omniture

Budapest Anjur Jerayawara Berjaya untuk Ekspo Rantaian Bekalan Antarabangsa China Kedua

China International Supply Chain Expo
2024-05-13 21:59 47

BUDAPEST, Hungary, 13 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Edisi kedua Ekspo Penggalakan Rantaian Bekalan Antarabangsa China mengadakan jerayawaranya baru-baru ini di Budapest, Hungary. Acara ini menyaksikan penyertaan daripada Ren Hongbin, Pengerusi Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT), Dr. László Parragh, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Hungary (HCCI), berserta wakil-wakil daripada syarikat dan persatuan perdagangan Hungary yang terkemuka.

Budapest Hosts Successful Roadshow for Second China International Supply Chain Expo.
Budapest Hosts Successful Roadshow for Second China International Supply Chain Expo.

Chaireman Ren menekankan keupayaan rantaian bekalan pelengkap antara China dan Hungary, menyatakan bahawa memupuk hubungan yang lebih erat antara pengeluar di kedua-dua negara dapat memperkukuh perkongsian yang bingkas dan andal dalam sektor-sektor perindustrian dan rantaian industri. CCPIT dan Kementerian Luar Negeri dan Perdagangan Hungary menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang bertujuan untuk memperkukuh kolaborasi rantaian bekalan. Hungary akan mengambil bahagian dalam Ekspo yang akan datang sebagai Tetamu Kehormat. Langkah yang strategik ini dijangka dapat meningkatkan usaha kolaborasi merentas sektor-sektor, termasuk kenderaan elektrik (EV) dan inisiatif tenaga boleh baharu, lalu memudahkan perhubungan yang dipertingkat dan keuntungan timbal balik.

Dr. Parragh mengetengahkan perkongsian strategik yang teguh dan berkekalan antara China dan Hungary, menyatakan bahawa ia akan meningkatkan dengan ketara interaksi dua hala merentas spektrum luas industri-industri dan sektor-sektor. Kumpulan berpendapatan sederhana China yang semakin bertambah, yang semakin tercari-cari barangan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, menawarkan peluang yang penting untuk syarikat-syarikat Hungary berinovasi dan terlibat dalam usaha sama. Bagi memanfaatkan peluang ini, HCCI akan memudahkan penyertaan Hungary dalam Ekspo kedua yang akan datang, bertujuan untuk memperdalam penembusan pasaran ke China.

Dianjurkan oleh CCPIT, Ekspo ini berperanan sebagai pameran peringkat kebangsaan pertama secara global dengan fokus kepada rantaian bekalan. Di Ekspo sulung, Kedutaan Hungary di China mengambil peluang untuk menonjolkan jenama-jenama negara terunggul daripada Hungary, menekankan pelaburan perdagangan, pelancongan budaya dan inovasi teknologi, memperlihatkan kejayaan kolaboratif serta peluang yang berpotensi dalam sektor rantaian bekalan antara kedua-dua negara.

Dijadualkan berlangsung mulai 26 hingga 30 November di Beijing, Ekspo kedua yang akan datang, bertemakan Menghubungkan Dunia Demi Masa Depan Bersama akan membawakan rantaian bekalan utama dalam pembuatan termaju, tenaga bersih, kenderaan pintar, teknologi digital, kehidupan sihat dan pertanian hijau, dilengkapi dengan kawasan pameran perkhidmatan rantaian bekalan khusus. Acara-acara tambahan akan melibatkan penggalakan pelaburan, pemadanan bekalan-dan-permintaan serta pelancaran produk baharu. Usaha untuk menarik minat peserta pameran dan pelabur berjalan lancar, dengan minat yang tinggi daripada syarikat-syarikat di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ekspo, sila kunjungi https://en.cisce.org.cn/.

Source: China International Supply Chain Expo
Keywords: Computer/Electronics Mining/Metals Transportation Trade show news General Manufacturing Supply Chain/Logistics