omniture

Pantai Hospital Kuala Lumpur Terus Berkhidmat Sediakan Pemeriksaan Kesihatan kepada Penduduk Lembah Pantai dengan Inisiatif Saringan Kesihatan Masyarakat

Pantai Hospital Kuala Lumpur
2024-05-14 19:49 9

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), bersama Premier Integrated Lab, Pantai Integrated Rehab, dan Twin Tower Medical Centre, dengan sokongan daripada Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara dan AstraZeneca, meraikan mercu jaya penting dalam usaha berterusan mereka untuk memastikan bahawa setiap segmen masyarakat mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan yang berkualiti. PHKL, bersama rakan-rakan kerjasama mereka dengan bangganya menganjurkan sebuah program saringan kesihatan hari ini, sebagai sebahagian daripada 'Inisiatif Kesejahteraan Lembah Pantai'. Inisiatif ini meneruskan sambutan ulang tahun hospital yang ke-50 dan bertujuan menggalakkan masyarakat mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan masing-masing.

En. Kwan Choon Yoong, Ketua Pegawai Operasi Pantai Hospital Kuala Lumpur; Cik. Erica Lam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pantai Hospital Kuala Lumpur; YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Menteri Komunikasi; En. Mohd Hareeff Muhammed, Ketua Bahagian Ambulatori, Sokongan & Kesihatan Bersekutu (AAA), CEO Premier Integrated Labs;  Liew Swee Lee, Setiausaha Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia (BCWA).
En. Kwan Choon Yoong, Ketua Pegawai Operasi Pantai Hospital Kuala Lumpur; Cik. Erica Lam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pantai Hospital Kuala Lumpur; YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Menteri Komunikasi; En. Mohd Hareeff Muhammed, Ketua Bahagian Ambulatori, Sokongan & Kesihatan Bersekutu (AAA), CEO Premier Integrated Labs;  Liew Swee Lee, Setiausaha Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia (BCWA).

Sejak awal pagi, lebih 200 orang daripada pelbagai golongan masyarakat telah berhimpun di lokasi program untuk mengambil kesempatan daripada perkhidmatan saringan kesihatan yang disediakan secara percuma. Atur cara hari tersebut bermula pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan orang ramai, diikuti oleh pendaftaran dan permulaan pelbagai aktiviti saringan kesihatan.

Acara ini dihadiri oleh dif-dif kehormat dan rakan kerjasama PHKL termasuk YB Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Menteri Komunikasi; Cik. Erica Lam, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pantai Hospital Kuala Lumpur; En. Mohd Hareeff Muhammed, Ketua Bahagian Ambulatori, Sokongan & Kesihatan Bersekutu (AAA), CEO Premier Integrated Labs; Liew Swee Lee, Setiausaha Persatuan Kebajikan Kanser Payu Dara Malaysia (BCWA); dan En. Kwan Choon Yoong, Ketua Pegawai Operasi Pantai Hospital Kuala Lumpur.

Inisiatif Kesejahteraan Lembah Pantai termasuk pelbagai aktiviti saringan kesihatan untuk penduduk Lembah Pantai termasuk trak bergerak bagi menjalankan ujian audiologi (pendengaran), pemeriksaan paru-paru, darah dan pergigian, penilaian postur dan kekuatan serta analisis BMI dan komposisi badan menggunakan mesin InBody.

Pada akhir acara, masyarakat setempat bukan sahaja mendapatkan kefahaman lebih mendalam tentang kesihatan masing-masing, tetapi juga alat dan ilmu untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan diri. Inisiatif ini menekankan komitmen berterusan Pantai Hospital Kuala Lumpur terhadap kesejahteraan masyarakat dan peranannya sebagai perintis penjagaan kesihatan sebagai langkah pencegahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan pakej saringan kesihatan akan datang, sila layari laman web Pantai Hospital Kuala Lumpur;
www.pantai.com.my/kuala-lumpur/packages-promotions/50th-anniversary-health-screening-package.

Source: Pantai Hospital Kuala Lumpur
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Not for profit