omniture

Tongxin Micro Menyerlah di Pameran Seamless Middle East 2024, Perkenal Penyelesaian Keselamatan Digital Canggih

TONGXIN MICRO
2024-05-14 21:58 26

DUBAI, UAE, 14 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Pada 14 Mei, Tongxin Micro membuat kemunculan penting di pameran Seamless Middle East di Dubai dengan memaparkan kemajuan terkini dalam teknologi pembayaran kad pintar dan peruncitan. Syarikat ini mempamerkan inovasi utamanya dalam Pembayaran, Telekomunikasi dan ID, menegaskan peranannya sebagai peneraju bagi penyelesaian pengenalan identiti dan pembayaran kewangan


Di reruai pameran, Tongxin Micro mempamerkan pelbagai jenis penyelesaian pembayaran, termasuk kad IC pembayarannya, kekunci USB dan POS pintar. Apa yang menarik perhatian ialah demonstrasi kad cap jari digandingkan dengan sistem POS pintar, yang mendapat perhatian signifikan daripada pengunjung atas teknologi pengecaman cap jari antipenipuan termajunya dan pengalaman pembayaran tanpa kata laluan yang lancar.

Penyelesaian eSIM rintis khusus daripada Tongxin Micro yang disesuaikan untuk terminal POS pintar mendapat sanjungan meluas dan ulasan positif daripada pengunjung. Penyelesaian ini, dibina berasaskan cip selamat berkualiti terbaik, menawarkan pemperibadian peringkat wafer, keupayaan bendaman WLCSP dan pengaktifan eSIM dalam talian dan dalam masa yang sama mempunyai faedah-faedah yang belum pernah terjadi sebelum ini seperti keselamatan yang dipertingkat, kos pasang atur yang dikurangkan dan penggunaan ruang papan yang dioptimumkan.

Khususnya, penyelesaian eSIM sehenti daripada syarikat ini serasi sepenuhnya dengan terminal mudah alih dan peranti boleh pakai di seluruh dunia, bagi memenuhi tuntutan aplikasi dengan tahap keselamatan tinggi daripada elektronik automotif, terminal IoT dan banyak lagi. Inovasi membolehkan pengguna mencapai sambungan global yang lancar dengan satu cip. Pada masa ini, terminal yang dikuasakan oleh penyelesaian rintis tersedia secara komersial di seluruh dunia.

Dalam domain pengenalan ID, penyelesaian cip selamat antarabangsa daripada syarikat ini untuk dokumen identiti antarabangsa mencetuskan minat yang ketara dalam kalangan khalayak profesional. Penyelesaian ini berjaya dipasang atur dalam pelbagai inisiatif kad ID dan pasport kebangsaan, menyediakan ciri-ciri keselamatan yang teguh untuk pengguna di Asia Tenggara, Afrika dan selanjutnya.

Sebagai perusahaan utama bagi elektronik automotif dan cip pintar dalam Tsinghua Unigroup, Tongxin Micro telah mengumpul kepakaran yang utama dalam industri bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) cip serta pengeluaran dan perkhidmatan selamat sejak 23 tahun yang lalu. Dengan penghantaran melebihi 23 bilion unit, Tongxin Micro menyediakan produk dan perkhidmatan kepada lebih 20 negara dan wilayah di seluruh Asia, Eropah, benua Amerika dan Afrika, berdedikasi untuk berkolaborasi dengan rakan kongsi industri bagi membina sebuah ekosistem cip selamat digital dan menceriakan kehidupan insan melalui cahaya sains dan teknologi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.tsinghuaic.com

Source: TONGXIN MICRO
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Retail Semiconductors Telecommunications Trade show news Financial Technology