omniture

SANY Heavy Industry Lapor Perolehan 2023: Hasil Luar Negara Melonjak kepada 60% daripada Perniagaan Teras Di Tengah-tengah Tekanan Pasaran, Menandakan Pengembangan Global Kukuh

SANY Group
2024-05-17 19:52 81

SHANGHAI, 17 Mei 2024 /PRNewswire/ -- SANY Heavy Industry ("SANY" atau "Syarikat"; SSE: 600031), pengeluar jentera berat yang terkemuka, melaporkan pertumbuhan kukuh bagi hasil antarabangsa dalam keputusan tahunannya yang diumumkan baru-baru ini bagi tahun 2023.

Key Figures for SANY Heavy Industry Reports 2023 Earnings
Key Figures for SANY Heavy Industry Reports 2023 Earnings

Syarikat melaporkan RMB 74.02 bilion (AS$10.43 bilion) dalam jumlah hasil bagi tahun 2023, menurun 8.44% berbanding tahun sebelumnya. Biarpun dengan pasaran yang mencabar, penurunan hasil ini menunjukkan penurunan yang mengecil sebanyak 15.92 mata peratusan berbanding perubahan pada tahun sebelumnya.

Keuntungan bersih SANY berjumlah RMB 4.6 bilion (AS$648.74 juta) pada tahun 2023, mencatatkan pengembangan sebanyak 4.16% berbanding tahun sebelumnya. Aliran tunai bersihnya daripada aktiviti pengendalian melonjak sebanyak 39.20% bagi mencapai RMB 5.7 bilion (AS$803.87 juta).

Tahun 2023 penting bagi SANY kerana perniagaan antarabangsanya berkembang pesat. Pada tahun 2023, Syarikat ini mencatatkan hasil perniagaan antarabangsa sebanyak RMB 43.3 bilion (AS$6.1 bilion), menandakan peningkatan sebanyak 18% berbanding tahun sebelumnya dan menyumbang hampir 60% daripada hasil perniagaan utamanya.

Pertumbuhan ketara sedemikian menonjolkan kejayaan peralihan SANY menjadi konglomerat jentera kejuruteraan multinasional, dengan jualannya menjangkau lebih 180 negara dan wilayah. Hasil jualan di Asia dan Australia berjumlah RMB 16.5 bilion (AS$2.32 bilion), meningkat 11.1% berbanding tahun sebelumnya, manakala rantau Eropah menjana sebanyak RMB 16.25 bilion (AS$2.3 bilion), suatu pertumbuhan besar sebanyak 37.97%. Pasaran Amerika membawa masuk sebanyak RMB 7.58 bilion (AS$1 bilion), meningkat 6.82%, sementara rantau Afrika menyumbang RMB 2.92 bilion (AS$411.8 juta), meningkat sebanyak 2.56%.

"SANY mempunyai pasaran luar negara yang rancak, rakan kongsi peringkat tertinggi dan pasukan tempatan yang bertenaga," kata Xiang Wenbo, pengerusi SANY Heavy Industry. "Memandang ke hadapan pada tahun ini, kami kekal komited kepada strategi 'Globalisasi, Pendigitalan dan Penyahkarbonan' kami, tatkala kami terus bekerjasama dengan rakan kongsi global bagi meneroka pembangunan hijau."

Prestasi kewangan SANY pada tahun 2023 menunjukkan peningkatan yang besar, dengan peningkatan ketara dalam margin keuntungan kasar kepada 27.71%, meningkat sebanyak 3.67 mata peratusan berbanding tahun sebelumnya, melebihi median industri. Di samping itu, keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham meningkat kepada RMB 4.52 bilion (AS$637.4 juta), satu peningkatan 5.53% berbanding tahun sebelumnya dan keuntungan bersih terlaras selepas item tidak berulang melonjak sebanyak 40.35% kepada RMB 4.38 bilion (AS$617.7 juta). Walaupun margin keuntungan kasar utama dan margin keuntungan bersih meningkat, Syarikat turut memacu pertumbuhan operasinya. Dari segi barisan produk, jentera pengorek, jentera angkat dan jentera jalan raya menunjukkan prestasi yang kukuh dalam tempoh pelaporan. Selain itu, produk elektrik merealisasikan hasil sebanyak RMB 3.146 bilion (AS$449.4 juta) manakala produk tenaga hidrogen merealisasikan hasil sebanyak RMB 130 juta (AS$18.6 juta).

Untuk maklumat lanjut mengenai SANY Group, sila kunjungi http://www.sanyglobal.com atau ikuti kami di Facebook atau YouTube.

Source: SANY Group
Related Stocks:
Shanghai:600031
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Machinery Mining/Metals Earnings General Manufacturing