omniture

Dua Kilang Agilent Antara 13 Sertai Lighthouse Network Forum Ekonomi Dunia

Agilent Technologies
2025-01-15 11:45

Pengiktirafan menjadikan syarikat menerima sejumlah empat designasi Lighthouse sebagai kilang termaju global atas kejayaannya menskalakan Revolusi Perindustrian Keempat

SANTA CLARA, California, 15 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Agilent Technologies Inc. (NYSE: A) hari ini mengumumkan Forum Ekonomi Dunia menamakan dua kilang pintar Agilent di Asia sebagai Global Lighthouse Network, sebuah komuniti yang terdiri daripada 189 pemimpin global yang menerajui Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dalam pembuatan termaju.

Agilent's new Lighthouse designation as global advanced factory located at Bayan Lepas in Penang, Malaysia
Agilent's new Lighthouse designation as global advanced factory located at Bayan Lepas in Penang, Malaysia

Tapak Agilent di Shanghai, China dan Pulau Pinang, Malaysia merupakan dua daripada 13 kilang di seluruh dunia yang baru sahaja dimasukkan ke dalam kohort terkini Lighthouse.

Pengiktirafan ini menyaksikan pencapaian Lighthouse ketiga dan keempat buat Agilent atas kejayaannya dalam penskalaan AI, pencetakan 3D, robotik, analitis data raya dan internet pelbagai benda industri (IIoT). Sejak tahun 2022, dua tapak pembuatan Agilent - Singapura dan Waldbronn, Jerman - telahpun memperoleh penghormatan yang berprestij ini. Syarikat ini kekal menjadi satu-satunya syarikat teknologi makmal analitis dan klinikal di seluruh dunia yang mendapat pengiktirafan oleh Forum ini.

"Pencapaian yang penting ini memperlihatkan kepimpinan Agilent dalam membina kilang masa depan dengan mengintegrasikan teknologi digital termaju dalam seluruh operasi hujung-ke-hujung kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Agilent, Padraig McDonnell. "Kilang masa depan kami bukan sahaja meningkatkan pengalaman pelanggan kami dan melangkaui jangkaan mereka, bahkan ia juga membangunkan tenaga kerja masa depan kami secara berterusan."

Kilang Agilent Shanghai berfungsi sebagai hab pembuatan strategik global yang mengintegrasikan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D), jaminan kualiti, rantaian bekalan dan pengurusan logistik. Bagi meningkatkan pengeluaran kromatografi gas yang benar-benar disesuaikan, ia memanfaatkan pembuatan pintar dengan reka bentuk instrumen berbantu AI, menggunakan repositori berindeks termaju bagi mengoptimumkan kejituan, kecekapan dan inovasi.

Hasilnya, tapak berkenaan dapat meningkatkan produktiviti sebanyak 56%, masa pendulu sebanyak 31% dan kepuasan pelanggan terhadap penghantaran melebihi 96%. Hari ini, China menjadi pasaran tunggal terbesar untuk Agilent di luar A.S. dan menjadi bahagian penting dalam strategi pertumbuhan syarikat.

Agilent Pulau Pinang memanfaatkan AI pengubah keadaan dalam pencetakan 3D untuk mengautomasikan konfigurasi bahan, mengoptimumkan pencetakan komponen yang benar-benar disesuaikan dan meminimumkan sisa. Dengan mengintegrasikan AI, pembelajaran mesin dan analitis termaju ke dalam pembuatan aditif, kilang berkenaan membentuk semula sebuah tapak tepu kapasiti menjadi operasi digital dengan pemantauan masa nyata dan cerapan prediktif demi keupayaan pengeluaran yang lebih pintar dan lebih tangkas.

Platform digital bersepadunya meningkatkan produktiviti sebanyak 40%, kos pembuatan sebanyak 32% dan masa pendulu penghantaran sebanyak 48%. Sebagai salah satu kemudahan strategik global Agilent, kilang Pulau Pinang mengehoskan Pusat Reka Bentuk Instrumen Global yang canggih dan Makmal Keselamatan dan Keandalan Biokimia.

"Memperkasakan barisan hadapan dan memupuk budaya digital yang inklusif merupakan nadi kejayaan untuk Lighthouse," kata Fernando Perez, Rakan Kongsi Kanan dan Ketua Inovasi Operasi, McKinsey & Company. "Tapak perintis ini membina tenaga kerja yang berdaya tahan, bersedia mendepani masa depan dan menunjukkan bahawa melabur dalam kakitangan sama pentingnya dengan melabur dalam teknologi. Ia merupakan kombinasi yang hebat antara kedua-duanya yang memacu perubahan bermakna yang melangkaui tembok kilang untuk mencetuskan impak positif dalam seluruh ekosistem pengeluaran."

Dengan memanfaatkan teknologi 4IR, Agilent berjaya membina ekosistem rantaian nilai bingkas yang berupaya memberi tindak balas pantas kepada permintaan pasaran yang semakin berkembang. Kemajuan ini memberikan para saintis dengan akses yang lebih pantas kepada instrumen yang mereka perlukan, seterusnya mempercepat penemuan penyelidikan. Dengan nilai inovasinya yang telah lama wujud, Agilent terus mendorong kilang pintarnya di seluruh dunia untuk membangkitkan sains yang hebat dan berfungsi sebagai petunjuk kepada pengeluar-pengeluar yang lain di peringkat global.

Latar Belakang Global Lighthouse Network

Dilancarkan pada tahun 2018, Global Lighthouse Network menyatukan dan meraikan kejayaan tapak perindustrian yang terkemuka di dunia yang mencapai prestasi luar biasa dalam produktiviti, kebingkasan rantaian bekalan, sentrisiti pelanggan, kemampanan dan bakat. Komuniti global yang terdiri daripada penginovasi yang berpengaruh ini, menggunakan lebih 1,000 penyelesaian dalam pelbagai industri, termasuk 189 tapak, 25 daripadanya ialah 'Sustainability Lighthouse'. Rangkaian ini kini mencakupi lebih 30 negara dan 35 sektor. Inisiatif ini diasaskan secara bersama oleh Forum Ekonomi Dunia dan Mckinsey & Company. Ketahui lebih lanjut di WEForum.org.

Latar Belakang Agilent Technologies 

Agilent Technologies Inc. (NYSE: A) ialah peneraju global bagi teknologi makmal analitis dan klinikal, menyampaikan cerapan dan inovasi yang membantu pelanggan kami membangkitkan sains yang hebat. Rangkaian penuh penyelesaian Agilent merangkumi instrumen, perisian, perkhidmatan dan kepakaran yang memberikan jawapan yang dipercayai kepada soalan yang paling mencabar oleh pelanggan kami. Syarikat ini menjana hasil sebanyak $6.51 bilion pada tahun fiskal 2024 dan menggaji kira-kira 18,000 orang pekerja di seluruh dunia. Maklumat mengenai Agilent tersedia di www.agilent.com. Untuk menerima berita mutakhir Agilent, langgan Agilent Newsroom. Ikuti Agilent di LinkedIn dan Facebook.

Untuk Maklumat

Perhubungan Media, Pasifik Asia Selatan & Korea
Grace Thong
Agilent Technologies
+65 9688 2152
grace.thong@agilent.com

Source: Agilent Technologies
Related Stocks:
NYSE:A
Keywords: Internet Technology Telecommunications Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things General Manufacturing