omniture

The Coffee Bean & Tea Leaf™ bawakan Pengalaman Kafe ke Rumah: Perkenalkan Kapsul Kopi Baharu

The Coffee Bean & Tea Leaf
2024-05-16 16:37 10

SINGAPURA, 16 Mei 2024 /PRNewswire/ -- The Coffee Bean & Tea Leaf™, kafe kopi & teh istimewa bertaraf global, hari ini mengumumkan pelancaran rangkaian kapsul kopi The Coffee Bean & Tea Leaf™ yang serasi dengan mesin Nespresso® Original[1] , memberikan cara baharu kepada peminat kopi di seluruh dunia untuk menikmati citarasa kafe yang istimewa dan kualiti kopi The Coffee Bean & Tea Leaf™ yang digemari – semuanya boleh dinikmati dengan selesa di rumah.


Gabungan sempurna antara kemudahan dan rasa, kapsul ini dihasilkan dengan biji kopi istimewa daripada The Coffee Bean & Tea Leaf™ dan boleh didapati dengan pelbagai jenis variasi dan perisa, termasuk Colombia, Bali Blue Moon, Costa Rica, Ethiopia dan espresso terkenal mereka, World Blend '63.

"Di The Coffee Bean & Tea Leaf, kami bersemangat untuk membawakan pengalaman kopi yang luar biasa kepada semua sejak tahun 1963," kata John in de Braekt, Ketua Pegawai Eksekutif, The Coffee Bean & Tea Leaf. "Atas sebab inilah kami berasa teruja untuk melancarkan kapsul kopi baharu kami. Seleksi ini membolehkan peminat kopi memenuhi citarasa mereka seolah-olah menerokai pelbagai citarasa dari seluruh dunia, melalui secawan kopi pada satu-satu mas– kesemuanya dari keselesaan rumah mereka sendiri."

Pelancaran kapsul The Coffee Bean & Tea Leaf™ yang serasi dengan mesin Nespresso® Original merupakan satu pencapaian yang menarik untuk The Coffee Bean & Tea Leaf, melengkapkan tawaran satu sajian semasa termasuk kapsul K-Cup® serta kapsul CBTL Coffee yang direka khusus untuk Sistem Bru Sajian Tunggal Caffitaly CBTL.

Pengambilan kopi di rumah semakin meningkat, memandangkan ramai yang berasa selesa dan seronok membuat dan menikmati secawan kopi di rumah, kata Anshul Laroia, Ketua Pegawai Pertumbuhan CPG, The Coffee Bean & Tea Leaf.

"Ketika peminat kopi di serata dunia berusaha untuk mereplikasi pengalaman kafe kegemaran mereka di rumah, kapsul satu sajian ini menawarkan cara yang hebat untuk membru kopi pilihan mereka tanpa menjejaskan rasa. Dengan rangkaian kapsul The Coffee Bean & Tea Leaf™ ini yang serasi dengan mesin rangkaian Nespresso® Original, kami menawarkan beberapa campuran ikonik kami berserta seleksi dipilih susun bagi kopi asalan tunggal yang seharusnya menarik minat baik pelanggan setia kami mahupun pasaran minum kopi yang lebih luas."

[1] Nespresso® ialah tanda dagangan berdaftar yang dimiliki oleh Société Des Produits Nestlé S.A. dan tidak bersekutu dengan Super Magnificent Coffee Company Ireland Limited yang menjalankan perniagaan sebagai The Coffee Bean & Tea Leaf® atau produk-produk ini.  

Bru Kegemaran Anda, Di Rumah

Rangkaian kapsul The Coffee Bean & Tea Leaf™ baharu yang serasi dengan mesin Nespresso® Original termasuk:

  • World Blend '63 – Espresso Roast: Dihasilkan dengan biji kopi dari lima tempat asal kopi yang berbeza, setiap satunya dipanggang secara berasingan mengikut profil optimumnya sendiri, Espresso Roast Blend kami, kaya dengan nota karamel, merupakan pilihan sempurna pada waktu pagi untuk memberi ketenangan sepanjang hari.
  • Colombia: Ditanam dan dihasilkan dengan teliti, kopi panggang sederhana asalan tunggal ini memberi ganjaran kepada deria anda dengan aroma buah berangan yang kuat dan justeru menghasilkan secawan kopi yang pekat, berkrim dan seimbang.
  • Costa Rica: Dihasilkan dengan biji kopi dari ladang keluarga generasi kedua dan ketiga yang kecil di Costa Rica, kopi panggang sederhana asalan tunggal ini memberi kesegaran dengan nota buah-buahan dan penyudah yang nyaman.
  • Bali Blue Moon: Dipupuk dengan lembut di kawasan tanah tinggi Bali yang subur, Bali Blue Moon panggang gelap asalan tunggal kami memberi kegembiraan dengan aroma tofi dan nota ceri serta coklat yang memberi kepuasan.
  • Ethiopia: Kopi asalan tunggal dari tanah tinggi Ethiopia ini dipanggang dengan perlahan-lahan dalam kelompok kecil untuk mengeluarkan aroma bunga-bungaan, buah-buahan yang halus daripada biji kopi.

Kapsul The Coffee Bean & Tea Leaf™ yang serasi dengan mesin Nespresso® Original boleh didapati sekarang di kafe The Coffee Bean & Tea Leaf di Singapura dan Malaysia. Ia juga boleh didapati di kafe Amerika Syarikat, Timur Tengah & Asia Tenggara penghujung tahun ini.

Muat Turun Imej Resolusi Tinggi Di Sini

Latar Belakang The Coffee Bean & Tea Leaf®
Ditubuhkan di Southern California pada tahun 1963, The Coffee Bean & Tea Leaf® ialah kafe kopi dan teh istimewa, moden dan bertaraf global yang menginspirasikan pengalaman baharu melalui perisa kami dari seluruh dunia. Kami mendapatkan kopi dan teh terbaik daripada komuniti setempat dan kemudian mencipta setiap minuman bagi menghasilkan rasa yang paling segar. Sebagai pencipta The Original Ice Blended®, kami terus berinovasi bagi membolehkan orang ramai di mana-mana sahaja menikmati rasa klasik serta rasa baharu baik di kafe kami mahupun di rumah. Beribu pejabat di Asia dan sebuah perniagaan The Jollibee Group of Companies, The Coffee Bean & Tea Leaf® beroperasi dengan penuh semangat di lebih daripada 1,100 lokasi, merentas lebih 20 negara. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://corporate.thecoffeebeanandtealeaf.com.

Source: The Coffee Bean & Tea Leaf
Keywords: Beverages Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Non-Alcoholic Beverages New products/services