omniture

Roborock Bekerjasama dengan "The Garfield Movie" Memberikan Kehidupan Lebih Dimanjakan kepada Garfield

Roborock
2024-05-18 10:00 2

Roborock Berseronok dalam Kehidupan bersama The Garfield Movie di Pawagam Berdekatan Anda

HONG KONG, 18 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Roborock, peneraju global bagi peranti pencuci robotik rumah ultra-pintar hari ini mengumumkan satu kolaborasi bersama Columbia Pictures dan The Garfield Movie daripada Alcon Entertainment, menjelang tayangan pawagam rasminya di Malaysia pada 22 Mei 2024. Perkongsian ini akan memperlihatkan bagaimana Roborock memberi kebebasan kepada Garfield untuk menjadi dirinya yang malas serta menyeronokkan dan dalam masa yang sama memastikan rumah bersih dan berkilau, bagi mengetengahkan betapa seronoknya mencuci apabila anda tidak perlu melakukan pembersihan sama sekali.


Melalui kempen kreatif pelbagai perantara yang akan merangkumi peletakan produk dalam filem, peletakan TVC, di luar rumah, digital dan media sosial, francais hiburan terkemuka dan peneraju vakum robotik ini akan berganding bahu untuk membawa penonton kolektif mereka bersama-sama, menonjolkan bagaimana salah seekor kucing yang paling disayangi di dunia, bersama-sama peminatnya di seluruh dunia, semuanya boleh mendapat manfaat daripada rangkaian penyelesaian pencuci rumah automatik daripada Roborock. "Rocking Life, With You" bukanlah sekadar slogan untuk Roborock—ia merangkumi cara hidup. Dengan bekerjasama bersama The Garfield Movie, Roborock mengundang penonton untuk merasai semangat bebas tanpa kerunsingan dan santai yang sama seperti Garfield.

Bermula daripada bidadari salji parmesan hingga buih masa mandi yang amat ditakuti, tiada sesiapa yang lebih suka membuat kucar-kacir selain Garfield. Namun begitu, seperti kebanyakan pemilik rumah, sama ada yang berbulu atau tidak, Garfield membenci kerja membersih lantai yang membosankan. Peminat bermata tajam boleh memerhatikan kemunculan kameo Roborock dalam filem ini, apabila Garfield dan rakan anjingnya yang dipercayai Odie menunggang di kawasan sekeliling dengan vakum robotik Roborock membuat kekacauan dan huru-hara, manakala Roborock datang menyelamatkan, dengan pantas membersihkan kucar-kacir mereka secara serta-merta. Dengan adanya penyelesaian vakum dan mop bebas tangan, semua-dalam-satu Roborock, permaidani dan lantai boleh kekal benar-benar bersih, mengembalikan masa kepada Garfield pada waktu siangnya untuk menikmati tidur siang kucing yang sangat lama, walaupun semasa vakum beroperasi – ia senyap seperti seekor tikus! 

"Roborock teruja untuk bekerjasama dengan The Garfield Movie, bagi memberikan kepada Garfield apa yang dia telah hilang dalam hidupnya – penyelesaian pembersihan yang membebaskannya daripada tanggungjawab," kata Richard Chang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Roborock. "Sama ada anda memiliki kucing, anjing atau haiwan lain, kita semua boleh bersetuju bahawa haiwan peliharaan sering membuat kucar-kacir. Dengan adanya penyelesaian pembersihan tanpa masalah daripada Roborock, pemilik haiwan peliharaan boleh berasa kurang bimbang tentang pembersihan dan lebih tenang menikmati hidup bersama rakan-rakan berbulu mereka."

The Garfield Movie akan datang ke pawagam di Malaysia pada 22 Mei. Untuk menemui teman pencuci sem-purrr-na anda, kunjungi https://global.roborock.com/.

Latar Belakang Roborock 

Roborock ialah jenama pencuci pintar terkemuka yang terkenal dengan penyelesaian pembersihan pintarnya. Dengan dedikasi yang teguh untuk menjadi pengusaha peralatan pintar terkemuka global, Roborock memperkayakan kehidupan menerusi barisan pembersih vakum robotik, tanpa wayar, basah/kering dan mesin basuhnya yang inovatif. Berakar umbi dalam pendekatan berpusatkan pengguna, penyelesaian yang didorong oleh penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami memenuhi keperluan pembersihan yang pelbagai di lebih 15 juta kediaman merentas lebih 170 negara. Beribu pejabat di Beijing dan dengan subsidiari-subsidiari strategik dalam pasaran-pasaran utama, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Belanda, Poland, Jerman dan Korea Selatan, Roborock mengkhusus untuk meningkatkan kehadiran pasarannya di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://global.roborock.com/.

Latar Belakang The Garfield Movie

Garfield, kucing dalam rumah yang terkenal di dunia, membenci hari Isnin, menggemari lasagna, bakal mengalami pengembaraan luar yang liar! Selepas pertemuan semula yang tidak diduga dengan bapanya yang telah lama hilang – kucing jalanan yang selekeh Vic – Garfield dan rakan anjingnya Odie terpaksa keluar daripada kehidupan manja mereka yang sempurna untuk menyertai Vic dalam rompakan berisiko tinggi yang lucu.

Diarahkan oleh Mark Dindal. Lakon layar oleh Paul A. Kaplan & Mark Torgove dan David Reynolds. Berdasarkan kepada watak-watak Garfield® yang dicipta oleh Jim Davis. Penerbit ialah John Cohen, Broderick Johnson, Andrew A. Kosove, Steven P. Wegner, Craig Sost dan Namit Malhotra. Penerbit Eksekutif ialah Jim Davis, Bridget McMeel, David Reynolds, Scott Parish, Carl Rogers, Tom Jacomb, Crosby Clyse, Chris Pflug, Simon Hedges, Louis Koo, Steve Sarowitz dan Justin Baldoni.

Source: Roborock
Related Stocks:
Shanghai:688169
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Film & Motion Picture Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail