omniture

Berhimpun di Kota Singa demi Masa Depan Pengkomputeran Pintar Saling Menguntungkan di Sidang Kemuncak Kemudahan Pusat Data Global 2024

Huawei
2024-05-20 09:45 44

SINGAPURA, 20 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Tanggal 17 Mei 2024, Sidang Kemuncak Kemudahan Pusat Data Global 2024 telahpun diadakan di Singapura menerusi tema "Perkasa Era Digital ke Hadapan." Di sidang kemuncak ini, lebih 600 pemimpin industri pusat data, pakar teknikal dan rakan kongsi ekosistem berhimpun untuk membincangkan trend dan peluang baharu daripada industri pusat data global dalam era pengkomputeran pintar. Para hadirin juga dapat mengalami penyelesaian hujung-ke-hujung (E2E) semua-senario, semua-ekosistem dan semua-perkhidmatan, berkongsi amalan inovatif pusat data hijau di Asia Pasifik dan Eropah, serta merasai kenderaan pameran bagi mendedahkan misteri Outdoor PowerPOD yang membawakan satu sistem kuasa bagi setiap bekas. Dengan menerima sepenuhnya era pengkomputeran pintar, Huawei berusaha untuk memperkasa era digital ke hadapan.

the Global Data Center Facility Summit 2024
the Global Data Center Facility Summit 2024

Merebut Peluang yang Dibawakan oleh AI dan Membina Secara Bersama Infrastruktur Pengkomputeran Hijau & Andal

Dalam ucapan pembukaan, Charles Yang, Naib Presiden Kanan Huawei dan Presiden Pemasaran, Penjualan dan Perkhidmatan, Huawei Digital Power, menyatakan bahawa sejak ChatGPT memasuki era AI, model-model besar terus menerobos sempadan kuasa pengkomputeran dan industri pengkomputeran pintar menyaksikan perkembangan pesat pembinaan yang belum pernah berlaku sebelum ini. Seperti yang diramalkan, 100 GW akan ditambah kepada kapasiti terpasang pusat data global dan nilai pasaran akan melebihi AS$600 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurut Charles, dengan peluang datangnya cabaran. Cabaran utama berhubung industri pusat data ialah keandalan dan elektrik. Pusat data mencapai peningkatan daripada peringkat MW ke peringkat GW. Keandalan E2E pusat data menjadi jauh lebih penting berbanding sebelum ini. Sebagai respons kepada peluang ini, Huawei akan bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi bagi meluaskan ruang industri.

Mengemudi Pusat Data menuju Era AI dengan Produk + Perkhidmatan + Ekosistem

Semasa berlangsungnya sidang kemuncak ini, Sun Xiaofeng, Presiden Kemudahan Pusat Data & Perniagaan Kuasa Kritikal Huawei, menyampaikan ucapan yang bertajuk "Perkasa Era Digital ke Hadapan. " Beliau menyatakan bahawa apabila model besar AI semakin menembusi, permintaan perkomputeran yang melonjak memacu pertumbuhan yang meluas dalam pusat data.

Bagi mengatasi cabaran ini, Huawei berusaha untuk membina penyelesaian pusat data E2E produk + perkhidmatan + ekosistem yang menampilkan pemasangan atur pantas, penyejukan fleksibel, tenaga hijau dan keandalan unggul.

  • Pemasangan atur pantas: Pusat data dimodulasi sepenuhnya dan dipasang siap bagi menjamin pembinaan berkualiti tinggi dan cekap.
  • Penyejukan fleksibel: Gabungan cecair-udara dan sumber penyejukan bersepadu muncul sebagai seni bina penyejukan yang optimum untuk pengkomputeran pintar.
  • Tenaga hijau: Penyelesaian bersepadu storan-beban-grid-generasi baharu dibina bagi memastikan operasi yang teguh untuk pusat pengkomputeran pintar.
  • Keandalan unggul: Pusat data dilindungi melalui produk yang andal dan perlindungan pencegahan.

Pada masa ini, rangkaian perkhidmatan global Huawei meliputi lebih daripada 170 negara dengan lebih 1800 jurutera profesional, menyediakan sokongan teknikal 24/7. Menerusi pusat perkhidmatan utama N+, Huawei membina radius perkhidmatan selama satu jam untuk pelanggannya.

Ekosistem merupakan bahagian yang penting untuk masa depan pengkomputeran pintar yang saling menguntungkan. Huawei bekerjasama dengan rakan kongsi bagi membangunkan penyelesaian E2E yang komprehensif dan menyediakan perkhidmatan pusat data sehenti kepada pelanggan.

Semasa sidang kemuncak ini, Huawei dan Pusat Tenaga ASEAN mengeluarkan kertas putih berhubung "Pembinaan Kemudahan Pusat Data Generasi Seterusnya di ASEAN." Dokumen berkenaan memberi pandangan tentang status quo, cabaran dan trend pusat data di rantau ASEAN serta menekankan bahawa produk dan penyelesaian yang cekap dan menjimatkan tenaga harus digunakan. Ia turut mencadangkan pengesyoran dasar berorientasikan masa depan untuk pasaran pusat data.

Di kawasan pameran ekosistem, Huawei mempamerkan penyelesaian berasaskan senario untuk pusat data bersaiz besar, sederhana dan kecil, serta mendemonstrasikan keupayaan perundingan, reka bentuk, pembangunan bersepadu dan penyampaian pusat data bersama berpuluh-puluh rakan kongsi ekosistem termasuk CIMC, Weichai, CSCEC dan Huashi.

Perlu dinyatakan bahawa kenderaan pameran Outdoor PowerPOD Huawei membuat kemunculan sulung globalnya. Outdoor PowerPOD Huawei membawakan satu sistem kuasa bagi setiap bekas, pemasangan atur luar, pasang-dan-pakai serta penarafan dan keandalan perlindungan yang tinggi. Ia menjadi pilihan utama bagi penyahgandingan seni bina bekalan kuasa.

Sebatang pokok tidak dapat menghasilkan sebuah hutan.

AI membawakan peluang yang besar. Dengan mendalami industri ini, menghimpunkan ekosistem rakan kongsi dan menjadikan inovasi boleh diaplikasikan untuk transformasi, Huawei akan terus membantu pelanggan membina infrastruktur pengkomputeran yang andal, mempercepatkan industri untuk menerima AI dan memperkasa era digital ke hadapan.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Equipment Utilities Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things