omniture

Farasis Energy Tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik bersama Pelanggan India Ingar di INAPA 2024

Farasis Energy(GanZhou)Co.,Ltd.
2024-05-16 09:52 41

JAKARTA, Indonesia, 16 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Farasis Energy, peneraju bertaraf global bagi bateri kuasa kantung untuk kenderaan tenaga baharu dan sistem storan tenaga, mempamerkan Penyelesaian Kantung Super (SPS) terkininya yang dikeluarkan secara besar-besaran, bersama-sama dengan bateri motosikal elektrik standardnya 7432/7455 dan siri produk bateri boleh tukar di pameran alat ganti auto dan motosikal komprehensif yang terbesar di Asia Tenggara, yang telahpun diadakan di Jakarta, Indonesia.


Pada hari pembukaan, Farasis Energy turut mengumumkan perkongsian strategik bersama Ingar, perintis dalam industri tenaga baharu India. Kolaborasi ini bertujuan untuk mempercepatkan pengelektrikan kenderaan penumpang dan kenderaan dua roda di Asia Tenggara serta Asia Selatan, seterusnya mendorong penjimatan tenaga, pengurangan emisi dan pembangunan rantaian industri.

SPS direka bentuk untuk mengoptimumkan kecekapan pengecasan, mengurangkan kos, meningkatkan prestasi dan membawa penyesuaian dengan pelbagai model EV. Penyelesaian rintis ini menyepadukan empat teknologi utama: sel kantung format besar, sistem bateri bersepadu, proses pembuatan termaju dan kitar semula langsung yang cekap. Bateri motosikal elektrik standard 7432/7455 membawakan ketumpatan tenaga yang tinggi, keupayaan pengecasan pantas, reka bentuk yang ringan, prestasi suhu tinggi yang cemerlang dan kuasa mantap.

Farasis Energy mencapai kemajuan yang penting dalam prestasi keselamatan dan tenaga, membangunkan teknologi perlindungan larian terma sel bateri tunggal. Ia menyempurnakan industrialisasi sel bateri 400Wj/kg dan pembangunan sampel sel 500Wj/kg. Sistem BMS/EEnya dibangunkan secara bebas dan menerima pensijilan bagi produk ASIL C keselamatan fungsian ISO26262.

Di peringkat antarabangsa, Farasis Energy menjalin kolaborasi bersama syarikat-syarikat gergasi global seperti Mercedes-Benz, Siro, Mahindra Group, Zero, Polaris dan Aurora. Membina perkongsian strategik baharunya bersama Ingar, pakar dalam kenderaan penumpang tenaga baharu, motosikal, bateri litium dan penyambung bateri boleh tukar, Farasis Energy bersedia untuk memacu transformasi tenaga dan penaiktarafan industri di Asia Tenggara dan juga Asia Selatan. Ingar ditubuhkan pada tahun 1988 dan merupakan salah satu daripada syarikat terawal di India yang memasuki industri tenaga baharu. Ia memfokuskan kepada sektor tenaga baharu dan tenaga boleh baharu, menumpukan perhatian untuk menangani cabaran rantaian bekalan. Produk utamanya termasuk kenderaan penumpang tenaga baharu, bateri litium untuk kenderaan dua roda dan penyambung bateri untuk penukaran. Perniagaan ini meliputi OEM tenaga baharu yang utama di India, penghantaran kuasa komunikasi, komponen elektrik perindustrian, dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan termasuk syarikat-syarikat India yang terkemuka seperti Tata Motors, Mahindra Group, BAJAJ serta OLA DAIKIN.

HUBUNGI: Xiaobin Ying, xbying@farasisenergy.com.cn

Source: Farasis Energy(GanZhou)Co.,Ltd.
Keywords: Auto Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Transportation Utilities Contracts New products/services Trade show news General Manufacturing