omniture

CCTV+: Xi tegaskan hubungan kekeluargaan demi kesejahteraan rakyat, negara

CCTV+
2024-05-15 03:53 23

BEIJING, 15 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Presiden China Xi Jinping berulang kali menekankan tradisi hubungan kekeluargaan Cina yang utuh, terutamanya sifat penyayang ibu dan kepentingannya kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

Menjelang Hari Ibu yang jatuh pada tanggal 12 Mei pada tahun ini, pada hari Sabtu China Media Group (CMG) menerbitkan kisah yang menceritakan ucapan dan kata-kata oleh presiden China mengenai sifat seorang ibu dan kasih sayang keluarga, bagi menghormati nilai-nilai tradisional bangsa Cina.

Apabila menyampaikan ucapan Festival Musim Bunga beliau pada tahun 2015, Xi memetik puisi "Song of the Parting Son" oleh Meng Jiao dalam Dinasti Tang (618-907) untuk menjelaskan bagaimana tradisi hubungan kekeluargaan yang utuh tetap tidak berubah dalam lipatan sejarah.

"Daripada benang yang ditenun oleh tangan si ibu, jubah dibuat untuk anak lelaki yang akan berpisah. Dijahit jahitan demi jahitan sebelum dia berangkat, kerana gusar kepulangannya tertangguh," petik Xi.

"Bangsa Cina sentiasa mementingkan keluarga dan menghargai ikatan kekeluargaan sejak zaman dahulu kala," kata beliau.

Pada tahun 2016, Xi menyeru usaha untuk meningkatkan sifat murni dan kesopanan dalam keluarga Cina agar dapat mewujudkan asas penting untuk pembangunan, kemajuan negara dan keharmonian sosial di sebuah persidangan untuk memberi penghormatan kepada keluarga contoh di seluruh China.

Beliau berkata seorang ibu yang baik hati membesarkan anak-anak yang berbakti kepada keluarga mereka merupakan salah satu sifat murni tradisional bangsa Cina.

"Keluarga bukan sahaja menyediakan tempat untuk tubuh badan fizikal menginap, ia juga merupakan tempat terletaknya hati insan. Sesebuah negara dan bangsa hanya boleh berjaya apabila keluarganya berjaya," kata Xi.

Presiden China sentiasa menghargai keluarga. Di perhimpunan Festival Musim Bunga pada tahun 2017, kata-kata Xi mengenai perjumpaan semula keluarga menyentuh hati beratus-ratus juta orang.

"Orang ramai mungkin menumpukan perhatian mereka kepada kerja, mengorbankan tidur dan makan, mereka mungkin bergegas ke tempat-tempat berbeza untuk mencari rezeki. Walau bagaimanapun, mereka tidak seharusnya melupakan tentang hubungan insan yang sejati, dan mereka tidak sepatutnya membenarkan jarak memutuskan hubungan tersebut. Di tengah-tengah kesibukan sehari-hari, seseorang tidak harus melupakan hubungan insan yang sejati. Dalam mengejar kehidupan tanpa henti siang dan malam, seseorang tidak seharusnya mengabaikan hubungan berkenaan," kata beliau.

Membesar dalam suasana keluarga yang baik, Xi, yang berasal daripada kalangan rakyat, tidak pernah melupakan kepentingan kebahagiaan yang diperjuangkan oleh berpuluh-puluh juta keluarga, memandangkan beliau sentiasa mengetengahkan tentang keluarga, pendidikan keluarga dan tradisi keluarga.


Xi stresses family ties for wellbeing of people, nation

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=UK2buERrf_I

 

Source: CCTV+
Keywords: Art Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications DEI Page Cision Influencer List - ESG