omniture

DAHON Perkenal Basikal Jalan Raya Vélodon Terkini di Pameran Basikal Antarabangsa China ke-32

DAHON
2024-05-17 19:47 15

SHANGHAI, 17 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Edisi ke-32 Pameran Basikal Antarabangsa China (CIBF) bermula secara besar-besaran di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai. Jenama basikal terkenal DAHON mencuri tumpuan di reruai [E1 1305] menerusi pendedahan teknologi kelajuan terkininya "D-VELO" dan bahagian berpaten "Sharing 360", menggamit perhatian khalayak global.

DAHON & Dr. David Hon captured the attention of a global audience at the event, showcasing an extensive selection of bicycles that went beyond folding bikes.
DAHON & Dr. David Hon captured the attention of a global audience at the event, showcasing an extensive selection of bicycles that went beyond folding bikes.

Acara ini diserikan dengan kehadiran Dr. David Hon, pengasas berwawasan DAHON, yang menyampaikan pengumuman yang patut diberi perhatian berhubung teknologi kelajuan rintis yang dikenali sebagai "D-VELO". Dr. Hon dengan penuh semangat berkongsi prestasi luar biasa Vélodon, basikal jalan raya DAHON 700C pertama yang menampilkan teknologi "D-VELO" yang hebat. Vélodon mendapat pujian meluas baik daripada hadirin tempatan mahupun antarabangsa, mengukuhkan reputasinya sebagai inovasi cemerlang dalam industri berbasikal.

DAHON mempamerkan seleksi luas basikal yang melangkaui lebih daripada basikal lipat. Peragaannya termasuk aneka jenis basikal jalan raya, e-basikal dan basikal kanak-kanak, yang dikategorikan kepada kegunaan Urban, Vogue, Explorer dan Performance bagi memenuhi pelbagai keutamaan. Pengunjung boleh berjalan-jalan di laluan reruai, menumpukan sepenuh perhatian mereka kepada ciri-ciri menarik daripada rangkaian produk DAHON yang pelbagai.

Vélodon, tidak syak lagi merupakan tumpuan utama reruai DAHON, merupakan barisan basikal pertama yang mempamerkan teknologi D-VELO. Dengan saiz roda 700C dan bingkai gentian karbon, ia mempunyai ketegaran bingkai 15%-25% lebih besar berbanding basikal jalan raya gentian karbon biasa. Reka bentuk "Bend Taper" yang unik meningkatkan ketegaran tiub tengah dengan ketara, menggabungkan kuasa dan kelajuan demi pengalaman menunggang yang revolusioner.

DAHON's cutting-edge "K-Feather" folding electric-assist bike secured the Gold Award, and the "Race to Win" cycling challenge by DAHON was also a highlight.
DAHON's cutting-edge "K-Feather" folding electric-assist bike secured the Gold Award, and the "Race to Win" cycling challenge by DAHON was also a highlight.

Basikal terbantu elektrik lipat "K-Feather" termaju daripada DAHON memperoleh Anugerah Emas bagi "Pemilihan Anugerah Kreatif CHINA CYCLE 2024". Kejayaan ini menekankan komitmen DAHON terhadap teknologi rintis dan kesedaran-eko. Ia menegaskan sekali lagi status utama DAHON dan kehadiran yang mengagumkan dalam domain kenderaan elektrik.

Basikal lipat gentian karbon Super PC22 mencuri tumpuan sebaik sahaja ia berada di lantai pameran. Dicipta dengan kejituan dan inovasi, Super PC22 menggabungkan pelbagai teknologi berpaten DAHON yang eksklusif, termasuk DELTECH, Tiub Super-Down, Engsel Rahang Baharu dan Tiang Pemegang Gentian Karbon Satu-bahagian. Gabungan antara kejuruteraan canggih dan reka bentuk yang elegan ini menghasilkan sebuah basikal yang menonjolkan kecanggihan dan kestabilan. Namun demikian, apa yang benar-benar membezakan Super PC22 ialah kelajuannya yang luar biasa, melangkaui semua jangkaan dan mentakrifkan semula apa yang mungkin dicapai dalam dunia aktiviti berbasikal.

Sama seperti Taipei Cycle Show, cabaran berbasikal "Race to Win" oleh DAHON juga menjadi acara kemuncak di Shanghai (5-7 Mei).

Kawasan pameran "Sharing 360 Program" DAHON menjadi titik tumpuan untuk hadirin meninjau koleksi bahagian yang dipatenkan. Sorotan utama termasuk kabel DELTECH yang meningkatkan ketegaran dan jangka hayat bingkai basikal dengan signifikan, Brek Cakera Keselamatan yang dapat melaraskan sehingga 15 mm secara dalaman dan Pedal Lepas-Pantas yang mudah ditanggalkan.

Pameran ini mempunyai 12 dewan pameran bertema yang menghimpunkan jenama-jenama terkemuka, mempamerkan pelbagai produk termasuk basikal, basikal elektrik, basikal kanak-kanak, tayar, aksesori dan peralatan sukan luar. Ia menawarkan pengalaman komprehensif untuk orang dalam industri mahupun peminat aktiviti berbasikal.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi marketing@dahon.com

Source: DAHON
Keywords: Computer/Electronics Railroads and Intermodal Transportation Sports Sports Equipment & Accessories Transportation New products/services Trade show news