapai perubahan, mengatasi trilema kritikal antara sekuriti tenaga, kemampanan dan kemampuan untuk dimiliki.
Sidang Kemuncak Strategik di Future Mobily Asia menonjolkan peranan penting dasar kerajaan, kepentingan penyelesaian mobiliti termaju, ekonomi di sebalik transformasi dan amalan global terbaik dalam pengangkutan bandar yang mampan dan pintar, bertujuan untuk mencipta ekosistem mobiliti yang berpandangan jauh. Future Mobility Asia merupakan platform terkemuka Asia Tenggara untuk Ketua Pegawai Eksekutif, pakar domain, penggubal dasar, pelabur dan syarikat pemula dari seluruh dunia untuk menyampaikan ilmu, pandangan dan taktik dalam mengemudi inovasi mobiliti dan rangka kerja kawal selia yang menyokong pengangkutan generasi seterusnya demi masa depan lestari dan dalam masa yang sama mengutamakan keperluan pengguna.
Dengan 22,000 pengunjung dijangkakan, 2,500 delegasi, 600 penceramah dan 350 syarikat dari lebih 70 negara, pameran dan sidang kemuncak ini merupakan bukti kuasa tindakan bersama dalam memacu kemajuan alam sekitar dan ekonomi yang signifikan di seluruh rantau ini, menawarkan peluang unik untuk menyumbang kepada legasi dengan perubahan yang positif dan inovasi dalam transformasi mobiliti bersih Asia. Tema pada tahun ini, "Mempercepatkan Revolusi Mobiliti Bersih Asia," bertujuan untuk menggalakkan pembangunan infrastruktur pengecasan dan memaparkan penyelesaian yang berkesan dan terbukti untuk melangkaui aspek hijau serta menjadikan pengangkutan lebih cekap.
Dengan barisan penceramah yang terkemuka, sidang kemuncak strategik yang komprehensif dan sokongan daripada syarikat-syarikat gergasi industri, acara ini dijangka dapat membawa kemajuan yang signifikan ke arah masa depan mobiliti bersih. Bangkok akan menjadi tempat pertemuan di mana cabaran rantau ini bertemu penyelesaian global, menekankan peranan penting Asia dalam mengemudi dunia menuju masa depan yang lebih bersih, lebih andal dan lestari.
Hubungi:
DIANA ESTELLA PETER | +65 8498 9424
TASHAN KASSEY | +65 8282 8746