- Yayasan Bayat dan Yayasan Pendengaran Starkey bekerjasama untuk membawa anugerah pendengaran ke beberapa rantau konflik di Afghanistan.
KABUL, Afghanistan, 1 November 2014 /PRNewswire/ -- Minggu lepas Yayasan Bayat memulakan perkongsian dengan Yayasan Pendengaran Starkey bagi menyediakan penjagaan kesihatan deria pendengaran kepada orang yang memerlukannya di seluruh Afghanistan. Semasa misi pendengaran pertama di negara itu, dua organisasi itu bekerjasama bagi menyediakan lebih 1,700 alat bantu pendengaran tersuai khusus kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang memerlukannya. Acara tiga hari itu membolehkan ramai individu mendengar buat kali pertama, termasuk para pelajar yang mengalami kehilangan pendengaran dari dua sekolah di Kabul, Sekolah Tinggi Profesional Cacat Pendengaran (Lycee Maslaki Nashanawa) dan Yayasan Cacat Pendengaran Kebangsaan Kabul (Lycee Mille Nashanawa Kabul) serta pesakit dari seluruh rantau.
Diminta bercakap tentang impak inisiatif kemanusiaan itu, Ehsan Bayat, pengerusi Yayasan Bayat berkata: "Satu detik yang benar-benar mengubah hidup adalah ketika memberi kemampuan untuk mendengar untuk kali pertama. Alat bantu pendengaran ini akan memberi kesan kepada kanak-kanak itu serta keluarga mereka selama beberapa generasi akan datang. Dengan menyediakan alat bantu pendengaran ini, kami dapat memberi setiap kanak-kanak peluang untuk memberikan sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat. Saya tidak akan dapat lupakan saat ketika melihat kanak-kanak mendengar namanya untuk kali pertama dan menyaksikan mata mereka bersinar dengan penuh kegembiraan." Turut menyertai En. Ehsan Bayat membantu memasangkan alat bantu pendengaran itu kepada para pesakit ialah Pn. Fatema Bayat, En. Bill Austin, Pengasas Yayasan Pendengaran Starkey; Pn. Suraya Dalil, Menteri Kesihatan; Ketua Hak Asasi Manusia, Nader Naderi serta lima Senator.
Selain memasang alat bantu pendengaran kepada para pesakit, Yayasan Pendengaran Starkey juga menyediakan kaunseling untuk setiap penerima tentang penggunaan dan kaedah penyelenggaraan yang betul untuk alat bantu pendengaran itu, bekalan bateri yang banyak dan juga akses kepada penjagaan susulan melalui program AfterCare global mereka. Organisasi itu juga mewujudkan talian penting untuk dihubungi ibu bapa sekiranya mempunyai soalan lanjut.
"Dengan sokongan yang hebat daripada Yayasan Bayat, kami dapat memberikan dedikasi dan semangat kami untuk menyalurkan anugerah pendengaran kepada orang Afghanistan," kata Brady Forseth, Pengarah Eksekutif Yayasan Pendengaran Starkey. "Kami berharap dengan membuka saluran komunikasi untuk orang yang akan hidup terpencil tanpanya, kami akan juga membantu mendedahkan potensi yang diperlukan untuk membina masa hadapan yang lebih cerah."
Yayasan Pendengaran Starkey menggunakan deria pendengaran sebagai alat untuk mengubah kehidupan seluruh dunia. Usahanya di Afghanistan sahaja adalah sebahagian daripada berdozen misi pendengaran domestik dan antarabangsa yang diadakan setiap tahun. Tahun lepas sahaja, Yayasan itu memasang lebih 175,000 alat bantu pendengaran kepada orang yang memerlukannya.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, kehilangan pendengaran berlaku merata tempat, menjejaskan 360 juta orang seluruh dunia. Namun, dengan bantuan alat bantu pendengaran, kehilangan pendengaran boleh dibetulkan, dan memberi individu peluang untuk berhubung dengan lebih baik dengan keluarga, masyarakat serta dunia sekeliling mereka.
Perkongsian ini hanya satu daripada berbilang cara Yayasan Bayat untuk terus memberikan impak di serata Afghanistan. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah membina lebih 13 Hospital Bersalin, kesemuanya telah merawat lebih 1,000,000 wanita dan kanak-kanak serta telah jauh memperbaiki peluang hidup di negara dengan kadar kemandirian materniti yang paling rendah di dunia. Mereka juga telah membina rumah anak yatim, sekolah, jalan serta kompleks sukan dan turut menyediakan bertan-tan makanan dan pakaian kepada pelarian yang memerlukannya.
Latar Belakang Yayasan Bayat
Sejak tahun 2005, Yayasan Bayat yang berpusat di AS, badan amal 501 c (3) telah menggalakkan kesejahteraan rakyat Afghanistan. Ditubuhkan dan diketuai Ehsan Bayat dan Fatema Bayat, Yayasan itu telah menyumbang kepada lebih 300 projek yang dikhususkan untuk memperbaiki kualiti hidup belia, wanita, orang miskin dan juga warga tua Afghanistan; termasuk pembinaan 13 hospital bersalin yang kini telah merawat lebih 1,000,000 ibu dan bayi. Projek mereka termasuklah pembinaan kemudahan baharu dan infrastruktur mampan di rantau yang memerlukannya, selain menggalakkan program kesihatan, pendidikan, ekonomi serta budaya. Selain inisiatif amal beliau, Ehsanollah Bayat menubuhkan Afghan Wireless (AWCC) pada tahun 2002 –usaha sama antara Telephone Systems International, Inc. (TSI) dan Kementerian Komunikasi – yang merupakan Penyedia Khidmat Internet dan wayarles GSM pertama di Afghanistan, dan kemudiannya menubuhkan Ariana Radio and Television Network (ATN), yang termasuklah Ariana Radio (FM 93.5). Untuk maklumat lanjut, sila e-mel info@bayatfoundation.org.
Latar belakang Yayasan Pendengaran Starkey
Yayasan Pendengaran Starkey menggunakan deria pendengaran sebagai alat untuk mencerminkan sifat penyayang dan mengubah kehidupan seluruh dunia. Kekurangan upaya kehilangan pendengaran menjejaskan lebih 360 juta orang, termasuk 32 juta kanak-kanak seluruh dunia, tetapi ramai yang tidak mempunyai akses kepada alat bantu pendengaran yang boleh membantu mereka. Yayasan Pendengaran Starkey memasang dan memberikan lebih 100,000 alat bantu pendengaran setiap tahun, dan sebagai ahli Inisiatif Global Presiden Clinton, ia telah berjanji untuk memasang satu juta alat bantu pendengaran dalam dekad ini. Selain menyalurkan anugerah pendengaran melalui misi pendengaran seluruh dunia, Yayasan Pendengaran Starkey menggalakkan kesedaran kesihatan pendengaran dan pendidikan melalui kempen Listen Carefully dan menyediakan alat bantu pendengaran kepada rakyat Amerika berpendapatan rendah melalui program Hear Now. Untuk maklumat lanjut tentang Yayasan Pendengaran Starkey, layari www.starkeyhearingfoundation.org.
Maklumat lanjut tentang usaha Yayasan Pendengaran Starkey boleh ditemui di laman webnya, atau dalam laman Facebook, Twitter serta Instagram mereka.
Untuk maklumat lanjut tentang Yayasan Bayat, sila hubungi:
Montgomery Simus
702-809-6772/ m.simus@tsiglobe.com
Untuk maklumat lanjut tentang Yayasan Pendengaran Starkey, sila hubungi:
Karen Webb
310-691-1411/ Karen_Webb@starkeyfoundation.org
Taylor Joseph
952-947-4657/ Taylor_Joseph@starkeyfoundation.org