omniture

Penyelesaian Tenaga Hijau Shanghai Electric Tiba di Ekspo Hari Jenama China, Bina Landskap yang Dibentuk Semula oleh Teknologi Tenaga Bersih

Shanghai Electric
2024-05-14 14:30 42

Sejajar dengan tema Ekpo 'Jenama China, Dikongsi Secara Global', Syarikat ini mempamerkan penyelesaian bersepadu untuk peralatan tenaga dan perindustrian dengan fokus kepada pendekatan rendah karbon 

SHANGHAI, 14 Mei 2024 /PRNewswire -- Shanghai Electric (SEHK:2727, SSE:601727) telah menyorotkan penyelesaian tenaga hijau dan perindustriannya yang sistematik pada Hari Jenama China 2024, edisi kelapan bagi ekspo besar-besaran yang diadakan di Shanghai mulai 10 hingga 14 Mei. Penyelesaian yang dipamerkan menunjukkan sumbangan terkini Shanghai Electric kepada pembangunan tenaga hijau menerusi pencapaian teknologinya yang memenuhi keperluan serantau, menonjolkan visi China lebih hijau yang dikuasakan oleh inovasi rendah karbonnya yang direka bentuk untuk membantu negara ini bergerak pantas menuju sasaran karbon sifar.

 
Shanghai Electric’s Green Energy Solutions Land at China Brand Day Expo, Building a Landscape Reshaped by Clean Energy Technology.

Tema pameran Shanghai Electric, yang dibahagikan kepada empat kawasan yang meliputi kisah jenama, inovasi teknologi, tenaga hijau dan Inisiatif Jalur dan Jalan, memberi gambaran tentang masa depan yang mana manusia, industri dan alam semula jadi berkembang maju dengan harmoni, serta pandangan mengenai kemajuan mampan dan kemakmuran yang didorong oleh kualiti baharu kuasa produktif, falsafah pembangunan baharu China yang dirancang oleh kerajaan untuk menerajui bab baharu dalam pertumbuhan ekonomi.

Rangka Tindakan Baharu untuk Pembangunan Hijau dan Rendah Karbon

Aspek penting dalam kisah jenama, Shanghai Electric menggambarkan secara kreatif projek-projek tenaga bersih dan perindustrian dalam landskap yang subur dan damai. Visualisasi tersebut, diilhamkan oleh lukisan tradisional Cina, "A Thousand Miles of Mountains and Rivers" yang telah wujud sejak abad ke-12, bukan sahaja memberi gambaran sekilas kepada pengunjung tentang pandangan yang mana semua sektor boleh mendapat manfaat daripada teknologi rendah karbon, bahkan turut menekankan cita-cita Shanghai Electric untuk menjadi peneraju dalam transformasi tenaga global.

Inovasi Teknologi: Tulang Belakang Pembuatan Berkualiti-Tinggi

Menonjolkan kehebatan teknologinya, Shanghai Electric mendemonstrasikan penyelesaian dan produknya yang mendorong pembuatan ke tahap baharu, menekankan usaha tanpa henti Syarikat ini terhadap inovasi teknologi. Antara inovasi yang dipamerkan ialah:

  • Peralatan nuklear mempunyai bekas tekanan reaktor seberat 1,300 tan apabila diisi dengan air.
  • Pusat pengisaran komposit berkejituan tinggi yang mempunyai ketepatan pengisaran 0.0004mm.
  • Jubin seramik tahan suhu tinggi yang dapat bertahan daripada suhu hampir 1400°C.
  • Tempa terowong angin untuk membuat bahan nikel 9% yang boleh beroperasi pada suhu amat rendah iaitu -196°C.

Tenaga Hijau: Mendorong Rantaian Industri Mampan

Di bawah sepanduk "Tenaga Hijau", Shanghai Electric mempersembahkan sistem penjanaan kuasa pelengkap angin-solar-storan-hidrogen dan penyelesaian bersepadu sumber-grid-beban-storan, mempamerkan sistem kuasa generasi baharunya dan taman perindustrian karbon sifar komprehensif yang memberi kuasa kepada kawasan-kawasan di seluruh dunia. Syarikat ini mengetengahkan Sistem Pengurusan Tenaga (EMS) yang dipasang atur dalam beberapa projek di seluruh dunia, berserta sistem terasnya dan peralatan untuk pelakuran nuklear terkawal, yang berada di barisan hadapan pasaran China.

Jenama China, Dikongsi Secara Global 

Shanghai Electric berkongsi kisah Syarikat dalam mempercepatkan pembangunan tenaga hijau melalui kolaborasi dengan rakan kongsi globalnya melalui skrin yang interaktif, menggambarkan dengan jelas hala tuju untuk membina masa depan yang lebih hijau, lebih lestari. Setakat penghujung tahun lalu, lebih 140 cawangan luar negara Shanghai Electric ditubuhkan di 35 negara dan wilayah, menjalankan lebih 100 projek yang mencakupi kuasa terma, fotovolta, kuasa nuklear, storan tenaga, sisa-kepada-tenaga, enjin pembakaran dan kuasa arang batu. Menerusi penyelesaiannya yang inovatif, Shanghai Electric membantu menjana sejumlah 1.2 trilion kWj elektrik dan mengurangkan emisi karbon sebanyak 35 juta tan.

Dengan perhatian tertumpu kepada bermulanya era baharu yang dikuasakan oleh tenaga bersih, Shanghai Electric bersiap sedia untuk berada di barisan hadapan, menumpukan kepada transformasi hijau, rendah karbon dan digital untuk mengembangkan perniagaannya dan membantu China dan selanjutnya dalam mencapai cita-cita rendah karbon. Sebagai peneraju dalam bidang peralatan tenaga baharu dan pengusaha yang penting dalam automasi peralatan canggih, Shanghai Electric sentiasa meneroka perbatasan inovasi bagi membuka kemungkinan baharu dalam ekosistem perindustrian.

Untuk maklumat lanjut mengena Shanghai Electric, sila kunjungi https://www.shanghai-electric.com/group_en/.  

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news