omniture

Pengalaman Jelajah Incubase Studio Transformasikan Hiburan Di Asia Tenggara

Incubase Studio
2024-05-17 14:43 9

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Incubase Studio membawakan pengalaman jelajah ke Asia Tenggara yang menggabungkan teknik-teknik produksi revolusioner, ditonjolkan oleh kejayaan hebat One Piece "The Great Era of Piracy" Exhibition Asia Tour dan The Conjuring Universe Tour. Menambah kepada barisan mereka yang mengagumkan ialah penambahan terkini mereka Attack on Titan: Final Exhibition di Malaysia yang baru dibuka pada 25 April, menyertai senarai Incubase Studio yang memberi peluang kepada khalayak untuk berinteraksi dengan francais ikonik dengan cara serba baharu.

One Piece “The Great Era of Piracy” Exhibition Asia Tour, salah satu pengalaman jelajah yang sedang berlangsung daripada Incubase Studio
One Piece “The Great Era of Piracy” Exhibition Asia Tour, salah satu pengalaman jelajah yang sedang berlangsung daripada Incubase Studio

Sebagai penerbit dan penganjur bercita-cita tinggi bagi pengalaman hiburan luar biasa yang berpangkalan di Hong Kong, Incubase Studio bekerjasama dengan francais hiburan yang terkemuka seperti siri animasi One Piece, Demon Slayer, Jujutsu Kaisen dan manga Attack on Titan, serta produksi Hollywood The Conjuring Universe, Frozen dan The Minions.

Attack on Titan: Final Exhibition baru dibuka pada 25 April di Kuala Lumpur, Malaysia.
Attack on Titan: Final Exhibition baru dibuka pada 25 April di Kuala Lumpur, Malaysia.

The Conjuring Universe Tour, yang mengasyikkan orang ramai dalam adegan ikonik daripada francais seram yang paling berjaya sepanjang zaman, membuat kemunculan sulungnya di Malaysia dan baru-baru ini menjelajah ke seluruh Taiwan. The One Piece "The Great Era of Piracy" Exhibition Asia Tour telah menawan hati khalayak di pelbagai lokasi, bermula dari Hong Kong, Malaysia, Indonesia dan kini di Thailand, dengan rancangan untuk berkembang ke lebih banyak destinasi di seluruh Asia. Susulan berakhirnya pameran Minion's Perspective di Resorts World Genting Malaysia baru-baru ini, Attack on Titan: Final Exhibition baharu dijayakan dalam bulan April di Fahrenheit88, Kuala Lumpur.

Pengembaraan Menarik Di Hadapan 

Pada tahun 2024, Incubase Studio mempunyai rancangan bercita-cita tinggi untuk membawakan barisan pengembaraan yang lebih menyeronokkan di seluruh Asia. Membangun berdasarkan kejayaan kolaborasi bersama One Piece dan The Conjuring Universe, mereka bermatlamat untuk menawan hati khalayak dengan lebih banyak francais hiburan yang digemari seperti Peppa Pig, Dragon Ball dan Crayon Shinchan, kesemuanya akan dihidupkan.

"Kandungan Incubase tersedia untuk tempoh terhad, menawarkan pengalaman baharu kepada pengunjung di kawasan berpenduduk padat, manakala peralatan kami yang sangat boleh digunakan semula dan mudah alih berkos lebih rendah daripada membina taman tema dan tempat tarikan kekal," kongsi Sion Yip, Pengasas dan Pengarah Urusan Incubase Studio. Dengan kepakaran selama lebih 20 tahun dalam penjenamaan, hiburan fizikal dan digital, penerbitan animasi dan filem, kepimpinan Sion Yip mendorong kejayaan syarikat ini.

Sion Yip, Pengasas dan Pengarah Urusan Incubase Studio
Sion Yip, Pengasas dan Pengarah Urusan Incubase Studio

Menerobos sempadan produksi, model pengalaman jelajah inovatif mereka membolehkan mereka mencapai masa pusing balik yang lebih pantas, mencapai khalayak geografi yang lebih luas dengan menjelajah pelbagai negara setiap tahun dan menerima pakai pendekatan ringan-aset. Hasilnya, produksi mereka mendapat perhatian yang signifikan daripada pengendali hartanah komersial dan kemudahan hiburan di seluruh Asia, yang semakin tertarik dengan peluang menarik yang dipersembahkan oleh model unik Incubase Studio.

Berkedudukan Baik Untuk Menghadapi Pertumbuhan Pesat Hiburan

Pameran jelajah mereka yang berjaya menjadi bukti keupayaan Incubase Studio untuk menyampaikan pengalaman hiburan yang luar biasa serta menunjukkan dengan jelas permintaan terhadap pengalaman sedemikian di rantau Asia Tenggara. Dengan industri Hiburan Berasaskan Lokasi bernilai AS$3.5 bilion pada tahun 2023, kini terdapat ruang untuk mencapai pertumbuhan yang lebih besar dalam industri yang menarik dan unik ini apabila keadaan kembali kepada kebiasaan baharu selepas pandemik.

Telahpun komited untuk mencipta hab reka bentuk dan pengurusan projek di Kuala Lumpur untuk menawarkan perkhidmatan di wilayah berkenaan, Incubase Studio berkedudukan baik untuk memanfaatkan populariti harta intelek animasi Jepun yang semakin meningkat dan bersedia untuk membentuk masa depan hiburan di Asia Tenggara pada tahun-tahun akan datang.

Selain daripada kejayaan jelajah mereka, Incubase Studio memiliki rekod prestasi yang mengagumkan dalam mengurus tempat tarikan berasaskan IP. Portfolio mereka termasuk The World of Studio Ghibli Animation Exhibition, The Art of DC Exhibition dan Frozen the Exhibition di Hong Kong. Dengan lebih 100 projek pelesenan dan kejayaan kolaborasi bersama pemberi lesen antarabangsa seperti Disney, Warner Bros. Discovery, Universal, Sanrio, Toei Animation dan banyak lagi, Incubase Studio terus mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam industri ini.

Latar Belakang Incubase Studio 

Di Incubase Studio, imaginasi dibayangkan menjadi realiti. Studio ini mengkurasi pengalaman imersif yang paling menarik bagi meraikan dan menghubungkan peminat di seluruh dunia. Incubase Studio merupakan peneraju industri dalam kurasi pengalaman imersif yang unik berkualiti tertinggi dengan penceritaan yang menarik dan peranti interaktif. Berpangkalan di Hong Kong, Incubase membina rangkaian luas dengan rakan kongsi tempatan dan antarabangsa selama bertahun-tahun untuk melaksanakan perancangan acara dan operasi jelajah dengan cekap.
www.incubasestudio.com 

Source: Incubase Studio
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Film & Motion Picture Television