SINGAPURA, 31 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Asia Plantation Capital telah mencapai kejayaan lagi selepas menghadiri dua Persidangan Pelaburan Balak di London pada awal Oktober.
"Tahun ini kami melihat kemuncak aktiviti perladangan kami, penambahbaikan pentadbiran, serta penyusunan semula kaedah usaha wajar kami," jelas Gary Crates, Pengarah Pembangunan Perniagaan. "Semua ini hadir serentak dengan peningkatan permintaan untuk agroperhutanan berhemah dan mampan daripada komuniti pelaburan yang mantap itu."
Beliau berkata lagi, "Sudah tentulah sukar untuk sesiapa pun memberi nilai tepat untuk pusing ganti pelaburan baharu yang lambat-laun akan timbul daripada mana-mana persidangan, tetapi dengan respon menggalakkan yang kami terima di London selama 10 hari lepas, ia menunjukkan minat yang mendalam untuk model perladangan mampan kami."
Pelaburan 'hijau' sangat dicari-cari oleh dana tersedia awam dan syarikat pencen, manakala tanah balak pula memang sudah lama menjadi alternatif selamat kepada saham dan syer biasa. Ia juga merupakan pembelian strategik jangka panjang yang penting untuk pengekalan kekayaan oleh Pejabat Keluarga dan pelabur lebih besar. Masalah berulang yang asyik dihadapi oleh ramai pelabur seperti itu ialah mencari pengendalian perhutanan yang bereputasi tinggi, bertanggungjawab dan juga terurus secara mampan yang mencukupi. Ini khususnya benar dalam konteks Asia, dengan spesies yang menguja seperti buluh, jati serta kayu Agar.
Mendekati perhutanan daripada perspektif pengurusan perladangan telah memberikan peluang kepada Asia Plantation Capital untuk menyediakan khidmat nasihat dengan kepakarannya yang terbukti, dan menawarkan pilihan jangka sederhana dan panjang kepada para pelabur profesional antarabangsa dalam projek perladangan dan pertanian mampan.
Pada masa kini, Asia Plantation Capital (APC) mungkin merupakan pengendali perladangan kayu Agar pakar yang terbesar dan paling berjaya. APC telah tiba di kedudukan yang dicemburui ramai ini dengan bekerjasama bersama komuniti tempatan dalam ekonomi domestik negara tempat mereka beroperasi; mendidik dan turut menyokong komuniti luar bandar yang rapuh, menyediakan peluang pekerjaan tempatan serta memperluas pengetahuan amalan perhutanan dan juga agroperhutanan mampan. Pada masa yang sama ia turut menyumbang kepada kemudahan penyelidikan, pembangunan dan penghasilan minyak Oud. APC telah membolehkan nilai tinggi disaring daripada pokok kayu Agar apabila dituai.
Oud kini sudah menjadi komoditi antarabangsa – ia dianggap sebagai produk bernilai paling tinggi dalam kalangan semua spesies perhutanan. Permintaan global untuk penggunaannya dalam pembuatan minyak wangi mewah, barangan mewah dan juga produk ubat-ubatan telah meluas dengan hebatnya, dan dilengkapi pula dengan sebilangan aplikasi budaya tradisional di Teluk Arab dan China – dan semua ini telah memacu permintaannya selama ribuan tahun.
Semangat Asia Plantation Capital untuk nilai tambahan dan produk akhir unggul merupakan strategi perniagaan khusus merentasi semua pengendalian agroperhutanan dan balak mampan mereka. Buluh (salah satu spesies paling mampan di dunia), bukan sahaja digunakan dalam pembuatan lantai tradisional dan aplikasi papan pembinaan tereka bentuk, tetapi juga dalam pelbagai cara lain.
Dalam mencari pulangan pemegang saham lebih tinggi, buluh mampan ialah komponen utama dalam penciptaan rangkaian bagasi pengembara eksekutif dan antarabangsa baharu yang dilancarkan pada suku tahun terakhir 2014. Selain itu, terdapat penggunaan yang semakin meningkat (kerana kekuatan, keringanan serta kelenturannya) dalam pengeluaran basikal lumba dan basikal jalan berkualiti tinggi, semuanya dihasilkan oleh Asia Plantation Capital serta syarikat subsidiarinya.
Dengan mewujudkan permintaan tambahan untuk tuaian agroperhutanan dan balak yang mampan, serta produk yang diterbitkan daripadanya, dan dengan memegang geran tanah untuk kawasan perladangan yang digunakan, Asia Plantation Capital menawarkan pilihan perniagaan yang utuh untuk para pelabur berinstitusi yang ingin mewujudkan dana pelanggan yang lebih 'hijau' dan meningkatkan nilai aset secara konsisten dalam beberapa tahun akan datang.
Nota kepada Editor:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-
Adrian Heng
Pengarah Pemasaran Kumpulan
E-mel: adrian.heng@asiaplantationcapital.com
Pejabat: +65-6222-3386
Telefon Bimbit: +65-9750-7440
Latar Belakang Asia Plantation Capital
Fakta ringkas:
Asia Plantation Capital ialah pemilik dan pengendali pelbagai perniagaan perladangan dan pertanian komersil merentasi rantau Asia-Pasifik, dan secara global, sebahagian daripada syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Tumpuan mereka adalah ke atas pelbagai projek perladangan berbilang budaya yang diwujudkan bagi memenuhi permintaan domestik dan komersil di negara tempat mereka beroperasi. Menyokong dan bekerjasama rapat dengan komuniti tempatan ialah prinsip teras dasar bagi perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial dan budaya, serta pelaburan, bagi mengelakkan komuniti ini daripada pembasmian hutan dan aktiviti pembalakan haram, yang sebelum ini dianggap sebagai sumber pendapatan utama di sesetengah rantau di Asia. Ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2008, namun beroperasi secara swasta mulai tahun 2002, kumpulan itu kini mempunyai projek perladangan dan pertanian di empat benua dengan projek pengendalian pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Mozambique, Gambia, Amerika Utara serta Eropah.
Menggalakkan penggunaan kayu yang diperakui ialah cara terbaik untuk mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian biologi serta memerangi kemiskinan di rantau hutan hujan tropika. Untuk sektor kapal layar, yang sentiasa mahukan kecemerlangan, dan sudah pun terlibat dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, cara ini juga menjamin tiada kayu hasil pembalakan haram digunakan.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141030/8521406383-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141030/8521406383-b