KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Moomoo Malaysia mengumumkan pengembangan pilihan perdagangan untuk merangkumi saham 'fractional' oleh lebih daripada 500 saham AS dan ETF di platformnya, menjadikan pelaburan pasaran luar negara lebih mudah diakses berbanding sebelum ini. Ciri inovatif ini membolehkan pengguna membeli sebahagian daripada saham, menurunkan halangan kemasukan bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam pasaran saham.
Inovasi ini selaras dengan tinjauan terbaru dengan pengguna moomoo Malaysia, yang menunjukkan bahawa 80% pelabur berkemungkinan untuk melabur semula dana akaun Fleksibel KWSP 3 mereka ke dalam pasaran saham, menunjukkan perubahan besar dalam tingkah laku pelaburan di kalangan pelabur kalangan muda Malaysia (lebih daripada 70% responden berusia antara 18-45 tahun).
Tinjauan tersebut memberikan pandangan tentang aspirasi dan tingkah laku kewangan pelabur muda:
Pandangan ini bukan sahaja mencerminkan perubahan ke arah strategi pengumpulan kekayaan sendiri di kalangan pelabur tempatan, tetapi juga menggariskan keyakinan dan minat dalam ekuiti pasaran global. Selain itu, trend pelaburan dalam pasaran luar negara juga semakin popular di kalangan pelabur tempatan, dengan 10 saham AS yang paling banyak didagangkan di Moomoo iaitu Nvidia, Apple, Tesla, GameStop, AMC Cinemas, SMCI Ultra Microcomputers, Palantir, Advanced Micro Devices, Amazon, dan Meta Platforms – mencerminkan populariti 'saham meme' dan syarikat teknologi 'Magnificent Seven'.
"Keputusan tinjauan menekankan trend yang semakin meningkat: pelabur muda berminat untuk memanfaatkan dana mereka untuk membina portfolio pelaburan yang kukuh dan berorientasikan masa depan. Dengan membenarkan 'fractional shares trading', kami menghapuskan halangan harga saham yang tinggi, membolehkan pengguna melabur dalam saham premium dengan dana minimum. Ini sangat bermanfaat bagi pelabur muda yang baru memulakan perjalanan pelaburan mereka dan mereka yang ingin mempelbagaikan portfolio mereka untuk mendapatkan pendedahan kepada ekuiti antarabangsa, seperti saham 'Magnificent Seven', dengan fleksibiliti untuk melabur jumlah yang sesuai dengan tahap keselesaan kewangan mereka," kata Ivan Mok, CEO Moomoo Malaysia.
Membuka Potensi Pelaburan dengan Dagangan Saham 'Fractional'
Pengenalan 'fractional shares' oleh Moomoo Malaysia membawa pelbagai manfaat strategik:
"Platform kami direka untuk menyokong keputusan pelaburan yang bijak, dan penambahan saham 'fractional' meningkatkan keupayaan ini. Kami teruja untuk melihat bagaimana pengguna kami memanfaatkan ciri ini untuk membina kekayaan dan mencapai matlamat kewangan mereka," kata Mok. "Dengan ketidakpastian mengenai jadual pemotongan kadar dan pilihan raya presiden AS yang akan datang, pelabur berminat untuk mempelbagaikan portfolio mereka merentasi sektor yang berbeza. Membeli saham 'fractional' adalah setara dengan membina ETF tematik anda sendiri, membolehkan pendedahan yang disesuaikan kepada sektor dan trend yang selari dengan strategi pelaburan peribadi anda."
Pendidikan dan Pemerkasaan di Teras
Tinjauan moomoo juga menunjukkan bahawa majoriti pelabur memberi tumpuan kepada matlamat kewangan jangka panjang seperti pencapaian kebebasan kewangan dan perancangan persaraan, yang menekankan keperluan kritikal untuk literasi kewangan yang lebih baik, terutamanya untuk pelabur yang mempertimbangkan pelaburan semula dana Akaun Fleksibel KWSP mereka. Platform moomoo menawarkan sumber yang komprehensif, termasuk bahan pendidikan, data pasaran masa nyata, dan alat analisis, untuk membantu pelabur membuat keputusan yang berinformasi.
"Adalah penting bahawa pelabur memahami kepentingan menggunakan dana KWSP mereka dengan bijak. Dana ini bertujuan untuk persaraan, dan walaupun peluang untuk melabur semula boleh membawa kepada pulangan yang lebih besar, ia mesti didekati dengan pengetahuan dan berhati-hati," tegas Ivan Mok. "Komitmen kami melangkaui penyediaan alat perdagangan canggih. Kami bertujuan untuk menanamkan komuniti pelabur yang berpengetahuan yang dapat mengemudi kerumitan pelaburan dengan keyakinan dan ketepatan."
Pengguna Baharu: Mulakan Perjalanan Pelaburan Anda dengan 'Guaranteed Welcome Kit' Moomoo Bernilai Sehingga RM1,200
Moomoo Malaysia menyambut pengguna baharu dengan 'Guaranteed Welcome Kit' bernilai sehingga RM 1,200. Hanya deposit RM 100 untuk menerima ganjaran tunai RM 100. Selain itu, pengguna baharu yang mendeposit RM 10,000 akan menerima saham pecahan syarikat terkemuka seperti Apple, Nvidia, Tesla, dan TSMC, bernilai sehingga RM 420. Terma dan syarat dikenakan.
Sejak dilancarkan, Moomoo Malaysia telah mengalami pertumbuhan eksponen, melebihi 200,000 pengguna dan menjadi aplikasi kewangan yang paling banyak dimuat turun di negara ini. Antaramuka mesra pengguna platform tersebut, alat analisis pelaburan tehnologi AI, dan fokus pada pendidikan pelabur telah mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam landskap pelaburan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang Moomoo Malaysia dan ciri saham pecahannya, sila lawati https://www.moomoo.com/my/promotion/welcome.
Mengenai Moomoo Malaysia
Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd. ("Moomoo Malaysia") adalah pemegang Lesen Pasaran Modal (Nombor Lesen eCMSL/A0397/2024). Moomoo Malaysia merupakan platform pelaburan digital canggih yang direka untuk memperkasakan pelabur daripada semua peringkat dengan alatan gred profesional, data pasaran mendalam dan pandangan pakar. Sebagai anak syarikat sebuah syarikat tersenarai di Nasdaq dan rakan kongsi global NYSE dan Nasdaq, Moomoo membawakan teknologi kewangan bertaraf dunia ke Malaysia.
Menduduki tangga pertama sebagai applikasi kewangan paling banyak dimuat turun di Malaysia sejak penampilan sulungnya pada Februari 2024, Moomoo telah menunjukkan kejayaan global di AS, Singapura, Hong Kong, Australia, Jepun dan Kanada. Gabungan ciri-ciri inovatif dan kemudahan penggunaan platform membolehkannya meraih pelbagai anugerah termasuk 'Teknologi Dagangan Terbaik', 'Teknologi Penyelidikan Pelaburan Terbaik', dan 'Platform Dagangan Terbaik' daripada Benzinga, Fintech Breakthrough dan banyak lagi. Moomoo juga diiktiraf oleh Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura (SIAS) sebagai "Broker Runcit Terbaik". Moomoo kini merupakan applikasi pelaburan paling banyak dimuat turun di Singapura dengan lebih satu pertiga daripada penduduk tempatan berumur antara 20 hingga 70 tahun merupakan penggunanya..
Komited untuk mengubah senario pelaburan tempatan, Moomoo Malaysia menyediakan alatan dagangan yang inovatif dan sumber pendidikan yang boleh diakses oleh semua pelabur, menetapkan standard baharu dalam teknologi kewangan, dan mengukuhkan kedudukannya sebagai platform pelaburan digital yang terkemuka di rantau ini. Ketahui lebih lanjut di https://www.moomoo.com/my.