KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 November 2024 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Yingli Solar memulakan Global Techspark Workshops di bawah tema "Memperkasakan Masa Depan" di Kuala Lumpur, Malaysia. Acara ini menyaksikan permulaan inisiatif global Yingli Solar bagi penaiktarafan jenama dan teknologi serta menyediakan ruang untuk penglibatannya yang lebih mendalam dengan pasaran Malaysia dan pasaran Asia Tenggara yang lebih luas. Acara ini menghimpunkan golongan profesional industri PV tempatan, termasuk pakar daripada institusi penyelidikan, pemilik projek PV dan rakan kongsi dalam rantaian bekalan, untuk membincangkan tentang peralihan tenaga di Asia Tenggara dan kemajuan dalam teknologi serta produk PV.
Dalam ucapan pembukaannya, Allen Geng, Pengarah Urusan Jualan Antarabangsa Yingli Solar, mengalu-alukan semua hadirin dan melahirkan rasa terima kasih atas penyertaan mereka. Beliau menekankan potensi pertumbuhan Malaysia yang ketara untuk penjanaan kuasa PV, serta komitmen Yingli Solar terhadap kualiti dan visi jangka panjang sebagai peneraju global bagi penyelesaian PV. Yingli Solar menembusi pasaran Malaysia seawal tahun 2013, dengan projek-projeknya meneruskan operasi yang stabil sehingga hari ini. En. Geng mengesahkan kesediaan Yingli Solar untuk berkongsi kepakaran dengan rakan kongsi dan meluaskan peluang pasaran secara kolaboratif untuk memajukan peralihan tenaga Malaysia.
Susulan ucapan pembukaan, Afzanil Bin Md. Anuar, Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Hijau daripada MIDA menyampaikan ucaptama yang bertajuk "Memacu Peralihan Tenaga Malaysia Melalui Pelaburan Teknologi Hijau", menghuraikan tentang pelan hala tuju transformasi tenaga negara, berkongsi peluang pelaburan serta laluan pelaksanaan untuk industri hijau.
Tommy Zheng, Pengurus Produk Yingli Solar, berkongsi pandangannya tentang trend teknologi yang terkini dan mendemonstrasikan keandalan produk Yingli Solar. Beliau menekankan bahawa Yingli Solar merupakan antara syarikat PV global pertama yang mencapai pengeluaran besar-besaran bagi sel dan modul jenis-N. Melalui penaiktarafan teknologi yang berterusan, produk jenis-N Panda Yingli Solar mempunyai prestasi cahaya rendah yang unggul, kedwimukaan yang tinggi, rintangan cuaca yang teguh, kecekapan serta keandalan, lalu menjadikannya sangat sesuai untuk bertahan daripada iklim tropika, kelembapan yang tinggi dan taufan yang kerap berlaku di Asia Tenggara.
Akhir sekali, Nicholas Kee, Pengarah Jualan Serantau Yingli Solar di Asia Tenggara, menghuraikan tentang trend pembangunan dan cabaran yang berpotensi di rantau ini serta strategi jangka panjang Yingli Solar dalam pasaran Malaysia. Beliau turut mengumumkan satu siri strategi pertumbuhan setempat dan insentif yang menarik perhatian tinggi daripada hadirin.
Dengan sumber solar yang amat banyak, Malaysia membawakan masa depan yang cerah untuk pembangunan PV. Acara ini juga telah memulakan penaiktarafan jenama dan teknologi Yingli Solar pada skala global.