omniture

Pusat Tenaga ASEAN dan Huawei Keluarkan Kertas Putih Bentuk Masa Depan Kemampanan Pusat Data

Huawei
2024-05-20 09:51 40

SINGAPURA, 20 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Pada 17 Mei 2024, White Paper on Building Next Generation Data Center Facility in ASEAN (Kertas Putih bagi Pembinaan Kemudahan Pusat Data Generasi Seterusnya di ASEAN), yang dibangunkan secara bersama oleh Pusat Tenaga ASEAN (ACE) dan Huawei, dikeluarkan di Sidang Kemuncak Kemudahan Pusat Data Global 2024 di Singapura. Kertas putih ini bertujuan untuk mempercepatkan transformasi hijau dan rendah karbon dalam industri pusat data di ASEAN.

Didorong oleh pendigitalan global, transformasi digital semakin berkembang pesat di rantau ASEAN. Data besar-besaran dan permintaan pengkomputeran yang amat tinggi telahpun muncul, lantas menyerlahkan potensi besar dalam pasaran pusat data. Lantaran iklim tropika rantau ASEAN, pusat data menonjolkan keperluan penyejukan yang tinggi, penggunaan tenaga yang tinggi serta nilai keberkesanan penggunaan kuasa (PUE) yang jauh lebih tinggi berbanding purata global. Justeru itu, kerajaan-kerajaan ASEAN menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu dan teknologi pemuliharaan tenaga.

Dr. Nuki Agya Utama, Pengarah Eksekutif ACE menyatakan, "Kertas putih ini memperlihatkan cabaran dalam pemasangan dan operasi pusat data, serta perbincangan yang komprehensif berhubung hal trend teknologi dan cara untuk menangani penggunaan tenaga, penjimatan kos dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Tambahan pula, ia menyediakan cadangan dasar untuk pasaran pusat data, baik pasaran matang mahupun pasaran baru muncul, demi pembangunan pusat data."

Semasa sidang kemuncak, Dr. Andy Tirta, Ketua Hal Ehwal Korporat, ACE, menyampaikan ucaptama. "Selain daripada tenaga boleh baharu untuk menyokong sekuriti tenaga di rantau ASEAN, kecekapan tenaga merupakan tugas yang sangat mudah dilaksanakan yang dapat dicapai dengan memperkenalkan teknologi termaju dan inovasi, mengupayakan mekanisme pembiayaan, dasar dan peraturan yang menyokong, termasuk penyeragaman sasaran serantau."

Kertas putih ini merumuskan empat ciri pusat data generasi seterusnya sebagai Andal, Dipermudah, Mampan dan Pintar. Ia menyeru penggunaan produk dan penyelesaian yang cekap dan menjimatkan tenaga dalam reka bentuk pusat data, pembangunan serta O&M bagi meningkatkan kecekapan tenaga.

  • Andal: Operasi yang andal merupakan asas kepada pusat data. Reka bentuk modular dan penyelenggaraan pencegahan AI bermanfaat untuk menjamin keselamatan dan keandalan pusat data pada semua peringkat, bermula daripada komponen dan peralatan hingga sistem.
  • Dipermudah: Sebagai respons kepada peningkatan skala dan kerumitan pusat data, seni bina dan sistem harus berciri minimalis melalui penumpuan perkakasan.
  • Mampan: Produk dan penyelesaian yang inovatif boleh digunakan untuk membina pusat data cekap tenaga dan rendah karbon yang memberi manfaat kepada masyarakat.
  • Pintar: Bagi mengatasi cabaran O&M pusat data, automasi kemudahan dapat dicapai dengan bantuan teknologi digital dan Al.

Menurut kertas putih ini, menggunakan tenaga bersih untuk memberi kuasa kepada pusat data merupakan cara yang bagus untuk mengurangkan emisi karbon. Ia mengesyorkan agar kerajaan-kerajaan ASEAN melaksanakan kadar elektrik diskaun atau pelepasan cukai untuk pengendali pusat data yang menggunakan tenaga bersih sebagai sumber kuasa utama mereka.

Keneutralan karbon sudahpun menjadi konsensus global. Kertas putih ini menetapkan hala tuju untuk rantau ASEAN bagi membina pusat data generasi seterusnya yang andal, dipermudah, mampan dan pintar. Huawei akan bekerjasama dengan Pusat Tenaga ASEAN bagi mempercepatkan secara bersama transformasi rendah karbon dan pintar dalam seluruh industri pusat data di rantau ASEAN, seterusnya menyumbang kepada masa depan yang lestari.

Source: Huawei
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Utilities Conservation/Recycling Cision Influencer List - ESG