Platform 'semua-dalam-satu' Webull Malaysia yang dikuasakan teknologi bertujuan untuk menginspirasi kepada lebih penyertaan daripada pelabur runcit dari semua peringkat
KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. ("Webull Malaysia"), mengumumkan pelancaran platform dagangan global terkemuka, Webull, di Malaysia. Direka untuk pelabur dari semua peringkat, Webull Malaysia memberikan akses untuk mendagangkan saham di Bursa Securities dan Bursa Derivatives serta saham yang disenaraikan di US dan dana dagangan bursa (ETF) melalui aplikasi Webull Malaysia. Pada bulan April, Webull Malaysia memperoleh Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk Berurus Niaga dalam Sekuriti (terhad kepada sekuriti tersenarai) dan Berurus Niaga dalam Derivatif.
Webull Malaysia memasuki pasaran tempatan seiringan dengan usaha Bursa Malaysia untuk menggalakkan pertumbuhan dan penyertaan daripada pelabur runcit, terutamanya generasi muda, di bursa saham tempatan. Sehingga S1 2024, penyertaan pelabur runcit tempatan dalam pasaran sekuriti mencatatkan 22%, manakala penyertaan dalam pasaran derivatif masing-masing mencatatkan 17% untuk FKLI dan 25% untuk FCPO[1].
Platform dagangan Webull Malaysia dibina berdasarkan infrastruktur global generasi terkini dan teknologi proprietari. Ia menawarkan suite bersepadu sebut harga masa nyata, maklumat pasaran, berita kewangan, data industri, pandangan dan penarafan penganalisis, semuanya daripada sumber yang dipercayai melalui satu titik sentuh untuk membantu pelabur membuat keputusan termaklum. Di samping itu, Webull Malaysia juga menyediakan penunjuk Syariah untuk membantu pelabur mengenal pasti status pematuhan Syariah bagi saham sebelum melakukan sebarang transaksi.
"Kami teruja untuk memperkenalkan platform pelaburan digital Webull yang berteknologi maju kepada komuniti pelabur yang semakin meningkat di Malaysia. Pengembangan platform Webull ke Malaysia memberikan peluang yang sama kepada semua pelabur, tanpa mengira pengalaman pelaburan atau dagangan mereka. Demi menjadikan pelaburan lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua pelabur, Webull Malaysia memperkenalkan alat terbaik dan maklumat untuk memperkasakan pelabur dari semua peringkat dengan pengetahuan dan kemahiran supaya mereka boleh membuat keputusan pelaburan yang lebih baik dan mencapai matlamat pelaburan mereka," kata Kenneth Chan, Ketua Pegawai Eksekutif, Webull Malaysia.
Menyedari kepentingan pendidikan dan pengetahuan kewangan sebagai asas pelaburan bertanggungjawab, dan sejajar dengan falsafah "Learning, Sharing, Investing" (Pembelajaran, Perkongsian, Pelaburan) pelabur di Webull Malaysia juga boleh mengakses sumber dan alat pendidikan pelaburan melalui "Webull Learn". Pelabur boleh mengakses kandungan mengikut keperluan mereka seperti penjelasan istilah pelaburan, amalan terbaik dan panduan cara. Pelabur yang ingin berlatih kemahiran perdagangan dan mensimulasikan strategi juga boleh menggunakan Paper Trading (Dagangan Kertas), simulator latihan dalam platform di mana pelabur boleh membeli dan menjual tanpa melibatkan wang sebenar.
"Teknologi adalah teras perniagaan kami, dan kami komited untuk mengadakan sinergi teknologi dengan kewangan untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang selamat, boleh dipercayai dan pintar dengan pengalaman perdagangan yang lancar. Melalui alat dan perkhidmatan perdagangan yang canggih, sumber pembelajaran yang terbaik dan kandungan yang boleh dikongsi di platform Webull Malaysia, pelabur boleh maju jaya dalam perjalanan pelaburan dalam persekitaran yang menyokong. Dengan ini, kami berharap untuk mengurangkan halangan melabur yang dihadapi oleh pelabur di Malaysia dan menggalakkan orang ramai membina simpanan jangka panjang melalui peluang pelaburan," tambah Kenneth.
Webull Malaysia menawarkan yuran broker yang kompetitif untuk dagangan tanpa yuran platform. Untuk memperingati pelancarannya, Webull Malaysia menawarkan dagangan tanpa komisen bagi saham yang disenaraikan di Bursa yang boleh didagangkan, saham yang disenaraikan di US, dan ETF di aplikasi Webull selama 180 hari dari pembukaan akaun Webull Malaysia. Pelabur juga boleh mendapatkan lima saham Apple menerusi kempen pendaftaran pelancaran Webull Malaysia.
Platform Webull Malaysia ialah aplikasi bahasa ibunda yang disediakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris daripada Apple App Store dan Google Play Store.
Tentang Webull
Webull adalah platform pelaburan digital terkemuka yang dibina dengan infrastruktur global generasi terkini. Webull Group beribu pejabat di St Petersburg, Florida di Amerika Syarikat dan disokong oleh pelabur ekuiti persendirian di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Webull menyediakan perkhidmatan kepada puluhan juta pengguna dari lebih 180 negara, memberikan akses 24/7 ke pasaran kewangan untuk pelabur runcit di seluruh dunia. Dengan perdagangan kos rendah untuk pelbagai aset, Webull merevolusikan cara individu mendekati pelaburan.
Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd., anak syarikat Webull Group ("Webull"), memegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk berurus niaga dalam Sekuriti (terhad kepada sekuriti tersenarai) dan berurus niaga dalam Derivatif.
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Hooi Mun Keong
Marketing, Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd.
Email: munkeong.hooi@webull-my.com
Colin Lau
Blue Totem Communications
webull@bluetotem.co