omniture

Yadea Mengadakan Majlis Pecah Tanah di Indonesia untuk Kilang Kelapannya

Yadea
2024-05-15 03:09 243

JAKARTA, Indonesia, 15 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Hari ini, Yadea, jenama kenderaan dua roda elektrik yang terkemuka di dunia, mengadakan majlis pecah tanah untuk kilang baharunya di Karawang, Indonesia yang akan menjadi kilang kelapan Yadea di peringkat global dan akan menjadi kilang terbesarnya di Asia Tenggara. Acara monumental ini merupakan suatu pencapaian penting dalam komitmen Yadea kepada inovasi dan kecemerlangan terhadap kenderaan elektrik.

Yadea Indonesia berpegang teguh kepada komitmennya untuk menyampaikan motosikal elektrik dan basikal elektrik pintar, berkualiti tinggi yang disertakan dengan teknologi inovatif. Pangkalan pembuatan ini menjangkau keluasan kira-kira 270,000 meter persegi, dengan unjuran kapasiti tahunan sebanyak 3 juta unit. Jumlah anggaran pelaburan untuk kemudahan ini dari tahun 2024 hingga 2028 berjumlah sehingga USD 150 juta. Dijadualkan untuk memulakan operasi pada tahun 2026, Yadea Indonesia Manufacturing Base merupakan pencapaian penting dalam usaha pengembangan syarikat ini.

Kilang baharu Yadea mengintegrasikan teknologi pengeluaran canggih, membawakan sistem tali sawat gantung rintis untuk pengeluaran atas-permintaan, pada masa nyata. Barisan pemasangan automatik dan kimpalan robotik memastikan pembuatan yang pantas dan cekap, mengeluarkan motosikal elektrik dalam tempoh purata 40 saat. Sistem tali sawat automatik meminimumkan risiko pengangkutan dan pemeriksaan 100% yang teliti mendahului penghantaran, bagi memastikan hanya produk berkualiti terbaik sampai kepada pelanggan.

"Kami dengan sukacitanya mengumumkan penubuhan kilang pembuatan Yadea di Indonesia, mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan mengagumkan iaitu 3 juta unit. Pasaran Indonesia sedang mengalami pertumbuhan pesat dari segi permintaan terhadap kenderaan dua roda elektrik yang berkualiti tinggi, dengan volum permintaan yang signifikan, lantas menunjukkan potensi pasaran yang sangat besar. Di samping itu, kerajaan Indonesia menggalakkan industri pengangkutan tenaga baharu melalui insentif dasar," ujar Wang Jinlong, Pengurus Besar Yadea Indonesia Manufacturing Company.

Menerusi majlis pecah tanah pada hari ini, Yadea Manufacturing Plant bersedia bukan sahaja untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran kenderaan dua roda elektrik di Indonesia, tetapi turut memberi inspirasi kepada pergerakan ke arah penyelesaian perjalanan yang lebih hijau. Menurut Yadea, kilang baharu di Indonesia bukan sahaja akan menampung pasaran domestik, tetapi turut mengeksport produk ke negara-negara jiran. Kilang tersebut bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kenderaan elektrik (EV) bertaraf dunia untuk warga Indonesia, memanfaatkan teknologi inovatif yang dapat memenuhi dan melangkaui standard bagi keselamatan dan kualiti.

Latar Belakang Yadea: Yadea (01585.HK) ialah jenama kenderaan dua roda elektrik yang terkemuka di dunia, dengan rangkaian produk sebahagian besarnya meliputi motosikal elektrik berprestasi tinggi, moped (basikal berenjin) elektrik, basikal elektrik dan skuter tendang elektrik. Yadea menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada 80 juta pengguna dan membina rangkaian dengan lebih 40,000 peruncit di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.yadea.com

 

Source: Yadea
Keywords: Computer/Electronics